Assalamualaikum.....Salam Sejahtera........Salam 1 Malaysia..............Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan al-Mubarak semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat ......amin ..ya..rabulalamin...

Friday 10 July 2009

Kajian Teori

Kajian Teori Yang Berkaitan
Di dalam catan mixed media para pengkarya mencipta simbol-simbol baru untuk menghubungkan karya-karya seni moden dengan ikonografi tempatan. Mereka
menggunakan dan memetik motif-motif budaya setempat sebagai kajian mereka untuk mendapatkan idea atau untuk mengupaskan isu-isu yang akan diketengahkan oleh mereka. Contohnya seperti Choong Kam Kow dan Din Omar yang memetik motif-motif budaya permakanan tempatan sebagai Subjek kajian. Choong Kam Kow menghasilkan catan-catan yang menggabungkan bentuk kuih tradisi, dengan memberi penekanan kepada pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai simbol kepada pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai simbol kepada konsep kesatuan dalam kebudayaan Malaysia. Sebilangan pengkarya mixed media karya mereka bertunjangkan seni Barat yang kelihatan seperti ekpresionisme dan surealisme contohnya karya oleh Tan Chin Kuan di dalam karya “Tragic of Blue Night” (1991).


e) Jenis Bahan
Bahan-bahan yang digunakan biasanya pelbagai bahan yang boleh digunakan di dalam catan mixed media seperti alumunium, prospek, kaca lutsinar , kayu, plastik, bahan-bahan buangan dan lain-lain lagi. Bahan tadi digunakan oleh pengkarya untuk mengolahkan karya-karya mereka . Contohnya karya Zulkifli Yusof sebagai contohnya mengutamakan isu perpecahan kaum menerusi buah-buah catur. Kebanyakan karya Zukifli Yusof bahan-bahannya mixed media.

e.i) Apa Itu Bahan ( Material)
Bahan adalah sesuatu objek yang dikenali samada dari segi rupa dan bentuk atau yang menjalani pembuatan prosesnya. Di dalam seni bahan campuran, samada sesuatu bahan itu telah menjalani proses atau masih kepada pengekalan identitinya tertakluk kepada bagaimana pengkarya itu berkarya.
Sejajar dengan kemajuan, pengkarya telah memproses sesuatu bahan itu sebagai contoh menggunakan plaster, woodfiler, serbuk kayu, gam, plastik, elemen semulajadi dan sebagainya sehinggalah kepada bahan-bahan terbuang dan persekitaran untuk menghasilkan seni mereka. Hasil dari proses artis itulah wujudnya karya berbentuk bahan campuran.
Di sini terdapat beberapa bahan yang telah diklasifikasikan.Bahan itu ialah seperti bahan yang berbentuk elemen fizikal, dimana dalam proses pengkaryaan, sebarang medium diperlukan sebagai alat penyokong seperti air, minyak atau berbentuk ‘chemical’ ataupun masih mengekalkan rupa dan ciri-cirinya.
Bahan-bahan boleh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti :
i. Bahan pepejal -seperti batu, limestone atau marble.
ii.Bahan Organik -seperti kayu atau 'earth object'.
iii.Bahan Industri -seperti besi, tembaga, perak, proses dari mesin atau jentera,
Syntetic seperti bahan tiruan,plastik, glass, prospect bersifat lutsinar.
iv.Bahan Hybrid -yang terhasil dari percampuran antara satu sama lain.
v. Bahan Chemical -seperti bahan mengandungi asid, pencampuran dari
koleksi lab.
e.ii) Cara Memilih Bahan
Dalam pemilihan bahan itu terdapat dua kategori iaitu :
i- Fugivite : penghasilannya menerusi terus keatas permukaan atau karya. Selalunya bahan ini tidak dapat bertahan lama, dimana nilainya senang jatuh. Ini bermaksud pengkarya tidak mendalami lagi sesuatu sifat bahan dari segi ketahanan.
ii- Permenant : Selalunya hasilan ini berbentuk lebih tahan dari segi masa, pembuatannya mengambil kira ke atas aspek nilai yang tinggi dan menjalani pemerosesan yang berkesan. Pengkarya yang sebegini selalunya menjalani ujikaji terhadap bahan sebelum memasukkannya ke dalam karya. Di dalam pembentukan sesuatu bahan itu samada dalam bentuk 'man made', ‘ready made' atau, 'natural object' terdapat sifatnya yang tersendiri mengenai jalinannya.
Bila melihat kepada 'texture' berbentuk 'visual' ianya hasil dari pertukangan tangan atau pembuatan dari pengkarya dengan corak atau dekoratif. Melalui kesan yang wujud secara spontan melahirkan jalinan yang tidak disengajakan melalui kesan pembentukan tampak atau gerakbalas pengkarya. Ianya juga boleh dihasilkan melalui alat mekanikal seperti silkscreen, komputer grafik atau foto dan berkaitan dengan seni ini.
Bentukan yang terhasil juga boleh dikenalpasti sebagai yang berbentuk 'textile texture'. Ianya terhasil dari bahan semulajadi (earth) seperti daun, kayu, ranting, pasir atau perlakuan oleh seseorang itu seperti menganyam, mengikat manik dan sebagainya. Bila memperbincangkan penghasilan karya sebegini selalunya pengkarya memanfaatkan kepada apa yang telah ada dari bentukan asalnya. Pengkarya juga mendapat jalinan melalui pengubahsuaian dari kreativitinya sendiri melalui proses geraklaku atau penyudahan terhadap sesuatu bahan itu tidak kira apa jua yang difikirkan sesuai. Penyusunan terhadap sesuatu penyusunan atau perletakan juga akan mendatangkan hasil dari pembuatan 'textile texture' ini.
Apabila memperkatakan memgenai bahan campuran, tidak dapat dinafikan kekuatan bahan yang telah menjadi satu tradisi lama dalam pembuatan karya. Warna khususnya yang terhasil dari alam semulajadi, proses dari industri seperti cat minyak, arkrylik atau tempera. Semuanya ini adalah bahan. Dari sini jelaslah bahan itu terdiri dari berbagai-bagai elemen dan komponennya yang tersendiri. Dalam mendefinisikannya telah kelihatan ianya bersifat universal. Terpulanglah pengkarya untuk menghasilkannya.

No comments:

Post a Comment