Assalamualaikum.....Salam Sejahtera........Salam 1 Malaysia..............Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan al-Mubarak semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat ......amin ..ya..rabulalamin...

Friday 6 August 2010

Persepsi Guru Seni

KAJIAN ISU

TAJUK: PERSEPSI GURU SENI TERHADAP PERLAKSANAAN OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH DI KAWASAN MERLIMAU, MELAKA.


1. Pengenalan
Objektif kurikulum ditentukan dengan berdasarkan kepada beberapa kriteria yang dikira dapat mewujudkan suatu kurikulum yang bermanfaat kepada pelajar. Antara kriteria-kriteria yang digunakan untuk menentukan kurikulum sekolah ialah matlamat individu, masyarakat, dunia dan sarwajagat.
Objektif sesuatu kurikulum digubal berdasarkan matlamat kurikulum, dan matlamat kurikulum pula telah disediakan berdasarkan tujuan. Maka tujuan, matlamat dan seterusnya objektif saling berhubungkait dan perlu difahami oleh pendidik dengan jelas sebelum merancang sesuatu pengajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (KBSM) telah dirancang dengan teratur, kemas dan berubah mengikut keperluan semasa atas usaha Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual ini mengandungi Matlamat, Objektif, Organisasi Kurikulum dan Kandungan. (Rujuk Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Seni Visual, 2000).

2. Latar belakang masalah
Keberkesanan pengajaran dan pembelajran boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami kemampuan dan persepsi diri terhadap objektif yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk memperbaiki pengajaran diri dan seterusnya berjaya mencapai hasrat negara untuk muncul sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Angelo dan Cross (1993) menyatakan bahawa terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat dari subjek kajian. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memperolehi maklum balas ialah temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Dalam kajian ini penyelidik telah menggubah satu set soal selidik berdasarkan sukatan pelajaran pendidikan seni visual untuk mengukur domain persepsi guru seni terhadap objektif pendidikan seni visual sekolah menengah. Selain daripada itu, kaedah temu bual dan pemerhatian turut digunakan untuk mendapat maklumat yang lebih kukuh dan tepat.

3. Pernyataan Masalah
1. Apakah persepsi guru-guru seni terhadap kefahaman objektif Pendidikan Seni Visual?
2. Sejauh manakah objektif Pendidikan Seni Visual dilaksanakan semasa P&P?
3. Adakah pencapaian akedemik, pengalaman mengajar dan kekerapan menghadiri kursus seni mempengaruhi kefahaman objektif?
4. Bagaimana sesuatu objektif boleh menjelaskan matlamat dalam membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERI?

4. Hipotesis kajian
1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan pencapaian akademik guru seni.
2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan kekerapan menghadiri kursus seni.

5. Kepentingan kajian
Kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pelaksanaan objektif Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah kawasan Merlimau. Dapatan kajian dapat memberi makluman kepada Kementerian Pendidikan dan pentadbiran sekolah menilai tahap perlaksanaan objektif di sekolah supaya tindakan susulan boleh diadakan.

6. Skop kajian
Merlimau merupakan kawasan yang terletak di bahagian selatan negeri Melaka. Di sini terdapat empat buah sekolah menengah kebangsaan iaitu SMK Seri Makota, SMK Dang Anum, SMK Dato Abdul Rahman Yakub dan SMK Sungai Rambai. Jumlah bilangan guru yang mengajar mata pelajaran seni visual adalah 15 orang iaitu 11 (73.3%) orang guru lelaki dan 4 (26.7%) orang guru perempuan. Kesemua guru adalah berbangsa Melayu. Pencapaian akademik bagi sampel guru dapat dikategorikan kepada 2 kumpulan iaitu Diploma 6 (40%) orang dan Sarjana Muda 9 (60%) orang. Pengalaman mengajar guru seni di kawasan Merlimau adalah berbeza-beza iaitu kurang dari 2 tahun 3 (20%) orang, 2-5 tahun 3 (20%) orang, 6 – 10 tahun 1 (6.7%) orang, manakala pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun 8 (53.3%) orang. (Rujuk lampiran 3)
7. Definisi Istilah
7.1 Objektif
Objektif ialah perkara-perkara yang jelas tentang tingkah laku yang dapat dibuat oleh murid-murid untuk menunjukkan sesuatu yang telah dapat dipelajari. Ia merupakan hasil pengajaran yang dijangkakan dan bukan prosesnya. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1989) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi 3 telah menerangkan bahawa objektif mengandungi tiga unsur yang penting. Pertama, ia menekankan perlakuan yang dikehendaki daripada murid-murid sebelum berakhirnya pelajaran. Kedua, syarat-syarat yang diperlukan bagi perlakuan itu dan ketiga, peringkat pencapaian minimum yang harus diperolehi.

