Assalamualaikum.....Salam Sejahtera........Salam 1 Malaysia..............Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan al-Mubarak semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat ......amin ..ya..rabulalamin...

Friday 16 May 2008

Lipatan Dan GuntinganTahun 1




Mata Pelajaran                                  :Pendidikan Seni Visual
Tahun                                                 :1 Kuning
Umur                                                  :7 Tahun
Bilangan Murid                                 :25 Orang ( Lelaki = 15 orang, Perempuan = 10 orang)
Tarikh                                                :16 Mei 2008
Hari                                                    :Jumaat
Masa                                                   :9.45 – 10.45 pagi
Bidang                                                :Membuat Rekaan dan Corak
Teknik                                                :Lipatan dan Guntingan

Tajuk Pembelajaran                             : Membuat rekaan dan corak
                                                             - murid mempelajari tentang teknik melipat dan menggunting untuk menghasilkan corak

Hasil Pembelajaran                              :Di akhir proses P&P murid akan dapat:
- menggunakan daya kreativiti mereka untuk menghasilkan corak yang menarik dengan teknik  
  yang mudah
                                                           
Kemahiran Berfikir                             :     -     Mengenalpasti                                     - Menyusun atur
-          Membuat pilihan                                 - Menjana idea kreatif
-          Menghubungkait                                 - Mengingati semula
-          Mencirikan                                          - Pengolahan
-          Keseragaman

Penerapan Nilai Murni                        :     -     Berdisiplin                                           - Menghargai pendapat kawan sekelas
-          Keyakinan diri                                                - Menjaga kebersihan
-          Berani menjawab                                - Berhati-hati





Alat Bantu Mengajar (ABM)              :Komputer riba (Persembahan Elektronik)

v  Contoh bentuk yang biasa dilihat
v  Contoh corak yang telah siap
v  Pemilihan bentuk untuk dijadikan corak
v  Teknik dan cara membuat corak


           
Bahan
Langkah
Contoh beberapa bentuk yang biasa dilihat
Set induksi
Contoh corak yang telah siap
Langkah kerja
Teknik melipat dan menggunting
Langkah kerja
 - kertas lukisan
 - kertas warna
 - Gunting
 - Gam
Langkah kerja


Pengetahuan Sedia Ada :
v  Murid sendiri tentunya ada yang telah biasa melihat corak-corak
v  Mereka biasanya boleh melihat di mana –mana sahaja (dalam buku, sekolah, rumah dan luar rumah)






LANGKAH / MASA
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
CATATAN

SET INDUKSI
09:45 – 09:52 pagi
(5 minit)

Guru menunjukkan beberapa contoh bentuk kepada murid- murid.

Rujuk Lampiran

Guru kemudiannya menyoal murid- murid secara rawak:

a)      Pernah melihat bentuk ini?

b)      Di manakah kita boleh   
      melihat bentuk ini?
      - buku
      - barang-barang

c)   Siapa pernah melukis
      bentuk ini?


1)      Guru menunjukkan contoh beberapa bentuk yang biasa dilihat sebagai langkah pengenalan kepada tajuk mata pelajaran untuk hari itu.

2)      Guru memperincikan perkaitan bentuk dengan mata pelajaran untuk hari itu.

ABM:
Persembahan elektronik
- Beberapa bentuk yang
  biasa dilihat

KB:
- Mengenalpasti
- Menghubungkait

Nilai Murni:
- Berani menjawab
- Berdisiplin


LANGKAH 1
09:52 – 10:00 pagi
(10 minit)

Guru menerangkan teknik melipat dan menggunting sambil menyoal

a) Siapa pernah melipat dan
 menggunting kertas?

 b) Bagaimana menggunakan
 teknik melipat dan menggunting
 untuk menghasilkan corak
Guru juga turut memberi pengetahuan tentang teknik melipat dan menggunting.

