Assalamualaikum.....Salam Sejahtera........Salam 1 Malaysia..............Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan al-Mubarak semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat ......amin ..ya..rabulalamin...

Sunday 9 May 2010

TEORI LANSKAP

TEORI & FALSAFAH PERANCANGAN & PEMBANGUNAN LANDSKAP

DEFINISI:
Menurut Laurie (1975):
Senibina Landskap bermaksud:
“Perancangan dan rekabentuk tanah & air untuk kegunaan awam”.

“Perancangan” membawa erti:
“Suatu pendekatan di mana tanah dilihat sebagai sumber yang perlu di urus bergantung kepada keperluan dan kehendak masyarakat”.

“Rekabentuk” pula bermaksud:
“Pengurusan dan pengaturan sekeping tanah yang telah di tentukan melalui proses perancangan berdasarkan sesuatu tujuan, seperti perumahan, pendidikan dan rekreasi”.


Menurut Hubbard dan Kimball (1917):

Senibina landskap merupakan:
“Seni halus” dimana fungsi utamanya adalah untuk mencipta dan memelihara kecantikan alam sekitar yang diduduki oleh manusia termasuk kawasan semulajadi negara”.

Menurut Garrett Eckbo (1950),
Senibina landskap merupakan:
“sebahagian landskap yang dibentuk oleh manusia dengan tujuan utamanya sebagai ruang untuk manusia hidup (tidak termasuk pertanian dan perhutanan)

PENGENALAN
Perancangan dan pembangunan landskap bagi tujuan pertanian dan keperluan social telah bermula sejak tamadun awal Mesir, China dan Asia Tengah.

Pendekatan perancangan dan pembangunan landskap masa kini adalah dipengaruhi oleh pengalaman, tradisi dan amalan masyarakat kita pada masa lampau.

Cara-cara bagaimana manusia merancang dan membangunkan landskap boleh dilihat sebagai suatu “continuum”.

continuum

“minimum destruction” “maximum destruction”

Gutkind (1952) mengenal pasti 4 peringkat hubungan antara manusia dengan alam sekitarnya berdasarkan apa yang dikenali sebagai “I-Thou” dan “I-It”.

“I-Thou” bermakna:
hubungan adaptasi manusia dengan alam sekitarnya.

“I-It” bermakna:
hubungan manusia menawan alam sekitarnya.

Empat peringkat hubungan manusia dengan alam sekitarnya:
1. Ketakutan kepada kuasa alam semulajadi serta keinginan untuk selamat. (Masyarakat primitif: memburu, bercucuk tanam serta pergantungan kepada alam sekitar). “I-Thou”

2. Mula wujud perasaan yakin sehingga membawa kepada adaptasi kepada persekitaranya bagi memenuhi keperluan. Peringkat ini juga menyedari limitasi di dalam memanipulasi alam sekitar. (Seni landskap Mesir, sistem pertanian China). “I-Thou”

3. Peringkat “aggression” dan “conquest” yang wujud masa kini. Melibatkan penggunaan teknologi moden. Banyak berlaku eksploitasi dan pembaziran sumber. (Sistem pembinaan lebuhraya) “I-It”

4. Peringkat masa hadapan di mana akan wujudnya perasaan tanggungjawab. Lebih sensitive kepada alam sekitar. (Bukti masa kini: kitar semula, pengunaan minyak tanpa plumbum, “safe the rain forest” dsb).

SENIBINA LANDSKAP SEBAGAI SATU BIDANG
Masyarakat secara umumnya mengkaitkan bidang senibina landskap sebagai:

“Mereka-mereka yang terlibat dalam penanaman tumbuh-tumbuhan – tukang kebun

Istilah “Arkitek landskap” (landscape architect) telah di cipta oleh Frederick Law Olmstead pada tahun 1958. Beliau adalah seorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang kejuruteraan dan pertanian.

Bidang kerja landskap arkitek biasanya mempunyai hubungan kait dengan bidang-bidang lain seperti senibina, kejuruteraan, perancang dan juga pengurus taman-taman.

