Assalamualaikum.....Salam Sejahtera........Salam 1 Malaysia..............Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan al-Mubarak semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat ......amin ..ya..rabulalamin...

Tuesday 10 August 2010

Corak Terancang


Mata Pelajaran           :       PendidIkan Seni Visual
Kelas                          :       4 KEMBOJA
Bil Murid                   :       35 orang
Tarikh                        :       10.08-2010 (Selasa)
Masa                          :       10.30 am – 11.30 am
Bidang                       :       (B) membuat corak dan rekaan
Jenis                           :       Terancang
Alat                            :       Gunting
Bahan                        :       Kertas lukisan
Hasil pembelajaran    :       Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :-
i)              Menghasilkan sekeping kertas corak
ii)            Memahami teknik lipatan dan guntingan
Kemahiran                 :       Menghubung kait
Penerapan nilai          :       Bersabar
Tajuk                          :       Rekaan corak alas meja                                                                                                             












Langkah-langkah

Isi pelajaran
Aktiviti dan pengajaran pembelajaran
Catatan

Set Induksi
(3 minit)

pic1.jpg


Soalan :
i)     Apakah yang kamu nampak menerusi gambar ini ?

Lipatan dan guntingan gambar lembu


1.      Guru menunjukkan gambar-gambar lipatan dan guntingan melalui komputer untuk menarik perhatian murid tentang tajuk yang akan diajar.
2.      Guru bertanya kepada murid tentang soalan.

Alatan :
Komputer

Strategi :
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Penyampaian
(10 minit)

pic2.jpg

pic3.jpg

pic4.jpg
Contoh-contoh lipatan dan guntingan
1.      Guru memperkenalkan tajuk yang akan diajar.
2.      Guru mengajarkan tentang teknik lipatan dan guntingan.
3.      Guru mempamerkan contoh-contoh lipatan dan guntingan.
4.      Guru memberikan penerangan tentang teknik dan proses lipatan dan guntingan.
5.      Guru menunjukkan cara lipat dan cara guntingan.


Alatan :
Komputer

Penerokaan
(8 minit)

pic5.jpg
Lukisan corak seni

1.      Guru menyuruh murid lukiskan corak seni tekat.
2.      Guru menyuruh murid ambil perhatian :
3.      Semasa melukis corak seni mestilah secara besar kerana lebih mudah menguntingkan kertas warna.
4.      Guru meronda seluruh kelas untuk mengetahui murid dapat memahami bentuk corak seni tekat.

Alatan :
Kertas warna

Strategi :
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Penghasilan
(25 minit)

pic10.jpg





1.      Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
2.      Guru membahagikan bahan-bahan seperti kertas lukisan, kertas warna dan gunting kepada setiap kumpulan.
3.      Murid memulakan aktiviti dengan bimbingan guru mengikut teknik yang diajar.
4.      Guru menerapkan nilai murni :-
5.      Semasa menjalankan aktiviti murid mestilah berhati-hati menggunakan gunting.
6.      Guru meronda seluruh kelas dan member bantuan kepada murid.


Alatan :
Kertas lukisan, kertas warna dan gunting

Penerapan nilai :
Berhati-hati

Penilaian
(7 minit)

pic8.jpg
Hasil guntingan

1.      Guru membuat penilaian hasil kerja murid.
2.      Guru mempamerkan hasil kerja murid di hadapan kelas.
3.      Guru memberikan komen bersama-sama dengan murid tentang hasil kerja mereka.
4.      Guru memperbaiki atau memuji hasil kerja murid.
5.      Hasilan yang menarik dipamerkan disudut seni.
6.      Guru juga member dorongan dan galakkan kepada murid.
7.      Murid merasa bangga dengan hasil kerja yang telah dibuat.



Penutup
(4 minit)


1.      Hasilan yang menarik ditunjukkan kepada rakan untuk mendapatkan pandangan.
2.      Guru memberikan komen bersama-sama dengan murid tentang hasil kerja mereka.
3.      Murid disuruh mengemas dan membersihkan kawasan masing-masing.
4.      Guru menerapkan nilai murni.


Penerapan nilai :
Kebersihan persekitaran


Monday 9 August 2010

Batik

Batik celup atau juga dikenali sebagai batik ikat, merujuk kepada kaedah mencorak batik dengan cara mencelup kain kedalam pewarna sebanyak beberapa kali. Corak dan reka bentuk penerapan warna dirancang terlebih dahulu dan bahagian yang hendak dilindung dari pewarna akan dicorak dengan menggunakan lilit (yang biasanya dicampur damar) atau diikat ponjok. Lilin atau ikatan tersebut akan melindung warna sedia ada dari bertukar apabila dicelup kedalam warna berikutnya.
Pada kebiasaannya, batik celup akan dicelup dari warna cerah kepada warna semakin gelap. Ini bagi mengelak warna celupan dari bercampur atau comot. Proses mengikat atau melilin corak batik pada kain putih dan proses pewarnaan dengan merencam kain ke dalam pewarna akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Batik_celup
BATIK PELANGI/ Batik Celup
• Batik pelangi ialah batik yang dihasilkan tanpa penggunaan lilin dan diperkenalkan oleh Che Minah Pelangi dari
Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793 – 1808)
• Ia disebut juga sebagai kain ‘rawa’
• Digunakan sebagai tudung / selendang serta menjadi pelengkap atau eksesori pakaian terutama inang dan dayang di istana
• Ia dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat dan celup
• Kain diikat beberapa kali dengan menggunakan lilin atau apa sahaja untuk menghalang penyerapan warna. Bilangan ikatan dan celupan warna menentukan corak dan warna pada kain