7.2 Perbezaan di antara Tujuan, Matlamat, Objektif
Menurut I.K. Davies (1976) dalam Objectives in Curriculum Design, definisi ‘Tujuan’ ialah “kenyataan am yang cuba memberi bentuk dan arahan kepada kehendak-kehendak yang lebih terperinci pada masa akan datang… Tujuan adalah titik permulaan. Ia merupakan satu idea, suatu cita-cita, dan suatu arah untuk dituju.”
Dalam pendidikan, perkataan ‘matlamat’ kadang-kadang disamakan dengan objektif am. Jika perkataan tujuan di atas ialah tujuk arah, perkataan matlamat pula akan memberi penerangan mengenai arah itu. Oleh kerana tujuan merupakan satu idea, maka matlamat merupakan pecahan-pecahan mengenai idea itu. Menurut C.D. Cavert (1974) dalam An Approach to the Design of Mediated Instruction, definisi ‘matlamat’ ialah “matlamat ialah kategori dan peringkat am tingkah laku yang telah dipelajari dalam satu bahagian pembelajaran. Objektif ialah penyataan spesifik mengenai gerak balas (response) penuntut (iaitu tingkalaku) yang telah dirancangkan. Matlamat memberi pemerian tentang tingkah laku penuntut secara am.” Dengan itu, matlamat ialah peringkat am tingkahlaku, manakala objektif ialah peringkat khusus tingkah laku. Objektif ialah satu kenyataan berkenaan dengan apa yang boleh dilakukan oleh murid-murid hasil daripada pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh dikategorikan ke dalam beberapa jenis antaranya ialah implisit, eksplisit, tingkah laku dan ekspresif.
Apabila seseorang guru membuat keputusan untuk mengajar, dia perlulah memutuskan beberapa isu penting. Guru berkenaan perlu memilih isi pelajaran yang berkaitan, kaedah pengajaran yang sesuai dan prosedur penilaian yang berkaitan dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Apa yang dilakukan oleh guru adalah untuk mencipta satu persekitaraan ,yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Ini dilakukan melalui interaksi antara guru dengan murid secara individu atau kumpulan, menggalakan interaksi sesama murid, atau menggalakan interaksi murid dengan bahan pengajaran. Mengikut Krathwohl (1971), proses pendidikan bermakna mengadakan satu siri persekitaran yang membolehkan murid untuk mempelajari tingkah laku baru, memperbaiki atau menghapuskan tingkah laku semasa, dan melatih tingkah laku ini hingga ke tahap dia berupaya mempamerkannya ke satu paras yang memuaskan di bawah keadaan tertentu. Pernyataan objektif pengajaran merupakan satu perihalan tingkah laku, iaitu pelajar diharap dapat mempamerkannya dengan agak tekal. Oleh sebab peranan objektif pengajaran amat penting dalam proses pengajaran, perhatian serius perlulah diberikan.


