Assalamualaikum.....Salam Sejahtera........Salam 1 Malaysia..............Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan al-Mubarak semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat ......amin ..ya..rabulalamin...

Thursday 20 March 2008

NOTA UKIRAN KAYU

PENGENALAN KRAF KAYU HALUS

Ukiran kayu atau seni ukir merupakan seni pertukanagn yang menjadi tradisi turun temurun dalam masyarakat Melayu. Oleh itu, kemahiran mengukir sudah sinonem dengan kemahiran orang Melayu sejak awal sejarah tanahair. Bukti kemahiran ini dapat di lihat di bahagian-bahagian rumah seperti tangga, ambang, pintu, dinding, tiang, batu nisan, daun pintu, tingkap, kukur, bangau, jebak, burung, katil, meja dan dulang.

Kraf Lanjutan Ukiran kayu semester 4 sesi 2002/2003 telah memilih tumbuhan yang menjadi kepercayaan kepada sesuatu masyarakat di Malaysia yang berbilang ras dan etnik. Tumbuhan yang dipilih iaitu “Pokok sirih”diketengahkan kerana menjadi kepercayaan masyarakat Melayu, India dan China mengikut kepercayaan mereka.

SEJARAH

Sejarah awal tentang ukiran kayu di Malaysia tercatat dalam buku buku Sejarah Melayu (Sulatus Salatin) tulisan Tun Seri Lanang daripada abad ke-17.

Bahawa seni ukir telah dijalankan oleh orang Melayu sejak pemerintahan Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1459 – 1477. Buktinya dapat dilihat dalam seni bina istana beginda. Istana yang berukiran indah itu digelar oleh rakyat sebagai “Istana Hawa Nafsu”.

UKIRAN

Ukiran ialah hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung.

Dua faktor yang menjadikannya sedemikian ialah, pertama, keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan: kedua, kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis- jenis bentuk dan motif ukiran kayu.

Keadaan ini dibantu oleh daya cipta yang sihat, kemahiran pertukangan, citarasa tinggi, dan pendukungan yang berterusan.

Bentuk ukiran kayu Melayu mementingkan sifat gerak yang bermula dari suatu punca dan terus tumbuh perlahan-lahan serta berliku-liku

UKIRAN

Ukiran ialah hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung.

Dua faktor yang menjadikannya sedemikian ialah, pertama, keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan: kedua, kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis- jenis bentuk dan motif ukiran kayu.

Keadaan ini dibantu oleh daya cipta yang sihat, kemahiran pertukangan, citarasa tinggi, dan pendukungan yang berterusan.

Bentuk ukiran kayu Melayu mementingkan sifat gerak yang bermula dari suatu punca dan terus tumbuh perlahan-lahan serta berliku-liku

Biasanya ukiran itu mempunyai imbangan semukur di antara bahagian yang positif dengan yang negatif. Bentuk dan motifnya terkawal dalam keadaan yang sederhana serta unsur yang berlebih-lebihan.

Bahagian hujung sesuatu ukiran jarang sekali berdiri tegak atau melentik jauh keluar tetapi lebih menyarankan sifat merendah diri. Ukiran kayu itu tersusun dalam suatu ruang besar seperti mumbung di atas pintu rumah.

Seniman Melayu mendapat ilham dari alam yang luas untuk mewujudkan “awan larat”, iaitu bentuk awan bergerak. Motif ini terdapat bukan sahaja pada ukiran tetapi juga pada batik songket dan seni logam. Ukiran juga diilhamkan pada ayat-ayat suci AL-Quran seperti yang terdapat di setengah-setengah masjid, istana dan rumah. Seni ukir Melayu khususnya dijelma ke dalam seni yang berubah keadaan sifatnya, mempunyai identiti, gaya dan falsafah yang tersendiri.