Kelas dibahagikan kepada 5  kumpulan.
(Setiap kumpulan 5 orang ahli)

1.      Guru memberi alatan dan bahan pada murid.

2.      Guru memperincikan teknik melipat dan menggunting kepada murid melalui teori.

3.      Guru mempamerkan contoh kerja yang ingin dihasilkan.
4.      Guru memberikan penerangan tentang langkah keselamatan yang perlu dipatuhi oleh setiap murid.

5.      Guru mengatur kedudukan setiap kumpulan yang telah dibentuk.

6.      Murid akan membuat bersama guru mengikut peringkat


ABM:
- Kertas lukisan
- Kertas warna
- Gunting
- Gam
- Persembahan
  elektronik


 KB:
- Mengingati semula
- Mencirikan

Nilai Murni:
- Keyakinan diri
- Berdisiplin
- Berhati-hati

a.        

LANGKAH 2
10:00 – 10:15 pagi
(15 minit)

- Proses melipat dan menggunting

a) Guru memilih beberapa
    bentuk yang ingin digunakan.

b) Guru mengajar teknik yang  
    betul bagaimana melipat dan
    menggunting kertas warna

c) Guru memperincikan teknik
    melipat dan menggunting.

Guru memperincikan gerak kerja yang ingin dilakukan. Murid memerhatikan gerak kerja.

a)      guru melipat kertas warna kepada beberapa bahagian

b)      guru gunting secara bebas atau mengikuti bentuk-bentuk yang telah dipilih

c)      guru membuka lipatan dan menunjukkan hasil kerja

ABM:
- Kertas lukisan
- Kertas warna
- Gunting
- Gam
- Persembahan
  elektronik

 KB:
- Mengingati semula
- Menghubung kait

Nilai Murni:
- Keyakinan diri
- Berdisiplin
- Bekerjasama
- Berhati-hati

b.       

LANGKAH 3
10:15 – 10.35 pagi
(20 minit)

- Proses penghasilan kerja oleh
  murid
a) Murid memlilih beberapa   
    bentuk yang ingin digunakan

b) Murid melipat kertas warna
    mengikut kreativiti sendiri dan
    menggunting secara bebas atau
    mengikut bentuk yang telah
    dipilih bagi menghasilkan corak

c) Murid membuka lipatan dan    
    satu corak terhasil. Kemudian
    murid menampalkan pada kertas
    lukisan

d) Murid dapat menggunakan
    bentuk-bentuk yang pernah
    dilihat

e) Murid menyedari gabungan
    bentuk-bentuk akan   
    menghasilkan corak


a) Guru turut memantau kerja murid
    mengikut kumpulan

b) Guru menekankan tentang aspek  
    keselamatan dari segi penggunaan
    gunting

c) Guru menekankan tentang aspek
    menjaga kebersihan

d) Guru menekankan tentang aspek
    kerjasama dan saling tolong menolong
    sesama ahli kumpulan

ABM:
- Kertas lukisan
- Kertas warna
- Gunting
- Gam
- Persembahan
  elektronik

 KB:
- Ketepatan penyusunan
- Pengolahan
- Keseragaman

Nilai Murni:
- Kesabaran
- Berdisiplin
- Bekerjasama
- Keyakinan diri
- Menjaga kebersihan
- Berhati-hati 
c.        

PENUTUP
10:35– 10:45 pagi
(10 minit)

Merujuk kepada hasil pembelajaran:-

- menggunakan daya kreativiti
  untuk menghasilkan corak yang
  menarik dengan teknik yang
  mudah

Soalan:

- Apakah pengetahuan yang kamu
  perolehi berdasarkan aktiviti yang
  dilakukan sebentar tadi?

Murid masih dalam kumpulan masing- masing.

a)      Guru dan murid membuat rumusan tentang pelajaran untuk hari itu di samping aktiviti soal jawab dan penerangan yang di sampaikan oleh guru kepada murid.

b)      Murid diberi peluang untuk menjawab secara lisan

c)      Guru membuat penilaian dan komen terhadap hasil kerja murid-murid

d)     Corak yang menarik akan dipamekan di sudut seni kelas


ABM:
- Persembahan
  elektronik


 KB:
- Mengingati semula
- Menilai
- Membuat keputusan

Nilai Murni:
- Keyakinan diri
- Berdisiplin
- Menghargai pandapat
  kawan.    
a.        