Batik pelbagai jenis
1. Batik lasem kelantan – batik yang direbus dua kali dan menggunakan motif pucuk rebung pada bahagian kepala kain
2. Batik perkalongan Kelantan – bercirikan motif bunga pada kepala kain dan badan kain .Warna motif tidak dicelupkan sebaliknya mencalit warna menggunakan berus halus
3. batik selapis- menggunakan satu warna sahaja dengan menggunakan ragam hias yang bebas
4. Batik solo kelantan – dikenali juga batik belit, batik lepas, dan batik panjang.Penggunaan warnanya terhad pada tiga warna sahaja iaitu hitam, biru dan kuning
SEJARAH DUNIA & BATIK:
Mengikut catatan sejarah, batik dalam bentuk primitif diketahui wujud sejak 2,000 tahun lalu di Parsi dan di Mesir !!!
Pada tamadun awal Mesir, tulisan digunakan untuk menyimpan rekod tentang upacara keagamaan dan harta yang ada di kuil-kuil. Bentuk tulisan yang dicipta oleh para pendeta ini dikenali sebagai hieroglif. Tulisan hieroglif berbentuk gambar dan diukir pada batu atau kayu. Setelah membuat kertas daripada pokok papyrus, orang Mesir menulis dengan menggunakan dakwat dan berus.
Kain tertenun diperbuat dengan menggunakan roda pemejaman dan kek pada 6000 sebelum Masehi. Tulisan berbentuk gambar diterjemahkan diatas kain tertenun oleh BLOK KAYU UKIRAN TIMBUL DICELUPKAN DENGAN PEWARNA SEBELUMN DITEKAPKAN PADA KAIN yang kini dikenali sebagai 'batik'.
Bangsa Mesir Kuno menghias bentuk dasar ini dengan mempergunakan kain itu sendiri, yaitu dengan cara pemberian lipit-lipit ( pleats, plissee ). Bangsa Babylonia dengan menambah potongan-potongan strook yang berumbai-rumbai. Busana yang dipakai pada masa itu masih dalam bentuk yang sangat sederhana berupa busana dalam bentuk kemeja tanpa krag dinamakan KALASIRIS.
Dalam periode kerajaaan kunoKalasirirs berlengan setali ini sangat pendek dan ketat, sedangkan dalam periode kerajaan baru kalasiris dibuat panjan dan lebar serta diberi lipit-lipit yang merupakan unsure dekoratif yang sangat dominant pada tata busana bangsa Mesir kuno.
Di negara China dan Jepun 'kain bercorak' mula digunakan sejak abad ke 7 dan ke 8 lagi. Di Tanah Melayu, batik mula diperkenalkan sejak abad ke 15 Masihi iaitu di zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu dan seterusnya Tanah Melayu.
BATIK DI MALAYSIA:
Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan "ubi kentang" sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden.
Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi.
Sejarah batik di Malaysia mula di ketahui pada abad ke 18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan Batik di Terengganu. Dalam tahun 1911 apabila Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan Batik di kawasan Lorong Gajah Mati, Kota Bahru Kelantan.
Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi’. Pada masa itu kain di import dari Thailand jenis ‘Kain Pereir’ sementara itu warna dibuat sendiri dengan menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelang hanyalah Biru dan hitam sahaja. Pada tahun 1922 Haji Che Su telah mengeluarkan batik yang menggunakan blok kayu. Pada tahun 1926 kemasukan pewarna kimia dari Eropah telah membawa perkembangan Batik. Reka corak batik mula dipengaruhi dengan reka corak Batik Indonesia disertai dengan nama batik dikomersilkan.
Nama batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik.
Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Ternyata konsep "batik" itu sendiri telah wujud sejak 2,000 tahun lalu di Parsi dan di Mesir sejak bermulanya tamadun manusia disana; Tamadun Mesopotamia- Babylon.
Petikan: Pustakaan Negara Malaysia & Laman Pendidikan Seni, Sejarah Dunia jilid 3

Cetakan
Engraving
Proses ini dikembangkan di Jerman sekitar tahun 1430 dari engraving (ukiran halus) yang digunakan oleh para tukang emas untuk mendekorasi karya mereka. penggunaan alat yang disebut dengan burin merupakan ketrampilan yang rumit.
Pembuat engraving menggunakan alat dari logam yang diperkeras yang disebut dengan burin untuk mengukir corak ke permukaan logam, tradisionalnya memakai plat tembaga. Alat ukir tersebut memiliki bermacam-macam bentuk dan ukuran menghasilkan jenis garis yang berbeza-beza.
Seluruh permukaan plat disapu dakwat, kemudian dakwat dibersihkan dari permukaan, yang tertinggal hanya dakwat yang berada di garis yang diukir. Kemudian plat ditaruh pada alat tekan bertekanan tinggi bersama dengan lembaran kertas (seringkali dibasahi untuk melunakkan). Kertas kemudian menyerap dakwat dari garis engraving (bahagian yang diukir), menghasilkan karya cetak.
 