TOKOH-TOKOH

Antara tokoh-tokoh dalam seni ukiran tradisional Melayu adalah seperti berikut :

Encik Latif Long dari Kelantan, pengukir yang paling berbakat di negara ini. Pemenang hadiah pertama bagi kepingan ukiran kayu bertebuk dalam beberapa pameran ukiran kayu tradisional peringkat kebangsaan.

Encik Long, bapa kepada Latif, pengukir istana di Kampung Raja Besut.

Tuan Haji Wan Su Othman dari besut, terengganu yang terkenal dengan ukiran motif awan larat.

UKIRAN TIMBUL TANPA SILAT
Ukiran Timbul tanpa Silat adalah
corak ukiran tidak diukir dengan silat

UKIRAN TIMBUL DENGAN SILAT
Ukiran Timbul dengan Silat adalah corak ukirannya diukir dengan silat.

KAJIAN JENIS-JENIS UKIRAN

UKIRAN TEBUK TEMBUS
Pada Ukiran Tebuk Tembus, kayu atau papan yang diukir ditebuk tembus kecuali bentuk corak ukiran sahaja yang dibiarkan. Ukiran Tebuk Tembus ini berfungsi sebagai pengaliran udara dan pencayaan. Kebanyakkan Ukiran Tebuk Tembus ini terdapat pada bangunan dan rumah-rumah Melayu Tradisional seperti bahagian kekisi jendela, sekatan ruang , cucur atap.

Ukiran Tebuk Tembus terbahagi kepada dua jenis iaitu, Ukiran Tebuk Tembus Tanpa Silat dan Ukiran Tebuk tembus Silat.

UKIRAN TEBUK TEMBUS TANPA SILAT
Ukiran ini dibuat dengan cara menebuk papan atau kayu yang diukir sehingga tembus. Pada bahagian corak ukirannya pula tidak diukir (Silat tidak dibuat).


ALATAN MENGUKIR TRADISIONAL








KAJIAN MOTIF

Motif yang sering digunakan pada ukiran ialah awan larat, motif tumbuh-tumbuhan seperti sulur kacang, daun, bayam, daun kiambang, pucuk paku, bunga ketumbit, sulur ketola, daun-daun guri dan sebagainya.







JENIS-JENIS MOTIF

Dalam masyarakat tradisional Melayu pelbagai unsur dijadikan motif dalam seni ukiran. Unsur tersebut adalah seperti berikut:

UNSUR BENDA BERNYAWA

Unsur bernyawa merujuk kepada rupa binatang seperti ayam, burung, itik dan sebagainya. Contoh unsur bernyawa pada ukiran tradisional yang dihasilkan oleh pengukir zaman pra-Islam.

Namun rupa bentuk tidak mengambarkan bentuk objek yang sebenarnya tetapi hanya berbentuk lambang.

CONTOH UNSUR BENDA BERNYAWA

A. Motif itik pulang petang
B. Motif badak mudik
C. Motif unduk-unduk atau kuda-kuda laut
D. Motif lebah bergantung
E. Motif kepala cicak
F. Motif ayam berlaga
G. Motif kumbang dan kipas

UNSUR KOSMIK

Unsur kosmik atau air space elements dalam bahasa Inggeris merujuk kepada unsur yang ada kaitannya dengan alam semesta. Biasanya digambarkan melalui motif matahari, bulan, bintang, awan ukiran seperti ini biasanya ditemui pada tebar layar rumah.

UNSUR GEOMETRI

Unsur geometri merujuk kepada corak yang berasaskan rupa geometri atau kombinasi rangka geometri dengan unsur lain.


UNSUR KALIGRAFI

Unsur ini berdasarkan huruf-huruf Arab atau tulisan Jawi

UNSUR FLORA

Tumbuhan menjalar dipilih sebagai motif. Kebiasaannya sulur pautnya yang lembut danmenjalar mudah diubah bentuk mengikut cita rasa pengukir.