Sunday 13 April 2008

HIASAN DALAMAN

Melapangkan ruang sempit
Oleh Azran Jaffar

Dengan menempatkan cermin di beberapa bahagian ruang akan dapat mengelakkan sesuatu ruang itu nampak sempit

RUANG tamu yang sempit memerlukan perancangan yang berkesan dalam penataannya supaya perabot yang diletakkan tidak menyesakkan dan menghalang laluan, sekali gus mewujudkan persekitaran yang selesa.



Bagi pereka dalaman, Ikhwan Johari dari WSI Designs, satu kaedah yang dilihat mampu mengatasi mengatasi ini adalah dengan menempatkan cermin di beberapa bahagian ruang berkenaan bagi mengelakkan sesuatu ruang itu nampak sempit.

CORAK sama pada
permukaan meja
dan tikar getah.

Perkara ini dipraktikannya untuk rekaan dalaman sebuah unit pangsapuri kos rendah di Tropicana, Petaling Jaya bagi program Jom Tukar.

“Cermin memberikan kesan lapang, sebagai contoh, saya letakkan cermin di dinding berhadapan pintu bilik supaya apabila keluar dari bilik penghuni unit pangsapuri ini nampak wajah mereka dan bukannya dinding.

“Kalau nampak dinding penghuni akan merasai kesempitan ruang, di samping itu saya juga meletakkan cermin di dinding di atas rak televisyen dan empat keping lagi yang kecil di dinding atas sofa bagi memberi kesan sama,” katanya.

Ikhwan berkata, untuk pengubahsuaian ini, pemilik kediaman mahukan konsep moden kontemporari dan ini dilaksanakannya melalui penggunaan warna-warna cerah pada kebanyakan kemasan.

“Ia bukan saja untuk memenuhi keperluan konsep tetapi juga mewujudkan kesan luas kepada kediaman,” katanya yang menggunakan tikar getah bercorak ira kayu warna lembut bagi mewujudkan suasana terang.

Ikhwan juga menjelaskan, oleh kerana ruang tamu dan ruang makan di unit pangsapuri itu disekalikan, maka beliau mewujudkan sempadan bagi memisahkan antara kedua-duanya.

Tiada dinding atau gantungan bidai, sebaliknya Ikhwan membuat jaluran garisan menggunakan sapuan cat pada dinding di bahagian yang diperuntukkan sebagai ruang makan yang diteruskan sehingga ke siling.

Bagi mewujudkan keserasian, Ikhwan menutup permukaan meja lipat yang dijadikan meja makan dengan bahan yang memaparkan corak sama dengan tikar getah, manakala penggunaan meja lipat adalah sesuatu yang dilihat praktikal untuk kediaman dengan ruang terhad.

Untuk mengelakkan kesesakan di bahagian yang diperuntukkan sebagai ruang tamu pula, Ikhwan hanya meletakkan sebuah sofa tiga dudukan warna gelap, sementara di dinding menghadapnya diletakkan rak televisyen sederhana besar.

Di antara kedua-dua perabot ini Ikhwan meletakkan hamparan warna cerah sederhana besar bagi memberikan kesan menyenangkan.

Bagi menimbulkan kecerahan, terendak lampu di bahagian ini sengaja direndahkan sedikit supaya cahaya yang dikeluarkan dapat dibiaskan oleh cermin yang digantung di atas rak televisyen.

Ikhwan juga menggantikan langsir tingkap ruang ini dari jenis yang tidak terlalu tebal dengan paparan corak sederhana bagi memberi kesan cerah pada siang hari.

Sesuai dengan Aidilfitri yang bakal menjelang, Ikhwan mengilhamkan suasana ini dengan meletakkan hiasan sarung ketupat pada langsir dan juga lampu kelip-kelip yang dipasang pada cermin utama di dinding.