7.3 Persepsi
Persepsi merupakan tanggapan seseorang tentang sesuatu perkara setelah orang itu mengalami perkara yang dimaksudkan. Setelah membuat analisis sama ada secara spontan atau sebaliknya, satu idea terbentuk di dalam pemikirannya tentang perkara berkenaan. Persepsi tidak semestinya betul atau salah secara mutlak. Baird (1986) menganggap perbezaan persepsi adalah sesuatu yang dijangkakan. Persepsi adalah satu proses kognitif yang dilakukan oleh seorang individu untuk memberi makna kepada persekitarannya.

7.4 Guru
Page (1977) dalam International Dictionary of Dictionary of Education telah mendefinisikan guru sebagai seseorang yang mengajar, terutamanya seseorang yang diupah oleh sesebuah sekolah untuk mengajar. Good (1959) mentakrifkan guru sebagai seseorang yang telah mengikuti kurikulum profesional di sesebuah institusi rasmi dengan tujuan unuk membimbing, mengarah pengalaman pembelajaran pelajar dalam institusi pendidikan, sama ada kerajaan ataupun swasta.

8. Matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual
Matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat FPK.
Tokoh-tokoh Pendidikan Seni seperti Efland (1977) telah menghuraikan 3 komponen utama yang dijadikan matlamat dan objektif Pendidikan Seni, iaitu yang melibatkan perkembangan individu, warisan budaya dan seni dalam masyarakat. Mcfee (1961) mengatakan objektif Pendidikan Seni untuk membentuk tingkah laku dan meningkatkan kepekaan terhadap persekitaran dan alam. Feldman (1972) mengariskan objektif Pendidikan Seni sebagai mengenal dunia sekitar, belajar bahasa seni tampak, mengkaji kepelbagaian bahasa seni tampak dan menguasai teknik-teknik pendidikan seni.
Kesemua objektif yang dikemukakan mempunyai perbezaan dan persamaan, namun apa yang terpenting ialah ia dirancang berdasarkan matlamat dan berkeupayaan membentuk generasi yang sejajar dengan hasrat pembangunan negara.

9. Kepentingan objektif dalam mata pelajaran pendidikan seni visual
Objektif penting dan berfaedah kepada pembinaan ujian sebagai panduan untuk menentukan isi dan arah yang perlu ditekankan.
Objektif melewati kandungan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, ini bukan bermakna kandungan tidak penting, tetapi sekadar kandungan tidak menjadi matlamat akhir. Kandungan merupakan cara atau landasan untuk menulis objektif pengajaran. Berdasarkan objektif yang ditulis, guru dapat merancang kaedah dan peralatan yang releven dan sesuai untuk keperluan pelajar.
Popham (1969) mengemukakan pendapatnya tentang kepentingan kenyataan objektif dalam pengajaran. Menurut beliau mutu pengajaran tidak akan meningkat tanpa penggunaan objektif tingkah laku. Pendapat ini disokong oleh Mager (1971).