FUNGSI UKIRAN KAYU

Dalam seni bina, ukiran tradisional Melayu digunakan untuk tujuan memperindah dan menyiapkan bangunan tersebut dengan corak terkawal yang tidak mengatasi binaan.

Contoh bangunan yang masih boleh dilihat hingga hari ini :

Istana kenangan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar

Istana Jahar, Kelantan yang kini dikenali sebagi
Muzium Negeri Kelantan

Istana Tengku Nik, kini dikenali sebagi Induk Muzium Negeri Terengganu

TEKNIK MELUKIS UKIRAN

Sebelum memulakan aktiviti melukis atau melakar corak ukiran kayu, beberapa aspek penting perlu diketahui dan difahami. Corak dan jenis ukiran antaranya.

Motif bunga Simpuh dan daun Simpuh, di dalam motif tersebut terdapat unsur asas yang terdiri dari daun Pengasuh, daun Sendal, daun Bakok, Siba Dayang, bunga, Kudup bunga.

Tuesday 18 March 2008

Falsafah Ukiran Kayu Halus

>
F A L S A F A H   U K I R A N pengenalan

Pandai kayu tidak hanya pandai mengukir tetapi juga berpegang kepada falsafah semasa mengukir atau proses membuat ukiran, ini dijadikan garis panduan atau guide line  untuk menghasilkan corak ukiran.

Tumbuh berpunca penuh rahsia

Semua yang lahir itu adalah dari “Zat Allah” dan tidak dapat digambarkan oleh akal manusia. Seperti pandanagn Abdullah Mohammed (Nakula) (1978) dalam buku Falsafah dan Pemikiran Orang-Orang Melayu bahawa beliau menyatakan bahawa asas Kebudayaan orang-orang Melayu adalah “Zat Allah”. Daripada “Zat Allah” maka wujudlah segala bentuk makhluk dimuka bumi ini termasuklah manusia. “Konsep keTuhanan dan kealaman” menjadi asas kepada zat Allah.

Konsep ini telah diterapkan oleh orang Melayu dalam semua aspek termasuk kesenian. Maka Zat Allah ini dipamer sebagai “Benih” alam yang mempunyai hayat, ilmu iradat dan kudrat. Biji benih menjadi lambang kewujudan manusia yang kemudiannya berkembang membentuk satu kehidupan berkeluarga iaitu daun pengasuh sengaja digambarkan sebagai “Siba Dayang” menghasilkan kehidupan baru sebagai putik dan bunga yang meneruskan kehidupannya.

Punca penuh rahsia

Rahsia dalam bahasa Arab disebut sebagai “Sirr” iaitu Zat Allah

Daripada rahsia itu, muncullah benih atau yang mengwujudkan “Alam” yang indah. Para pengukir melihat rahsia alam pada hakikat sebenarnya sebagai melihat keindahan Allah.

Dari itu orang Melayu akan dapat mengenal asal usul dirinya dan juga dapat mengukur sejauh manakah kemampuan dirinya. Akhirnya wujudlah masyarakat bersifat mulia dan beretika.

Tajam tidak  menujah lawan / Lilit tidak memaut kawan

Zat Allah mempunyai kelompok sifat iaitu sifat keindahan sebagai “Jamal” dan sifat kehebatan “Jalal”.

Alam mewarisi kedua-dua sifat tersebut iaitu sifat indah dan sifat kehebatan. Orang Melayu terkenal dengan pengasih, tenang, kelembutan dan amat mencintai kedamaian.

Konsep ini milik bersama dan tidak suka mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain adalah sikap
 turun temurun orang Melayu.



Lingkaran mesra

Hasil dari Zat Allah yang sungguh sempurna menjadi pegangan orang-orang Melayu.

Segala sifat mulia menjadi nadi dalam kehidupan dan seterusnya identiti ini diterapkan dalam penghasilan karya ukiran yang menonjolkan jalinan kasih sayang dan menjalinkan hubungan yang erat tanpa menimbulkan kesan kepada orang lain.