Etsa
 
"lenanya menciptakan ngeri" etsa dan aquatint karya Francisco Goya Etsa adalah bahagian dari kelompok teknik intaglio bersama dengan engraving, drypoint, mezzotint dan aquatint. Proses ini diyakini bahawa penemunya adalah Daniel Hopfer (sekitar 1470-1536) dari Augsburg, Jerman, yang mendekorasi baju besinya dengan teknik ini. Etsa kemudian menjadi tandingan engraving sebagai medium seni grafis yang popular. Kelebihannya adalah, tidak seperti engraving yang memerlukan ketrampilan khusus dalam pertukangan logam, etsa relatif mudah dipelajari oleh seniman yang suka berkhayal dan menggambar.
Hasil cetakan etsa umumnya bersifat linear dan seringkali memiliki perincian dan kontur halus. Garis bervariasi dari halus hingga ke garisan yang kasar. Teknik etsa berlawanan dengan teknik cukil kayu, pada etsa bahagian permukaan tinggi bebas daripada dakwat. Bahagian permukaan rendah menahan dakwat. Mulanya selembar plat logam (biaanya tembaga, zink atau baja) dilitupi dengan selapisan minyak atau lilin. Kemudian pengkarya akan menggores lapisan tersebut dengan jarum etsa yang runcing, sehingga bahagian logam kelihatan.plat tersebut kemudiaannya dicelupkan dalam larutan cuka atau hanya disapukan ke atasnya.bahagian logam yang tenggelam akan dihakis oleh  larutan asid tersebut. Setelah itu, lapisan yang tersisa dibersihkan dari plat. Dan proses pencetakan selanjutnya sama dengan pencetekan selanjutnya sama dengan prosen pencetakan engraving.
 
Mezzotint
Salah satu cara lain dalam teknik intaglio di mana plat logam terlebih dahulu dibuat kasar permukaannya secara merata; gambar dihasilkan dengan mengerok halus permukaan, menciptakan gambar yang dibuat dari gelap ke terang. Mungkin juga menciptakan gambar hanya dengan mengkasarkan bahagian tertentu saja, bekerja dari warna terang ke gelap.
Mezzotint dikenal kerana kualiti tonnya yang kaya: pertama, kerana permukaan yang dikasarkan secara merata menahan banyak dakwat, menghasilkan warna cetak yang padu; kedua, kerana proses penghalusan tekstur dengan menggunakan burin, atau alat lain menghasilkan gradasi halus untuk mengembangkan tone.
Metode mezzotint ditemukan oleh Ludwig von Siegen (1609-1680). Proses ini dipakai secara luas di Inggeris mulai pertengahan abad lapan belas, untuk mereproduksi foto dan lukisan.
 
Aquatint
Adalah variasi dari etsa. Seperti etsa, aquatint menggunakan asid untuk membuat gambar cetakan pada plat logam. Pada teknik etsa digunakan jarum untuk menciptakan garis yang akan menjadi warna dakwat gelap, aquatint menggunakan serbuk resin yang tahan asid untuk menciptakan kesan ton.
Kebanyakan karya-karya grafis Goya menggunakan teknik aquatint.
Drypoint
Merupakan variasi dari engraving, dikerjakan dengan alat runcing, bukan dengan alat burin berbentuk "v". Sementara garis pada engraving sangat halus dan bertepi tajam, goresan drypoint meninggalkan kesan kasar pada tepi garis. Kesan ini memberi ciri kualitas garis yang lunak, dan kadang-kadang berkesan kabur, pada drypoint. Karena tekanan alat press dengan cepat merusak kesan tersebut, drypoint hanya berguna untuk jumlah edisi yang sangat kecil; sekitar sepuluh sampai duapuluh karya. Untuk mengatasi ini, penggunaan electro-plating (pelapisan secara elektrik dengan bahan logam lain) telah dilakukan sejak abad sembilanbelas untuk mengeraskan permukaan plat.
Teknik ini kelihatannya ditemukan oleh seorang seniman Jerman selatan abad limabelas yang memiliki julukan Housebook Master, di mana semua karya-karyanya menggunakan drypoint. Di antara seniman old master print yang menggunakan teknik ini: Albrecht Dürer memproduksi 3 karya drypoint sebelum akhirnya berhenti menggunakannya; Rembrandt sering menggunakannya, tapi biasanya digabungkan etsa dan engraving
litografi.
La Goulue, Poster litografi karya Toulouse-LautrecLitografi adalah teknik yang ditemui pada tahun 1798 oleh Alois Senefelder dan didasari pada sifat kimiawi minyak dan air yang tidak boleh bercampur. Digunakan permukaan berpori, biasanya sejenis batu yang disebut limestone/batu kapur; gambar dibuat pada permukaan batu dengan medium berminyak. Kemudian dilakukan pengasidan , untuk memindahkan minyak ke batu, sehingga gambar 'terbakar' pada permukaan. Lalu dilapisi gum arab, bahan yang larut air, menutupi permukaan batu yang tidak tertutupi medium gambar (yang berbasis minyak). Kemudian batu dibasahkan, air akan berada pada bagian permukaan yang tidak tertutup medium gambar berasas minyak tadi; selanjutnya batu di-roll dengan dakwat berasas minyak ke seluruh permukaan; kerana air menolak sifat minyak pada dakwat maka dakwat hanya menampal pada bagian gambar yang berminyak. Kemudian selembar kertas lembab diletakkan pada permukaan, image/gambar dipindahkan ke kertas dengan menggunakan alat tekanan. Teknik litografi terkenal dengan kemampuannya menangkap gradasi halus dan detail yang sangat kecil.
Variasi dari teknik ini adalah adalah foto-litografi, di mana gambar ditangkap lewat proses fotografis pada plat logam; kemudian pencetakan dilakukan dengan cara yang sama.
Seniman yang menggunakan teknik ini:
George Bellows, Pierre Bonnard, Honoré Daumier, M.C. Escher, Ellsworth Kelly, Willem de Kooning, Joan Miró, Edvard Munch, Emil Nolde, Pablo Picasso, Odilon Redon, Henri de Toulouse-Lautrec and Stow Wengenroth

Cetakan timbulan

Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna. 

Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.

Cetakan Benam
Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat. 

Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin. 

Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.
 
Cetakan Planograf
Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar. 

Dikenali juga sebagai litografi. 

Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air. 

Menggunakan blok batu kapur. 

Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel.

Cetakan Stensil
Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang. 

Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi. 

Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang

Kostik soda bukan tostik soda atau caustic fusion adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam proses cetakan batik untuk celupan dasar dengan sukatan 2-6 gram cap Napthol dicampurkan dengan 1-3 gram Kostik soda sisik atau batu ( + sedikit TRO atau penggantinya dan + air panas secukupnya). Kostik soda dikacau hingga lauran jernih kemerahan atau kekuningan. Jika masih keruh tambakan kostik soda atau dipanaskan kembali. Napthol adalah warna asas yang dicampurkan  untuk menghasilkan warna yang berbeza.
(sumber : http://cantingbatik.wordpress.com/2008/09/03/dasas-dasar-dalam-membuat-batik/ )

Apakah dia jenis 'kain pereir' yang diimport dari Thailand?
Kain yang sesuai digunakan ialah kain dasar putih kerana atas kain dasar ragamhias batik dapat terhasil.Kain dasar dipilih dari jenis kapas atau campurannya.Selain itu, sutera dan organza juga biasa digunakan.(sumber buku Rekabentuk Kraftangan  Melayu Tradisi )

Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. 

Friday 6 August 2010

Persepsi Guru Seni

KAJIAN ISU

TAJUK: PERSEPSI GURU SENI TERHADAP PERLAKSANAAN OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH DI KAWASAN MERLIMAU, MELAKA.


1. Pengenalan
Objektif kurikulum ditentukan dengan berdasarkan kepada beberapa kriteria yang dikira dapat mewujudkan suatu kurikulum yang bermanfaat kepada pelajar. Antara kriteria-kriteria yang digunakan untuk menentukan kurikulum sekolah ialah matlamat individu, masyarakat, dunia dan sarwajagat.
Objektif sesuatu kurikulum digubal berdasarkan matlamat kurikulum, dan matlamat kurikulum pula telah disediakan berdasarkan tujuan. Maka tujuan, matlamat dan seterusnya objektif saling berhubungkait dan perlu difahami oleh pendidik dengan jelas sebelum merancang sesuatu pengajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (KBSM) telah dirancang dengan teratur, kemas dan berubah mengikut keperluan semasa atas usaha Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual ini mengandungi Matlamat, Objektif, Organisasi Kurikulum dan Kandungan. (Rujuk Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Seni Visual, 2000).

2. Latar belakang masalah
Keberkesanan pengajaran dan pembelajran boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami kemampuan dan persepsi diri terhadap objektif yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk memperbaiki pengajaran diri dan seterusnya berjaya mencapai hasrat negara untuk muncul sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Angelo dan Cross (1993) menyatakan bahawa terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat dari subjek kajian. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memperolehi maklum balas ialah temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Dalam kajian ini penyelidik telah menggubah satu set soal selidik berdasarkan sukatan pelajaran pendidikan seni visual untuk mengukur domain persepsi guru seni terhadap objektif pendidikan seni visual sekolah menengah. Selain daripada itu, kaedah temu bual dan pemerhatian turut digunakan untuk mendapat maklumat yang lebih kukuh dan tepat.

3. Pernyataan Masalah
1. Apakah persepsi guru-guru seni terhadap kefahaman objektif Pendidikan Seni Visual?
2. Sejauh manakah objektif Pendidikan Seni Visual dilaksanakan semasa P&P?
3. Adakah pencapaian akedemik, pengalaman mengajar dan kekerapan menghadiri kursus seni mempengaruhi kefahaman objektif?
4. Bagaimana sesuatu objektif boleh menjelaskan matlamat dalam membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERI?

4. Hipotesis kajian
1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan pencapaian akademik guru seni.
2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan kekerapan menghadiri kursus seni.

5. Kepentingan kajian
Kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pelaksanaan objektif Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah kawasan Merlimau. Dapatan kajian dapat memberi makluman kepada Kementerian Pendidikan dan pentadbiran sekolah menilai tahap perlaksanaan objektif di sekolah supaya tindakan susulan boleh diadakan.

6. Skop kajian
Merlimau merupakan kawasan yang terletak di bahagian selatan negeri Melaka. Di sini terdapat empat buah sekolah menengah kebangsaan iaitu SMK Seri Makota, SMK Dang Anum, SMK Dato Abdul Rahman Yakub dan SMK Sungai Rambai. Jumlah bilangan guru yang mengajar mata pelajaran seni visual adalah 15 orang iaitu 11 (73.3%) orang guru lelaki dan 4 (26.7%) orang guru perempuan. Kesemua guru adalah berbangsa Melayu. Pencapaian akademik bagi sampel guru dapat dikategorikan kepada 2 kumpulan iaitu Diploma 6 (40%) orang dan Sarjana Muda 9 (60%) orang. Pengalaman mengajar guru seni di kawasan Merlimau adalah berbeza-beza iaitu kurang dari 2 tahun 3 (20%) orang, 2-5 tahun 3 (20%) orang, 6 – 10 tahun 1 (6.7%) orang, manakala pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun 8 (53.3%) orang. (Rujuk lampiran 3)
7. Definisi Istilah
7.1 Objektif
Objektif ialah perkara-perkara yang jelas tentang tingkah laku yang dapat dibuat oleh murid-murid untuk menunjukkan sesuatu yang telah dapat dipelajari. Ia merupakan hasil pengajaran yang dijangkakan dan bukan prosesnya. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1989) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi 3 telah menerangkan bahawa objektif mengandungi tiga unsur yang penting. Pertama, ia menekankan perlakuan yang dikehendaki daripada murid-murid sebelum berakhirnya pelajaran. Kedua, syarat-syarat yang diperlukan bagi perlakuan itu dan ketiga, peringkat pencapaian minimum yang harus diperolehi.