KOMPONEN-KOMPONEN PRAKTIS (PRACTICE) DALAM SENIBINA LANDSKAP MODEN
1. Perancangan dan penilaian landskap
2. Perancangan tapak
3. Rekabentuk landskap

SEJARAH SENIBINA LANDSKAP
Menurut Laurie dalam “An introduction to Landscape Architecture”, sejarah seni taman/landskap perlu dikaji atas 2 sebab:

1. Perhubungan manusia & persekitaran
2. Taman-taman silam mempengaruhi rekabentuk taman-taman masa kini dan masa hadapan

Mengkaji sejarah perkembangan seni taman, membolehkan kita memahami bagaimana manusia menyesuaikan persekitaran untuk keperluan
• fizikal,
• sosial,
• ekonomi

Fakta-fakta fizikal termasuk:
-iklim
-geografi

Fakta-fakta sosial termasuk:
Kepercayaan: -kepercayaan agama
-kepercayaan tradisi dan amalan
-falsafah dan kesenian

Sejarah dan penyatuan kebudayaan:
-penjajahan
-perdagangan
-peperangan

Fungsi: -pertahanan/keselamatan
-privacy
-territorialiti
-cara hidup, habit & citarasa

Fakta Ekonomi: -lambang kemewahan

Sejarah landskap boleh dibahagikan kepada:

• Zaman Pra Sejarah (20,000 – 3,000 B.C)

• Zaman Purba/Tamadun Awal (3,3000 B.C – 476 A.D)

• Zaman Pertengahan (476-1350 A.D)

• Zaman Pembaharuan/Kebangkitan (Abad 14-17)

Zaman Pra Sejarah (20,000 – 3,000 B.C)

Paleotic – Era Batu Lama (20,000 – 8,000 B.C)
• Manusia zaman ini mula munggunakan alat yang diperbuat daripada batu: kapak, pisau
• Kemahiran mula dipelajari.
• Suku kaum mula terbetuk
• Menyembah “tuhan” untuk kesuburan tanah dan monumen perkuburan dianggap keramat.

Zaman Neolitic- Era Batu Baru (8,000-3,300 B.C)
• Manusia mula menjalankan aktiviti pertanian.
• Pandai menggunakan api.
• Aktiviti pertanian mula mencorakkan petempatan manusia dalam bentuk kampung & pekan.
• Perkelompokan manusia membawa kepada perkembangan kuasa yang dicerminkan melalui rekabentuk alam binaan.

Era Gangsa (3,500-3,000 B.C)
• Penempatan pekan menjadi bandar.
• Makanan mula diproses untuk disimpan.
• Kebolehan menulis.
• Ilmu kelogaman & tembikar.
• Wujudnya kelompok yang mahir menguasai buruh.


Zaman Purba & Tamadun Awal (3,3000 B.C – 476 A.D)
MESIR – “Land of the Pharoas”
(3500 B.C – 500 B.C)
Ciri-ciri:
• Kawasan pertanian yang cukup subur – Sg, Nile (dianggap suci).
• Ugama memainkan peranan yang utama dalam kehidupan masyarakat Mesir.
• Firaun disembah sebagai tuhan
• Upacara keagamaan banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi rekabentuk bangunan & landskap.
• Penggunaan garis lurus (linear) di dalam susunatur ruang luaran merupakan satu ciri utama senibina dan landskap Mesir.
• Taman-taman sering dipagari dan ditanam dengan pokok-pokok yang mempunyai kepentingan dari segi keagamaan seperti lotus, papyrus dan palma.
Cth: Thebes (2000 B.C)
Susunan tanaman berbunga, kolam, trelis, pohon buahan, pavillion dan sistem perairan di susun secara simetri.

The Great Pyramid (2560 B.C)
Kedudukan: 10 km barat daya dari Cairo di kawasan Giza dan di sebelah barat Sg. Nile.

“Sphinx”
• Di bina olek Pharoah Khafre.
• Menyerupai seekor singa berkepala manusia (kepala tersebut merupakan potret beliau).
• Berukuran 20m tinggi dan 73m panjang.
• Berkedudukan di hadapan The Great Piramid.

The Great Piramid
• Berketinggian 137m dan diperbuat daripada batu kapur (limestone) yang berukuran purata 2.5 ton metric setiap satu.
• Di bina hanya menggunakan landas angkat (ramp), roller dan ditarik oleh “ox”.
• Kedudukannya terletak di atas sekeping tanah yang telah diratakan dengan mempunyai ketepatan yang sangat jitu (ralat 2 cm).
• Tapaknya segiempat sama yang hampir sempurna (ralatnya beberapa cm sahaja).
• Pintu masuk adalah disebelah utara menggunakan lorong sempit kearah “Grand Gallery” yang menuju ke “King’s Chamber”. King’s Chamber terletak 42.7 m dari paras tanah.
• Terdapat 2 lagi ruang (chamber) di dalam piramid tersebut.
• Ketiga-tiga piramid yang terdapat di sini membentuk satu kompleks (complex) yang terdiri daripada kuil, piramid kecil (untuk isteri), makam paderi dan orang kenamaan.
• Kompleks ini juga dikenali sebagai “the city of the dead”
• Misteri pembinaanya:
Kenapa dibina?
Kenapa perlu mempunyai ketepatan yang sangat tinggi?