10. Objektif Pendidikan Seni dalam beberapa domain
Matlamat Kurikulum Pendidikan Seni Visual sejajar dengan kehendak FPK dalam aspek interlek, emosi, jasmani dan rohani, maka sekurang-kurangnya terdapat empat jenis objektif tingkah laku yang tertera dalam kesemua (sepuluh) objektif. Keempat jenis objektif tingkah laku ialah Kognitif, Afektif, Psikomotor dan Rohaniah. Pendekatan ini juga diperkenalkan sebagai pendekatan perkembangan menyeluruh. Menurut Keneeth M. Lansing (1971), terdapat tiga domain utama dan menjadikan fokus dalam mata pelajaran seni visual iaitu:
i. Domain Kognitif: Ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan aplisiasi, estetika serta seni dalam kehidupan (dalam Iberahim Hassan 2001). B.S. Bloom (1965) telah menemukakan taksonomi objektif kognitif yang merangkumi pengetahuan, kefhaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Ia mementingkan perkembangan potensi pelajar dari segi interlek. Mazlan Mohamad (1997) dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni telah menerangkan buku Planning Art Education – in the Middle/ secondary School of Ohio, yang dikeluarkan oleh State of Ohio Department of Education 1977, mengambarkan hubungan antara tujuan, matlamat, objektif, pendekatan dan aktiviti. Aras pencapaian objektif dipadukan daripada taksonomi domain kognitif, ia bukan sahaja merupakan alat pengukur terhadap pencapaian pelajar tetapi boleh dijadikan sebagai aras berbicara.
ii. Domain Afektif: Suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. (dalam Iberahim Hassan 2001). Manakala D. R. Krathwohl (1965) mengatakan domain ini mementingkan perkembangan emosi dan perasaan.
iii. Domain Psikomator: Memupuk kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan , otot dan mental. (dalam Iberahim Hassan 2001). Objektif ini dikemukakan oleh Simpson (Kapfer, 1965) ia mementingkan perkembangan dan memelihara kecergasan diri, bersedia menjalankan amalan menggunakan masa lapang secara berfaedah, memperolehi kemahiran-kemahiran asas praktik dalam kehidupan seharian; dan mempunyai asas kemahiran vokasional.
iv. Domain Rohaniah: Turut diterapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang bermatlamat memperkukuhkan kepercayaan beragama; memperkembangkan keyakinan terhadap pencipta; peka kepada nilai dan norma masyarakat; dan membentuk perlakuan dan peribadi yang berlandaskan nilai murni.
Maka kesemua objektif dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah dapat dianalisa berdasarkan domein seperti berikut:

Objektif Domain
1 Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Afektif

2 Memupuk budaya penyelidik dalam proses penghasilan karya seni visual. Kognitif dan Psikomator

3 Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, displin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. Kognitif dan Psikomator

4 Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti.
Kognitif
5 Membuat diskripsi, snalisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual.
Kognitif
6 Mendapat nilai tambah dalam displin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.

Kognitif dan
Afektif
7 Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa.
Afektif
8 Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya.
Afektif
9 Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup.
Afektif
10 Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Afektif


11. Rekabentuk kajian
Rekabentuk kajian ini bersifat kualitatif dan kuantitatif. Satu set soal selidik berbentuk skala likert telah disediakan untuk mengumpul data. (rujuk lampiran 1) Jacobs dan Ary (1990) , Mohd. Majid Konting (1990) berpendapat bahawa kebaikan menggunakan soal selidik ialah ianya boleh melibatkan responden yang lebih ramai, sacara lebih luas dan menyeluruh. (kajian ini walaupun hanya 15 responden, ia merupakan latihan penulisan ilmiah bertujuan menambah pengetahuan dan pengalaman).
Temu bual digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk memperoleh maklumat tentang fakta, perasaan, kepercayaan dan lain-lin secara langsung. Seramai 5 orang guru ditemu bual dalam kawasan Merlimau.
Selain daripada itu, kaedah pemerhatian turut diplaktiskan. Penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah – pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.
Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan bantuan komputer. Program yang digunakan ialah Statistical Package for the Social Science (SPSS). Subprogram yang digunakan ialah ujian-t, ANOVA sehala, Pearson Correlation. Menurut Mohd Majid Konting (1990) penganalisisan data berstatistik menggunakan perisisan pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat dan bebas daripada ralat.

12. Dapatan kajian
Tinjauan terhadap persepsi sebahagian guru seni terhadap pemahaman objektif kurikulum pendidikan seni visual
Berdasarkan data yang dikumpul didapati bahawa hampir kesemua sampel kajian iaitu seramai 14 (93.3%) orang guru seni mengatakan bahawa mereka memahami objektif pendidikan seni visual sekolah menengah dengan baik. Hanya seorang guru sahaja yang tidak memahami objektif Pendidikan Seni Visual dengan sepenuhnya. (rujuk lampiran 3) Ini adalah kemungkinan disebabkan kebanyakan subjek terdiri daripada guru yang berpengalaman dan antaranya telah lama menjadi jurulatih utama. Walaupun terdapat subjek yang mempunyai pengalaman mengajar yang kurang dari 2 tahun, tetapi mereka merupakan generasi muda yang menerima ilmu pengetahuan yang kukuh dari universiti pendidikan seperti UPSI. UPSI telah mendidik dan memberi konsep baru dalam beberapa pendekatan yang dikenalpasti sesuai dengan suasana pendidikan di negara kita antaranya DBAE yang ditaja oleh Yayasan Getty, Model Efland, Lansing dan lain-lain.