7.2 Perbezaan di antara Tujuan, Matlamat, Objektif
Menurut I.K. Davies (1976) dalam Objectives in Curriculum Design, definisi ‘Tujuan’ ialah “kenyataan am yang cuba memberi bentuk dan arahan kepada kehendak-kehendak yang lebih terperinci pada masa akan datang… Tujuan adalah titik permulaan. Ia merupakan satu idea, suatu cita-cita, dan suatu arah untuk dituju.”
Dalam pendidikan, perkataan ‘matlamat’ kadang-kadang disamakan dengan objektif am. Jika perkataan tujuan di atas ialah tujuk arah, perkataan matlamat pula akan memberi penerangan mengenai arah itu. Oleh kerana tujuan merupakan satu idea, maka matlamat merupakan pecahan-pecahan mengenai idea itu. Menurut C.D. Cavert (1974) dalam An Approach to the Design of Mediated Instruction, definisi ‘matlamat’ ialah “matlamat ialah kategori dan peringkat am tingkah laku yang telah dipelajari dalam satu bahagian pembelajaran. Objektif ialah penyataan spesifik mengenai gerak balas (response) penuntut (iaitu tingkalaku) yang telah dirancangkan. Matlamat memberi pemerian tentang tingkah laku penuntut secara am.” Dengan itu, matlamat ialah peringkat am tingkahlaku, manakala objektif ialah peringkat khusus tingkah laku. Objektif ialah satu kenyataan berkenaan dengan apa yang boleh dilakukan oleh murid-murid hasil daripada pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh dikategorikan ke dalam beberapa jenis antaranya ialah implisit, eksplisit, tingkah laku dan ekspresif.
Apabila seseorang guru membuat keputusan untuk mengajar, dia perlulah memutuskan beberapa isu penting. Guru berkenaan perlu memilih isi pelajaran yang berkaitan, kaedah pengajaran yang sesuai dan prosedur penilaian yang berkaitan dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Apa yang dilakukan oleh guru adalah untuk mencipta satu persekitaraan ,yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Ini dilakukan melalui interaksi antara guru dengan murid secara individu atau kumpulan, menggalakan interaksi sesama murid, atau menggalakan interaksi murid dengan bahan pengajaran. Mengikut Krathwohl (1971), proses pendidikan bermakna mengadakan satu siri persekitaran yang membolehkan murid untuk mempelajari tingkah laku baru, memperbaiki atau menghapuskan tingkah laku semasa, dan melatih tingkah laku ini hingga ke tahap dia berupaya mempamerkannya ke satu paras yang memuaskan di bawah keadaan tertentu. Pernyataan objektif pengajaran merupakan satu perihalan tingkah laku, iaitu pelajar diharap dapat mempamerkannya dengan agak tekal. Oleh sebab peranan objektif pengajaran amat penting dalam proses pengajaran, perhatian serius perlulah diberikan.


7.3 Persepsi
Persepsi merupakan tanggapan seseorang tentang sesuatu perkara setelah orang itu mengalami perkara yang dimaksudkan. Setelah membuat analisis sama ada secara spontan atau sebaliknya, satu idea terbentuk di dalam pemikirannya tentang perkara berkenaan. Persepsi tidak semestinya betul atau salah secara mutlak. Baird (1986) menganggap perbezaan persepsi adalah sesuatu yang dijangkakan. Persepsi adalah satu proses kognitif yang dilakukan oleh seorang individu untuk memberi makna kepada persekitarannya.

7.4 Guru
Page (1977) dalam International Dictionary of Dictionary of Education telah mendefinisikan guru sebagai seseorang yang mengajar, terutamanya seseorang yang diupah oleh sesebuah sekolah untuk mengajar. Good (1959) mentakrifkan guru sebagai seseorang yang telah mengikuti kurikulum profesional di sesebuah institusi rasmi dengan tujuan unuk membimbing, mengarah pengalaman pembelajaran pelajar dalam institusi pendidikan, sama ada kerajaan ataupun swasta.

8. Matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual
Matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat FPK.
Tokoh-tokoh Pendidikan Seni seperti Efland (1977) telah menghuraikan 3 komponen utama yang dijadikan matlamat dan objektif Pendidikan Seni, iaitu yang melibatkan perkembangan individu, warisan budaya dan seni dalam masyarakat. Mcfee (1961) mengatakan objektif Pendidikan Seni untuk membentuk tingkah laku dan meningkatkan kepekaan terhadap persekitaran dan alam. Feldman (1972) mengariskan objektif Pendidikan Seni sebagai mengenal dunia sekitar, belajar bahasa seni tampak, mengkaji kepelbagaian bahasa seni tampak dan menguasai teknik-teknik pendidikan seni.
Kesemua objektif yang dikemukakan mempunyai perbezaan dan persamaan, namun apa yang terpenting ialah ia dirancang berdasarkan matlamat dan berkeupayaan membentuk generasi yang sejajar dengan hasrat pembangunan negara.

9. Kepentingan objektif dalam mata pelajaran pendidikan seni visual
Objektif penting dan berfaedah kepada pembinaan ujian sebagai panduan untuk menentukan isi dan arah yang perlu ditekankan.
Objektif melewati kandungan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, ini bukan bermakna kandungan tidak penting, tetapi sekadar kandungan tidak menjadi matlamat akhir. Kandungan merupakan cara atau landasan untuk menulis objektif pengajaran. Berdasarkan objektif yang ditulis, guru dapat merancang kaedah dan peralatan yang releven dan sesuai untuk keperluan pelajar.
Popham (1969) mengemukakan pendapatnya tentang kepentingan kenyataan objektif dalam pengajaran. Menurut beliau mutu pengajaran tidak akan meningkat tanpa penggunaan objektif tingkah laku. Pendapat ini disokong oleh Mager (1971).