Selain itu, tiga pelita panjut yang sumbunya digantikan dengan lilin diletakkan di tepi sofa untuk menaikkan lagi suasana yang boleh dijadikan hiasan sekiranya tuan rumah ingin mengadakan rumah terbuka.
Menjadikan jerami padi nilai komersial
Oleh Amran Abdullah


PELBAGAI jenis lampu tidur yang diperbuat daripada kertas
serat, dengan jenamanya yang menarik.

Kekotak lampu lantai, lampu meja, lampu syiling, lampu gantung, tempat penyimpanan nota, memo, beg, bingkai gambar juga diperbuat daripada serat tumbuh-tumbuhan

JERAMI padi lazimnya dibuang, dibiar atau dibakar begitu saja selepas petani menuai padi. Namun, bahan terbuang itu memberi ilham kepada Abdul Rahman Sani Abdullah untuk menghasilkan koleksi dan hiasan seperti lampu meja, bingkai gambar dan beg.

Selain jerami padi, beliau turut menghasilkan kertas menggunakan serat tumbuh-tumbuhan seperti batang pisang, pandan, kacang bendi (kacang lendir) dan kantan.



Abdul Rahman menerusi syarikatnya, Armensa Design bertapak di Kompleks Shahab Perdana, Alor Star, Kedah mengambil inisiatif bagi menyahut seruan kerajaan dan Perdana Menteri agar menjadikan satu daerah satu produk kraftangan.

Bertitik tolak daripada seruan itu, beliau yang mendapat bantuan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, negeri Kedah menggunakan kemahiran yang dipelajari di luar negara untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran itu untuk menghasilkan produk tempatan.

Armensa Design menjadi syarikat perintis dalam pembuatan kekotak lampu lantai, lampu meja, lampu syiling, lampu gantung, tempat penyimpanan nota, memo, beg, bingkai gambar berasaskan kertas yang diperbuat daripada serat tumbuh-tumbuhan.

Dengan menggunakan nama-nama yang direkacipta sendiri, bertujuan melariskan perniagaan dan menyediakan nama-nama tempatan terhadap kraftangan yang dihasilkan, adalah satu usaha kompeten dan berdaya saing.

"Harga yang berpatutan antara RM3 dan RM150 mampu dimiliki setiap orang dalam usaha menghargai kraftangan tempatan, termasuk pencinta seni kreatif", kata Abdul Rahman.

Justeru, menghasilkan kertas menggunakan serat tumbuh-tumbuhan memerlukan beberapa langkah susulan. Dalam peringkat pembuatan, serat tumbuh-tumbuhan yang dipilih akan dibersihkan terlebih dulu, khususnya membuangkan kekotoran.

"Serat-serat itu akan dipotong mengikut kesesuaian saiz, yang kemudiannya direbus dengan menggunakan soda cautic bagi melembutkan serta" kata Abdul Rahman.

Langkah seterusnya iaitu melerai, dilakukan dengan cara memukul serat yang telah direbus bagi menghasilkan pulpa. Peringkat membentuk kepingan dan menangguk pulpa dilakukan dalam takungan. Takungan biasanya berbentuk kolam, dan kerja menangguk menghasilkan kepingan kertas basah yang nipis dalam tapisan yang ditangguk.

Kertas basah di dalam penangguk itu akan dijemur untuk dikeringkan atau dimampatkan bagi mendapatkan permukaan kertas yang licin dan kuat.

Meskipun kerja menghasilkan kertas serat tumbuh-tumbuhan tampak mudah, sebaliknya Abdul Rahman menjelaskan, kertas yang dibuat itu masih melalui proses kajian teknikal seperti kesesuaian, keupayaan, kekuatan dan ketelusan bahan sebelum dapat menghasilkan produk kraftangan yang diinginkan.

"Kulit kayu, kain dan kertas terpakai turut digunakan bagi menghasilkan kertas" kata Abdul Rahman. Namun penggunaan serta tumbuh-tumbuhan lebih diutamakan kerana serat tersebut mudah diperoleh dan murah harganya.