Kaedah pemerhatian terhadap pelaksanaan objektif pendidikan seni semasa pengajaran dan pembelajaran
Dengan izin pihak pentadbir sekolah dan bantuan pengetua sekolah lain di kawasan Merlimau, penyelidik telah berpeluang memerhati beberapa orang guru seni menjalankan aktiviti P&P. Pengkaji telah memilih objektif 2 iaitu memupuk budaya penyelidik dalam proses penghasilan karya seni sebagai dasar menentukan pelaksanaan objektif dalam P&P. Dapatan data ialah kelima-lima orang guru seni telah mengamalkan objektif ini dalam P&P, sebagai contoh 1: Dalam mengajar unsur-unsur seni seperti garisan: Pelajar diminta mengkaji dan menyelidik garisan yang terdapat di sekeliling bilik darjah dan mengkaji fungsi setiap jenis garisan dalam masa 160 minit. Contoh 2: Dalam unit catan: Pelajar diminta bandingbezakan antara 2 jenis catan yang berlainan teknik, menyelidik aliran kedua catan tersebut, pelajar terpaksa membuat rujukan perpustakaan untuk mengumpul maklumat dan seterusnya membuat laporan. Pendekatan pengumpulan dan penyusunan data-data membantu pelajar membuat penyelidikan secara saintifik mengenai seni. Pelajar dilatih secara ilmiah supaya dapat mengenali ciri-ciri teperinci bagi sesuatu aliran seni. Walaupun guru seni tersebut telah mengambil masa 2 minggu untuk mengajar sebahagian kecil dalam unit catan tetapi hasilnya amat memerangsangkan. Menurut Tuckman (1978), penyelidikan ialah suatu usaha yang sistematik untuk mendapat jawapan kepada sesuatu masalah. Ia bertujuan untuk mencari kebenaran dan menambah ilmu pengetahuan. Walaupun keesahan dan kebolehpercayaan kaedah ini rendah tetapi rumusannya ialah tidak 100% objektif yang dilaksanakan merujuk kepada matlamat FPK tetapi sebahagian objektif pasti dilaksanakan oleh guru seni yang berpengalaman.

Hubungan antara pencapaian akedemik, kekerapan menghadiri kursus seni dan pengalaman mengajar dengan kebolehan memahami objektif
Bagi menjawab hipotesis 1 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan pencapaian akademik guru seni. Penyelidik telah menggunakan analisis ujian t program SPSS. Ujian t menunjukkan t (13) = -.806, p = 0.435 adalah tidak signifikan. Hipotesis nol diterima. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian akademik dengan kefahaman objektif. (rujuk jadual 1)

Jadual 1
T-Test

Group Statistics
pencapaian akademik N Mean Std. Deviation Std. Error Mean
OBJEKTIF Diploma 6 10.0000 .0000 .0000
Sarjana Muda 9 10.8889 2.6667 .8889

Independent Samples Test
Levene's Test for Equality of Variances t-test for Equality of Means
F Sig. t df Sig. (2-tailed)

OBJEKTIF Equal variances assumed 3.396 .088 -.806 13 .435
Equal variances not assumed -1.000 8.000 .347

Bagi menjawab hipotesis 2 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan kekerapan menghadiri kursus seni. Ujian ANOVA sehala menunjukkan nilai F (2 , 12) = 0.72, p = .507 , adalah tidak signifekan. Hipotesis nol diterima. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kefahaman objektif antara kekerapan menghadiri kursus seni. Ini kemungkinan disebabkan guru yang tidak menghadiri kursus dapat ‘inhouse traning’ dari guru yang telah menghadiri kursus. (rujuk lampiran 2)