10. Objektif Pendidikan Seni dalam beberapa domain
Matlamat Kurikulum Pendidikan Seni Visual sejajar dengan kehendak FPK dalam aspek interlek, emosi, jasmani dan rohani, maka sekurang-kurangnya terdapat empat jenis objektif tingkah laku yang tertera dalam kesemua (sepuluh) objektif. Keempat jenis objektif tingkah laku ialah Kognitif, Afektif, Psikomotor dan Rohaniah. Pendekatan ini juga diperkenalkan sebagai pendekatan perkembangan menyeluruh. Menurut Keneeth M. Lansing (1971), terdapat tiga domain utama dan menjadikan fokus dalam mata pelajaran seni visual iaitu:
i. Domain Kognitif: Ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan aplisiasi, estetika serta seni dalam kehidupan (dalam Iberahim Hassan 2001). B.S. Bloom (1965) telah menemukakan taksonomi objektif kognitif yang merangkumi pengetahuan, kefhaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Ia mementingkan perkembangan potensi pelajar dari segi interlek. Mazlan Mohamad (1997) dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni telah menerangkan buku Planning Art Education – in the Middle/ secondary School of Ohio, yang dikeluarkan oleh State of Ohio Department of Education 1977, mengambarkan hubungan antara tujuan, matlamat, objektif, pendekatan dan aktiviti. Aras pencapaian objektif dipadukan daripada taksonomi domain kognitif, ia bukan sahaja merupakan alat pengukur terhadap pencapaian pelajar tetapi boleh dijadikan sebagai aras berbicara.
ii. Domain Afektif: Suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. (dalam Iberahim Hassan 2001). Manakala D. R. Krathwohl (1965) mengatakan domain ini mementingkan perkembangan emosi dan perasaan.
iii. Domain Psikomator: Memupuk kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan , otot dan mental. (dalam Iberahim Hassan 2001). Objektif ini dikemukakan oleh Simpson (Kapfer, 1965) ia mementingkan perkembangan dan memelihara kecergasan diri, bersedia menjalankan amalan menggunakan masa lapang secara berfaedah, memperolehi kemahiran-kemahiran asas praktik dalam kehidupan seharian; dan mempunyai asas kemahiran vokasional.
iv. Domain Rohaniah: Turut diterapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang bermatlamat memperkukuhkan kepercayaan beragama; memperkembangkan keyakinan terhadap pencipta; peka kepada nilai dan norma masyarakat; dan membentuk perlakuan dan peribadi yang berlandaskan nilai murni.
Maka kesemua objektif dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah dapat dianalisa berdasarkan domein seperti berikut:

Objektif Domain
1 Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Afektif

2 Memupuk budaya penyelidik dalam proses penghasilan karya seni visual. Kognitif dan Psikomator

3 Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, displin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. Kognitif dan Psikomator

4 Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti.
Kognitif
5 Membuat diskripsi, snalisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual.
Kognitif
6 Mendapat nilai tambah dalam displin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.

Kognitif dan
Afektif
7 Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa.
Afektif
8 Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya.
Afektif
9 Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup.
Afektif
10 Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Afektif


11. Rekabentuk kajian
Rekabentuk kajian ini bersifat kualitatif dan kuantitatif. Satu set soal selidik berbentuk skala likert telah disediakan untuk mengumpul data. (rujuk lampiran 1) Jacobs dan Ary (1990) , Mohd. Majid Konting (1990) berpendapat bahawa kebaikan menggunakan soal selidik ialah ianya boleh melibatkan responden yang lebih ramai, sacara lebih luas dan menyeluruh. (kajian ini walaupun hanya 15 responden, ia merupakan latihan penulisan ilmiah bertujuan menambah pengetahuan dan pengalaman).
Temu bual digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk memperoleh maklumat tentang fakta, perasaan, kepercayaan dan lain-lin secara langsung. Seramai 5 orang guru ditemu bual dalam kawasan Merlimau.
Selain daripada itu, kaedah pemerhatian turut diplaktiskan. Penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah – pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.
Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan bantuan komputer. Program yang digunakan ialah Statistical Package for the Social Science (SPSS). Subprogram yang digunakan ialah ujian-t, ANOVA sehala, Pearson Correlation. Menurut Mohd Majid Konting (1990) penganalisisan data berstatistik menggunakan perisisan pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat dan bebas daripada ralat.

12. Dapatan kajian
Tinjauan terhadap persepsi sebahagian guru seni terhadap pemahaman objektif kurikulum pendidikan seni visual
Berdasarkan data yang dikumpul didapati bahawa hampir kesemua sampel kajian iaitu seramai 14 (93.3%) orang guru seni mengatakan bahawa mereka memahami objektif pendidikan seni visual sekolah menengah dengan baik. Hanya seorang guru sahaja yang tidak memahami objektif Pendidikan Seni Visual dengan sepenuhnya. (rujuk lampiran 3) Ini adalah kemungkinan disebabkan kebanyakan subjek terdiri daripada guru yang berpengalaman dan antaranya telah lama menjadi jurulatih utama. Walaupun terdapat subjek yang mempunyai pengalaman mengajar yang kurang dari 2 tahun, tetapi mereka merupakan generasi muda yang menerima ilmu pengetahuan yang kukuh dari universiti pendidikan seperti UPSI. UPSI telah mendidik dan memberi konsep baru dalam beberapa pendekatan yang dikenalpasti sesuai dengan suasana pendidikan di negara kita antaranya DBAE yang ditaja oleh Yayasan Getty, Model Efland, Lansing dan lain-lain.