Sebelum bahan seperti lampu, bekas memo, kad nama, sampul surat, kotak, bingkai gambar, dan beg kertas dihasilkan, Armensa Design melaksanakan kajian tindakan serta kajian pasaran untuk mengetahui kehendak dan sikap penggunaan.

"Cita rasa pengguna khususnya apa yang pelanggan mahu, golongan sasaran dan jenis produk perlu diambil kira dan dilakukan kajian terlebih dulu," kata Abdul Rahman.

Thursday 20 March 2008

NOTA UKIRAN KAYU

PENGENALAN KRAF KAYU HALUS

Ukiran kayu atau seni ukir merupakan seni pertukanagn yang menjadi tradisi turun temurun dalam masyarakat Melayu. Oleh itu, kemahiran mengukir sudah sinonem dengan kemahiran orang Melayu sejak awal sejarah tanahair. Bukti kemahiran ini dapat di lihat di bahagian-bahagian rumah seperti tangga, ambang, pintu, dinding, tiang, batu nisan, daun pintu, tingkap, kukur, bangau, jebak, burung, katil, meja dan dulang.

Kraf Lanjutan Ukiran kayu semester 4 sesi 2002/2003 telah memilih tumbuhan yang menjadi kepercayaan kepada sesuatu masyarakat di Malaysia yang berbilang ras dan etnik. Tumbuhan yang dipilih iaitu “Pokok sirih”diketengahkan kerana menjadi kepercayaan masyarakat Melayu, India dan China mengikut kepercayaan mereka.

SEJARAH

Sejarah awal tentang ukiran kayu di Malaysia tercatat dalam buku buku Sejarah Melayu (Sulatus Salatin) tulisan Tun Seri Lanang daripada abad ke-17.

Bahawa seni ukir telah dijalankan oleh orang Melayu sejak pemerintahan Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1459 – 1477. Buktinya dapat dilihat dalam seni bina istana beginda. Istana yang berukiran indah itu digelar oleh rakyat sebagai “Istana Hawa Nafsu”.

UKIRAN

Ukiran ialah hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung.

Dua faktor yang menjadikannya sedemikian ialah, pertama, keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan: kedua, kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis- jenis bentuk dan motif ukiran kayu.

Keadaan ini dibantu oleh daya cipta yang sihat, kemahiran pertukangan, citarasa tinggi, dan pendukungan yang berterusan.

Bentuk ukiran kayu Melayu mementingkan sifat gerak yang bermula dari suatu punca dan terus tumbuh perlahan-lahan serta berliku-liku

UKIRAN

Ukiran ialah hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung.

Dua faktor yang menjadikannya sedemikian ialah, pertama, keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan: kedua, kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis- jenis bentuk dan motif ukiran kayu.

Keadaan ini dibantu oleh daya cipta yang sihat, kemahiran pertukangan, citarasa tinggi, dan pendukungan yang berterusan.

Bentuk ukiran kayu Melayu mementingkan sifat gerak yang bermula dari suatu punca dan terus tumbuh perlahan-lahan serta berliku-liku

Biasanya ukiran itu mempunyai imbangan semukur di antara bahagian yang positif dengan yang negatif. Bentuk dan motifnya terkawal dalam keadaan yang sederhana serta unsur yang berlebih-lebihan.

Bahagian hujung sesuatu ukiran jarang sekali berdiri tegak atau melentik jauh keluar tetapi lebih menyarankan sifat merendah diri. Ukiran kayu itu tersusun dalam suatu ruang besar seperti mumbung di atas pintu rumah.

Seniman Melayu mendapat ilham dari alam yang luas untuk mewujudkan “awan larat”, iaitu bentuk awan bergerak. Motif ini terdapat bukan sahaja pada ukiran tetapi juga pada batik songket dan seni logam. Ukiran juga diilhamkan pada ayat-ayat suci AL-Quran seperti yang terdapat di setengah-setengah masjid, istana dan rumah. Seni ukir Melayu khususnya dijelma ke dalam seni yang berubah keadaan sifatnya, mempunyai identiti, gaya dan falsafah yang tersendiri.