Jadual 2
Oneway ANOVA

OBJEKTIF
Sum of Squares df Mean Square F Sig.
Between Groups 6.400 2 3.200 .720 .507
Within Groups 53.333 12 4.444
Total 59.733 14

Post Hoc Test
Multiple Comparisons
Dependent Variable: OBJEKTIF
Tukey HSD
Mean Difference (I-J) Std. Error Sig. 95% Confidence Interval
(I) kekerapan kursus (J) kekerapan kursus Lower Bound Upper Bound
tak pernah 2 - 4 kali setahun .0000 1.4142 1.000 -3.7729 3.7729
5 - 8 kali setahun -1.3333 1.2766 .564 -4.7391 2.0724
2 – 4 kali setahun tak pernah .0000 1.4142 1.000 -3.7729 3.7729
5 - 8 kali setahun -1.3333 1.3608 .603 -4.9639 2.2972
5 – 8 kali setahun tak pernah 1.3333 1.2766 .564 -2.0724 4.7391
2 - 4 kali setahun 1.3333 1.3608 .603 -2.2972 4.9639

Bagi menjawab hipotesis 3 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Ujian kolerasi menunjukkan r = 0.23 , p = 0.408 adalah tidak signifikan. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman objektif (min = 10.53 , sd = 2.06) dengan pengalaman mengajar (min = 2.93 , sd = 1.27). nilai pekali kolerasi yang ditunjukkan adalah sangat rendah.(rujuk jadual 3)

Jadual 3
Kolerasi

Descriptive Statistics
Mean Std. Deviation N
OBJEKTIF 10.5333 2.0656 15
Pengalaman mengajar 2.9333 1.2799 15


Correlations
OBJEKTIF pengalaman mengajar
OBJEKTIF Pearson Correlation 1.000 .231
Sig. (2-tailed) . .408
N 15 15
Pengalaman mengajar Pearson Correlation .231 1.000
Sig. (2-tailed) .408 .
N 15 15

Ujian kolerasi menunjukkan r = 0.23 , p = 0.408 adalah tidak signifikan. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman objektif (min = 10.53 , sd = 2.06) dengan pengalaman mengajar (min = 2.93 , sd = 1.27). nilai pekali kolerasi yang ditunjukkan adalah sangat rendah.

Dari dapatan data didapati bahawa 60% guru tidak dapat menyenaraikan kandungan seni visual dengan tepat. Secara tidak langsung ia telah menyokong penulisan yang pernah ditulis oleh Iberahim Hassan (2001) dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pendidikan Seni Di Malaysia antara Harapan dengan Realiti telah mempersoalkan sejauh mana penguasaan ilmu dikalangan kita (guru seni) yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini? Setelah mengadakan temubual bersama tiga orang guru seni yang berpengalaman (pengalaman mengajar seni lebih dari 10 tahun dan telah menjadi JU Seni lebih daripada 5 tahun), apa yang mereka memberi penjelasan ialah walaupun guru seni tidak dapat menyenaraikan kandungan dengan tepat tetapi apa yang mereka jelas ialah unit-unit yang terkandung dalam setiap kandungan. Ini menunjukan bahawa guru seni lebih fokus kepada apa yang perlu pelajar mempelajari dan guru seni kurang sensitif terhadap perubahan mata pelajaran seni visual.
Selain daripada itu, dari dapatan data juga menunjukkan bahawa sebanyak 26.7 % (4 orang) guru seni merujuk sukatan setiap kali sebelum merancang P&P; 40% (6 orang) guru merujuk seminggu sekali; 26.7% (4 orang) juga yang merujuk sebulan sekali dan hanya 6.7% (1 orang) guru sahaja yang merujuk sukatan setahun sekali. Kekerapan merujuk sukatan pelajaran akan membantu dan memastikan guru dapat merancang sesuatu pelajaran dengan tepat.

No comments:

Post a Comment