Kaedah pemerhatian terhadap pelaksanaan objektif pendidikan seni semasa pengajaran dan pembelajaran
Dengan izin pihak pentadbir sekolah dan bantuan pengetua sekolah lain di kawasan Merlimau, penyelidik telah berpeluang memerhati beberapa orang guru seni menjalankan aktiviti P&P. Pengkaji telah memilih objektif 2 iaitu memupuk budaya penyelidik dalam proses penghasilan karya seni sebagai dasar menentukan pelaksanaan objektif dalam P&P. Dapatan data ialah kelima-lima orang guru seni telah mengamalkan objektif ini dalam P&P, sebagai contoh 1: Dalam mengajar unsur-unsur seni seperti garisan: Pelajar diminta mengkaji dan menyelidik garisan yang terdapat di sekeliling bilik darjah dan mengkaji fungsi setiap jenis garisan dalam masa 160 minit. Contoh 2: Dalam unit catan: Pelajar diminta bandingbezakan antara 2 jenis catan yang berlainan teknik, menyelidik aliran kedua catan tersebut, pelajar terpaksa membuat rujukan perpustakaan untuk mengumpul maklumat dan seterusnya membuat laporan. Pendekatan pengumpulan dan penyusunan data-data membantu pelajar membuat penyelidikan secara saintifik mengenai seni. Pelajar dilatih secara ilmiah supaya dapat mengenali ciri-ciri teperinci bagi sesuatu aliran seni. Walaupun guru seni tersebut telah mengambil masa 2 minggu untuk mengajar sebahagian kecil dalam unit catan tetapi hasilnya amat memerangsangkan. Menurut Tuckman (1978), penyelidikan ialah suatu usaha yang sistematik untuk mendapat jawapan kepada sesuatu masalah. Ia bertujuan untuk mencari kebenaran dan menambah ilmu pengetahuan. Walaupun keesahan dan kebolehpercayaan kaedah ini rendah tetapi rumusannya ialah tidak 100% objektif yang dilaksanakan merujuk kepada matlamat FPK tetapi sebahagian objektif pasti dilaksanakan oleh guru seni yang berpengalaman.

Hubungan antara pencapaian akedemik, kekerapan menghadiri kursus seni dan pengalaman mengajar dengan kebolehan memahami objektif
Bagi menjawab hipotesis 1 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan pencapaian akademik guru seni. Penyelidik telah menggunakan analisis ujian t program SPSS. Ujian t menunjukkan t (13) = -.806, p = 0.435 adalah tidak signifikan. Hipotesis nol diterima. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian akademik dengan kefahaman objektif. (rujuk jadual 1)

Jadual 1
T-Test

Group Statistics
pencapaian akademik N Mean Std. Deviation Std. Error Mean
OBJEKTIF Diploma 6 10.0000 .0000 .0000
Sarjana Muda 9 10.8889 2.6667 .8889

Independent Samples Test
Levene's Test for Equality of Variances t-test for Equality of Means
F Sig. t df Sig. (2-tailed)

OBJEKTIF Equal variances assumed 3.396 .088 -.806 13 .435
Equal variances not assumed -1.000 8.000 .347

Bagi menjawab hipotesis 2 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan kekerapan menghadiri kursus seni. Ujian ANOVA sehala menunjukkan nilai F (2 , 12) = 0.72, p = .507 , adalah tidak signifekan. Hipotesis nol diterima. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kefahaman objektif antara kekerapan menghadiri kursus seni. Ini kemungkinan disebabkan guru yang tidak menghadiri kursus dapat ‘inhouse traning’ dari guru yang telah menghadiri kursus. (rujuk lampiran 2)

Jadual 2
Oneway ANOVA

OBJEKTIF
Sum of Squares df Mean Square F Sig.
Between Groups 6.400 2 3.200 .720 .507
Within Groups 53.333 12 4.444
Total 59.733 14

Post Hoc Test
Multiple Comparisons
Dependent Variable: OBJEKTIF
Tukey HSD
Mean Difference (I-J) Std. Error Sig. 95% Confidence Interval
(I) kekerapan kursus (J) kekerapan kursus Lower Bound Upper Bound
tak pernah 2 - 4 kali setahun .0000 1.4142 1.000 -3.7729 3.7729
5 - 8 kali setahun -1.3333 1.2766 .564 -4.7391 2.0724
2 – 4 kali setahun tak pernah .0000 1.4142 1.000 -3.7729 3.7729
5 - 8 kali setahun -1.3333 1.3608 .603 -4.9639 2.2972
5 – 8 kali setahun tak pernah 1.3333 1.2766 .564 -2.0724 4.7391
2 - 4 kali setahun 1.3333 1.3608 .603 -2.2972 4.9639

Bagi menjawab hipotesis 3 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Ujian kolerasi menunjukkan r = 0.23 , p = 0.408 adalah tidak signifikan. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman objektif (min = 10.53 , sd = 2.06) dengan pengalaman mengajar (min = 2.93 , sd = 1.27). nilai pekali kolerasi yang ditunjukkan adalah sangat rendah.(rujuk jadual 3)

Jadual 3
Kolerasi

Descriptive Statistics
Mean Std. Deviation N
OBJEKTIF 10.5333 2.0656 15
Pengalaman mengajar 2.9333 1.2799 15


Correlations
OBJEKTIF pengalaman mengajar
OBJEKTIF Pearson Correlation 1.000 .231
Sig. (2-tailed) . .408
N 15 15
Pengalaman mengajar Pearson Correlation .231 1.000
Sig. (2-tailed) .408 .
N 15 15

Ujian kolerasi menunjukkan r = 0.23 , p = 0.408 adalah tidak signifikan. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman objektif (min = 10.53 , sd = 2.06) dengan pengalaman mengajar (min = 2.93 , sd = 1.27). nilai pekali kolerasi yang ditunjukkan adalah sangat rendah.