TOKOH-TOKOH

Antara tokoh-tokoh dalam seni ukiran tradisional Melayu adalah seperti berikut :

Encik Latif Long dari Kelantan, pengukir yang paling berbakat di negara ini. Pemenang hadiah pertama bagi kepingan ukiran kayu bertebuk dalam beberapa pameran ukiran kayu tradisional peringkat kebangsaan.

Encik Long, bapa kepada Latif, pengukir istana di Kampung Raja Besut.

Tuan Haji Wan Su Othman dari besut, terengganu yang terkenal dengan ukiran motif awan larat.

UKIRAN TIMBUL TANPA SILAT
Ukiran Timbul tanpa Silat adalah
corak ukiran tidak diukir dengan silat

UKIRAN TIMBUL DENGAN SILAT
Ukiran Timbul dengan Silat adalah corak ukirannya diukir dengan silat.

KAJIAN JENIS-JENIS UKIRAN

UKIRAN TEBUK TEMBUS
Pada Ukiran Tebuk Tembus, kayu atau papan yang diukir ditebuk tembus kecuali bentuk corak ukiran sahaja yang dibiarkan. Ukiran Tebuk Tembus ini berfungsi sebagai pengaliran udara dan pencayaan. Kebanyakkan Ukiran Tebuk Tembus ini terdapat pada bangunan dan rumah-rumah Melayu Tradisional seperti bahagian kekisi jendela, sekatan ruang , cucur atap.

Ukiran Tebuk Tembus terbahagi kepada dua jenis iaitu, Ukiran Tebuk Tembus Tanpa Silat dan Ukiran Tebuk tembus Silat.

UKIRAN TEBUK TEMBUS TANPA SILAT
Ukiran ini dibuat dengan cara menebuk papan atau kayu yang diukir sehingga tembus. Pada bahagian corak ukirannya pula tidak diukir (Silat tidak dibuat).


ALATAN MENGUKIR TRADISIONAL








KAJIAN MOTIF

Motif yang sering digunakan pada ukiran ialah awan larat, motif tumbuh-tumbuhan seperti sulur kacang, daun, bayam, daun kiambang, pucuk paku, bunga ketumbit, sulur ketola, daun-daun guri dan sebagainya.







JENIS-JENIS MOTIF

Dalam masyarakat tradisional Melayu pelbagai unsur dijadikan motif dalam seni ukiran. Unsur tersebut adalah seperti berikut:

UNSUR BENDA BERNYAWA

Unsur bernyawa merujuk kepada rupa binatang seperti ayam, burung, itik dan sebagainya. Contoh unsur bernyawa pada ukiran tradisional yang dihasilkan oleh pengukir zaman pra-Islam.

Namun rupa bentuk tidak mengambarkan bentuk objek yang sebenarnya tetapi hanya berbentuk lambang.

CONTOH UNSUR BENDA BERNYAWA

A. Motif itik pulang petang
B. Motif badak mudik
C. Motif unduk-unduk atau kuda-kuda laut
D. Motif lebah bergantung
E. Motif kepala cicak
F. Motif ayam berlaga
G. Motif kumbang dan kipas

UNSUR KOSMIK

Unsur kosmik atau air space elements dalam bahasa Inggeris merujuk kepada unsur yang ada kaitannya dengan alam semesta. Biasanya digambarkan melalui motif matahari, bulan, bintang, awan ukiran seperti ini biasanya ditemui pada tebar layar rumah.

UNSUR GEOMETRI

Unsur geometri merujuk kepada corak yang berasaskan rupa geometri atau kombinasi rangka geometri dengan unsur lain.


UNSUR KALIGRAFI

Unsur ini berdasarkan huruf-huruf Arab atau tulisan Jawi

UNSUR FLORA

Tumbuhan menjalar dipilih sebagai motif. Kebiasaannya sulur pautnya yang lembut danmenjalar mudah diubah bentuk mengikut cita rasa pengukir.

