NOTA 970 / 2
LUKISAN (Praktikal)
Lukisan adalah satu karya seni yang dihasilkan menerusi garisan. Media yang dapat membentuk garisan lukisan adalah samada berbentuk kering atau basah di perkenalkan. Aspek-aspek utama yang perlu ditekankan dalam lukisan adalah:-
- rupa dan bentuk
- bayang
- pembalikan
- corak
- jalinan.
- “chiaroscuro”
Bahan dan peralatan untuk Lukisan:
Kesesuaian alat dan bahan adalah penting untuk menghasilkan karya yang diinginkan. Apa yang penting sekali walau apapun bahan dan alat yang digunakan, karya semestinya menampakkan struktur halbenda/subjek yang dilukis.
- Pensil
-pensil digunakan pada peringat awal iaitu semasa membuat lakaran asas bagi subjek/ halbenda yang dilukis. Pensil dari ton 2H, 3H adalah digalakkan kerana ia kurang jelas.
-Sekiranya lukisan dibuat pada keseluruhan karya dengan menggunakan pensil, maka kepelbagaian ton pensil adalah perlu. Ini termasuklah H,HB, 2H, 3H serta B, 2B,4B, 6B ,BB atau seumpamanya mengikut kesesuaian.
- Pen
-pen yang sesuai adalah dari jenis “permanent” dan mempunyai saiz mata 0.1~0.5. Kepelbagaian saiz mata pen pun perlu mengikut kesesuaian karya dan jenis lorekan/garisan yang digunakan.Pen jenis permanent ini boleh ditindankan dengan warna jika perlu tanpa menjejaskan garisan / lorekan yang dibuat.
- Dakwat
-dakwat yang baik menjamin kesan-kesan garisan yang dibuat tidak mengembang. Dakwat digunakan hanya sekiranya pen yang digunakan adalah jenis yang menggunakan dakwat
Latihan Kawalan Pen:
Apabila membuat garisan /lorekan, pen hendaklah dikawal sebaik-sebaiknya untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki. Garisan / lorekan perlu dibuat dengan konsisten iaitu garisan /lorekan dilukis dengan cermat /teliti dengan menekankan bentuk garisan/lorekan yang diinginkan. Jika perlu, kertas lukisan hendaklah di pusing-pusingkan untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.
Teknik-teknik Asas “strokes”(Lorekan)
1.lukisan garisan “line drawing”
-Bentuk,rupa dan “ton cerah” disarankan dengan penggunaan garisan “outline”/garisan tepi.
-Jalinan tidak ditonjolkan
-garisan “line drawing “digunakan untuk memperlihatkan rupa atau bentuk halbenda/subjek yang dilukis.
-ia merupakan garisan-garisan awal sebelum lukisan dibuat.
2.garisan kontur “contour lines”
-Garisan-garisan lembut seolah-olah - melingkari permukaan objek.
-Jelas untuk memperlihatkan objek bulat yang rata dan memberi unsur
aliran untuk subjek yang bergerak.Ini termasuklah permukaan yang kilat,
‘logam’, gelas dan aliran air.
-kesan dibuat samada lurus, panjang atau pendek dan disusun sebelah menyebelah mengikuti bentuk objek
-elakkan menyusun garisan kontur dalam deretan yang sama.
-kesan dibuat bagi menampakkan pergerakan aliran air.
- permukaan kilat mempunyai “ton cerah”/penegasan cahaya.
- objek yang dilihat melalui gelas kelihatanseperti herot.
-bahagian “ton cerah, garisan-garisan dibuat jarang-jarang,
putus-putus atau dihilangkan.
-bahagian ton gelap, garisan-garisan dirapat-rapatkan atau
bertindih.
2.garisan selari “parallel lines”
No comments:
Post a Comment