Babylon (600 –538 B.C)
Ciri-ciri:
• Terletak di lembah Euphrates.
• Bermulanya tamadun pertanian.
• Taman direkabentuk untuk memberi kegembiraan.
• Mempunyai sistem saliran yang baik.
• Kolam-kolam berfungsi untuk saliran dan bagi tujuan riadah disebabkan oleh cuaca yang panas.
• Teduhan dicapai melalui penanaman pokok-pokok pada sela yang tertentu.
• Taman-taman dipagari dengan dinding-dinding bagi mengelakan binatang dan penceroboh.
• Bandar-bandar bertembok dan organik.
• Kediaman dari tanah bakar.

Taman Tergantung Babylon (605 B.C)
• Dibina oleh Raja Nebuchadnezzar untuk isterinya.
• Meliputi kawasan seluas 4 ekar.
• Terdiri daripada teras-teras bertingkat yang ditanam dengan tumbuhan dan dilengkapi dengan saliran.
• Mencapai ketinggian 300 kaki dan memberi pandangan lembah & gurun disekitarnya.

Parsi (Persia) 539 - 331 B.C
Ciri-ciri:
• Berkembang dikawasan antara Mesir dan India.
• Agama mistik.
• Dunia sebagai taman syurga.
• Raja-raja Parsi merekabentuk taman bagi tujuan hiburan, kesihatan & lambang kemewahan.
• Taman mempunyai dinding dan menara.
• Pohon buah-buahan dan bunga-bunga wangi merupakan ciri utama (spt. ros dan violet).
• Mempunyai sistem saliran seolah-olah ia menempatkan tanaman pertanian.
• Cuba meniru apa yang terdapat di dalam syurga menurut kitab-kitab.
• Air banyak digunakan (kolam, air terjun) dan menjadi pengaruh kepada taman Islam kemudiannya.

Yunani/Greek (Greece) 700 - 136 B.C
Ciri-ciri:
• Berdasarkan kepada falsafah logik dan bukan saintifik.
• Tamadun Greek merupakan penyumbang utama kepada tamadun barat dalam bidang-bidang seperti senibina, skulpur dan juga huruf (zaman Plato, Homer)
• Puisi-puisi Greek banyak memperkatakan tentang pokok-pokok, bunga-bungaan dan tanam-tanaman.
• Ketua-ketua & pemimpin-pemimpin memiliki villa & taman-taman.
• Bermulanya perancangan bandar (pengunaan sistem grid –iron)
• “Agora” merupakan kawasan lapang yang terdapat di bandar-bandar di Greece. (Walaubagaimanapun, kawasan lapang ini mempunyai ciri-ciri yang tidak teratur dan seperti kawasan yang tidak digunakan).
• Istana “Alexander the Great” diilhamkan dari idea-idea Parsi dan Mesir.

Bangunan Awam - The Parthenon
“The most perfect monument of ancient art and even in ruins an imposing and soul-stirring object” – Baedeker, 1889

• Dibina untuk Athena Parthenos (dewa pengawal Athens) oleh arkitek yang benama Iktinos.
• Dibina menurut rekabentuk “doric” dengan ukuran 70m panjang dan 30m lebar.
• Tiang-tiang dan rasuk (pediments and entablatures) diperbuat dp marmar, manakala bumbung dp kayu.
• Iktinos memastikan bahawa bangunan ini kelihatan indah menurut perspektif seseorang yang berada dihadapannya.
• Bangunan ini merupakan satu kuil yang menempatkan hasil kerja seni dan skulptur.

Rumah kediaman di zaman Greek
• Kepentingan taman-taman di kawasan kediaman tidak begitu ditonjolkan berbanding kawasan awam seperti agora, gimnasium & teater. Ruang tamu biasanya mempunyai “courtyard” yang diturap serta dihiasi patung-patung dan tanaman dalam pasu.
back
back to menu

No comments:

Post a Comment