Dari dapatan data didapati bahawa 60% guru tidak dapat menyenaraikan kandungan seni visual dengan tepat. Secara tidak langsung ia telah menyokong penulisan yang pernah ditulis oleh Iberahim Hassan (2001) dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pendidikan Seni Di Malaysia antara Harapan dengan Realiti telah mempersoalkan sejauh mana penguasaan ilmu dikalangan kita (guru seni) yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini? Setelah mengadakan temubual bersama tiga orang guru seni yang berpengalaman (pengalaman mengajar seni lebih dari 10 tahun dan telah menjadi JU Seni lebih daripada 5 tahun), apa yang mereka memberi penjelasan ialah walaupun guru seni tidak dapat menyenaraikan kandungan dengan tepat tetapi apa yang mereka jelas ialah unit-unit yang terkandung dalam setiap kandungan. Ini menunjukan bahawa guru seni lebih fokus kepada apa yang perlu pelajar mempelajari dan guru seni kurang sensitif terhadap perubahan mata pelajaran seni visual.
Selain daripada itu, dari dapatan data juga menunjukkan bahawa sebanyak 26.7 % (4 orang) guru seni merujuk sukatan setiap kali sebelum merancang P&P; 40% (6 orang) guru merujuk seminggu sekali; 26.7% (4 orang) juga yang merujuk sebulan sekali dan hanya 6.7% (1 orang) guru sahaja yang merujuk sukatan setahun sekali. Kekerapan merujuk sukatan pelajaran akan membantu dan memastikan guru dapat merancang sesuatu pelajaran dengan tepat.

Corak Tidak Terancang Tahun 4

Matapelajaran : Pendidikan Seni Visual
Tahun : 4M
Bilangan murid : 30 orang
Tarikh : 6.8.2010 (Jumaat)
Masa : 7:30 – 8:30 (1 jam)
Bidang : Mencorak dan membuat rekaan
Jenis : Teknik tidak terancang
Teknik : Percikan
Alat : Berus gigi, berus warna, daun
Bahan : Warna poster, kertas lukisan
Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat ;
1. Menghasilkan sekeping kertas bercorak teknik percikan
2. Menggunakan penggunaan warna kontra
Kemahiran berfikir : Menghubung kait
Penerapan nilai : Berdisiplin, berkerjasama, menjaga kebersihan
Tajuk : Kertas pembalut hadiah

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi
( 3 Minit ) Memaparkan gambar dan membuat pembandingan. 1) Guru memaparkan sekeping kertas pembalut hadiah yang dibeli oleh guru sebagai idea untuk murid.
2) Guru memaparkan sekping ketas pembalut hadiah yang dihasilkan oleh guru dengan menggunakan teknik renjisan dan percikan
3) Guru bertanya soalan dan soalan dijawab oleh murid.
a) Apakah perbezaan antara dua keeping kertas pembalut hadiah ini? (kertas pembalut hadiah pertama adalah dihasilkan oleh mesin manakala kertas pembalut hadiah kedua dihasilkan oleh guru dengan menggunakan teknik renjisan dan percikan ).
4) Guru memulakan topik hari ini : menggunakan teknik renjisan dan percikan untuk menghasilkan sekeping kertas pembalut hadiah.
Alatan:
Gambar: kertas pembalut hadiah

Kemahiran Berfikir: Membuat Perbandingan


Penerapan Nilai: Berdisiplin

Langkah 1: Penyampaian (Pemerhatian) (12 Minit) Memberi penerangan 1) Guru memberi penerangan tentang teknik untuk menghasilkan percikan
2) Guru memberitahu murid tentang bahan yang perlu disediakan ialah warna, berus gigi dan berus warna.
3) Guru menerangkan dan menulis langkah-langkah di papan hitam supaya murid dapat mengaplikasikan teknik percikan untuk menghasilkan sekeping kertas pembalut hadiah.
Alatan: Warna, berus gigi dan berus warna

Penerapan Nilai: Berdisiplin
Langkah 2: Penerokaan
(15 Minit) Membuat demonstrasi 1) Guru membuat demonstrasi satu kumpulan demi satu kumpulan.

2) Guru mengingatkan murid-murid bersikap sabar supaya dapat menghasilkan sebuah lukisan yang berkualiti.

3) Guru mengadakan sesi soal jawab untuk murid, supaya murid-murid lebih memahami tentang tajuk pada hari ini
Alatan: Warna, berus gigi dan berus warna

Penerapan Nilai: Berdisiplin

Langkah 3: Penghasilan (20 Minit) Perlaksanaan 1) Murid-murid bermula untuk menghasilkan sekeping kertas pembalut hadiah dengan menggunakan teknik percikan.

2) Guru membimbing dan member pertolongan kepada murid-murid supaya mereka dapat melaksanakan teknik percikan dengan betul.
Alatan:
Warna, berus gigi dan berus warna

Penerapan nilai: Berdisiplin
Langkah 4: Penilaian
(6 Minit) Membuat penilaian 1) Guru membuat penilaian terhadap lukisan murid-murid.
2) Guru member pujian kepada murid yang dapat menghasilkan lukisan yang baik.
3) Manakala guru member pendapat kepada murid yang lemah dalam bidang seni supaya memahami kelemahan mereka.
4) Guru memaparkan lukisan yang berkualiti di papan kenyataan kelas.
Penerapan Nilai: Berdisiplin

Langkah 5:
Penutup
(4 minit) Mengemas 1) Murid-murid diminta untuk mengemas tempat duduk sendiri dan seluruh bilik darjah.
2) Pengemasan ini bertujuan untuk memupuk sikap murid-murid berdisiplin dan bertanggjawab untuk menjaga kebersihan. Penerapan nilai :
Menjaga kebersihan