FUNGSI UKIRAN KAYU

Dalam seni bina, ukiran tradisional Melayu digunakan untuk tujuan memperindah dan menyiapkan bangunan tersebut dengan corak terkawal yang tidak mengatasi binaan.

Contoh bangunan yang masih boleh dilihat hingga hari ini :

Istana kenangan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar

Istana Jahar, Kelantan yang kini dikenali sebagi
Muzium Negeri Kelantan

Istana Tengku Nik, kini dikenali sebagi Induk Muzium Negeri Terengganu

TEKNIK MELUKIS UKIRAN

Sebelum memulakan aktiviti melukis atau melakar corak ukiran kayu, beberapa aspek penting perlu diketahui dan difahami. Corak dan jenis ukiran antaranya.

Motif bunga Simpuh dan daun Simpuh, di dalam motif tersebut terdapat unsur asas yang terdiri dari daun Pengasuh, daun Sendal, daun Bakok, Siba Dayang, bunga, Kudup bunga.

Tuesday 18 March 2008

Falsafah Ukiran Kayu Halus

>
F A L S A F A H   U K I R A N pengenalan

Pandai kayu tidak hanya pandai mengukir tetapi juga berpegang kepada falsafah semasa mengukir atau proses membuat ukiran, ini dijadikan garis panduan atau guide line  untuk menghasilkan corak ukiran.

Tumbuh berpunca penuh rahsia

Semua yang lahir itu adalah dari “Zat Allah” dan tidak dapat digambarkan oleh akal manusia. Seperti pandanagn Abdullah Mohammed (Nakula) (1978) dalam buku Falsafah dan Pemikiran Orang-Orang Melayu bahawa beliau menyatakan bahawa asas Kebudayaan orang-orang Melayu adalah “Zat Allah”. Daripada “Zat Allah” maka wujudlah segala bentuk makhluk dimuka bumi ini termasuklah manusia. “Konsep keTuhanan dan kealaman” menjadi asas kepada zat Allah.

Konsep ini telah diterapkan oleh orang Melayu dalam semua aspek termasuk kesenian. Maka Zat Allah ini dipamer sebagai “Benih” alam yang mempunyai hayat, ilmu iradat dan kudrat. Biji benih menjadi lambang kewujudan manusia yang kemudiannya berkembang membentuk satu kehidupan berkeluarga iaitu daun pengasuh sengaja digambarkan sebagai “Siba Dayang” menghasilkan kehidupan baru sebagai putik dan bunga yang meneruskan kehidupannya.

Punca penuh rahsia

Rahsia dalam bahasa Arab disebut sebagai “Sirr” iaitu Zat Allah

Daripada rahsia itu, muncullah benih atau yang mengwujudkan “Alam” yang indah. Para pengukir melihat rahsia alam pada hakikat sebenarnya sebagai melihat keindahan Allah.

Dari itu orang Melayu akan dapat mengenal asal usul dirinya dan juga dapat mengukur sejauh manakah kemampuan dirinya. Akhirnya wujudlah masyarakat bersifat mulia dan beretika.

Tajam tidak  menujah lawan / Lilit tidak memaut kawan

Zat Allah mempunyai kelompok sifat iaitu sifat keindahan sebagai “Jamal” dan sifat kehebatan “Jalal”.

Alam mewarisi kedua-dua sifat tersebut iaitu sifat indah dan sifat kehebatan. Orang Melayu terkenal dengan pengasih, tenang, kelembutan dan amat mencintai kedamaian.

Konsep ini milik bersama dan tidak suka mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain adalah sikap
 turun temurun orang Melayu.



Lingkaran mesra

Hasil dari Zat Allah yang sungguh sempurna menjadi pegangan orang-orang Melayu.

Segala sifat mulia menjadi nadi dalam kehidupan dan seterusnya identiti ini diterapkan dalam penghasilan karya ukiran yang menonjolkan jalinan kasih sayang dan menjalinkan hubungan yang erat tanpa menimbulkan kesan kepada orang lain.