Assalamualaikum.....Salam Sejahtera........Salam 1 Malaysia..............Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan al-Mubarak semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat ......amin ..ya..rabulalamin...
Showing posts with label Nota Kuliah. Show all posts
Showing posts with label Nota Kuliah. Show all posts

Wednesday, 20 July 2011

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

• Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak bidang:
i. Menggambar
ii. Membuat Corak dan Rekaan
iii. Membentuk dan membuat binaan
iv. Mengenal Kraf Tradisional
Estetika dalam Pendidikan Seni Visual
a) Peniruan (menterjemah secara langsung objek) sebagai representasi gambar dan imej
b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi – sedih, gembira
c) Menggunakan Kaedah Formalistik – penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk dan rupa.
d) Keaslian – keunggulan idea atau gagasan
Unsur-unsur Seni
a) Garisan
b) Warna
 Warna terdiri daripada:
i. Warna asas – biru, merah dan kuning
ii. Warna sekunder – kuning dicampur biru = hijau, merah dicampur biru = ungu, kuning dicampur merah = oren
iii. Warna tertier – warna asas + warna sekunder
c) Jalinan
 Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus , kesat dan sebagainya.
 Jalinan wujud secara semula jadi atau dari buatan manusia.
 Jalinan yang wujud secara semula jadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa.
 Jalinan terbahagi dua jenis:
i. Jalinan tampak
ii. Jalinan Sentuh
d) Rupa
 Cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan.
 Rupa organik (garisan luaran yang berbagai) dan rupa geometri (bentuk yang khusus)
e) Bentuk
 Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu
i. Bentuk Ilusi (maya) – dalam bentuk gambar, catan, foto, illustrasi, adalah berbentuk dua dimensi
ii. Bentuk konkrit – bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang
f) Ruang
 Merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek
Prinsip Rekaan
a) Harmoni
 situasi yang selesa
b) Penegasan
 menarik perhatian si pemerhati
c) Imbangan
 agihan ruang dari segi kedudukannya
d) Kontra
 percanggahan atau berlawanan dengan ciri-ciri
e) Pergerakan
 sebagai kekuatan imej gambar itu
f) Kesatuan
 menimbulkan sesuatu tema atau keseragaman pendapat
g) Kepelbagaian
 kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan persembahan.

Friday, 8 July 2011

TOPIK 3 DERIA DAN SENI


Perkembangan Kepekaan Deria
Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deria semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun, mula matang ketika berumur 6-12 tahun.
Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak. Sebelum kanak-kanak itu mula untuk berbahasa.
·          Mendengar melibatkan deria telinga. Untuk aktiviti yang dijalankan pada deria ini lebih menumpukan kepada persoalan apa yang mereka dengan?
·          Melihat menggunakan deria mata yang mengakibatkan pengamatan dan pemerhatian.
·          Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar, membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya.
Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran pergerakan.
·        Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan positif terhadap aktiviti pembelajaran.
·        Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkn dengan pelajaran baru.
Ø  Hidu lebih menekankan kepda aspek penanggapan dengan penekanan kepada strategi:
§   Kebolehan Mental Pelajar – Setiap pelajar mendapat pembelajaran optima mengenai konsep yang diagar oleh guru.
§    Pendekatan Pengajaran- untuk membentuk penganggapan yang baik.
§   Pendekatan Inkuiri Penemuan- Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
§   Pendekatan Resepsi- Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar.
§   Pendekatan Deduktif- Guru menghuraikan prinsip dan ciri- ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti dengan contoh- contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.

Kepentingan Kepekaan Deria
·        Pancaindera (telinga) – pemprosesan kognitif
·        Gambar kereta (alam sekitar)
·        Otak manusia (pengamatan) (apabila kereta berlanggar)
·        Manusia sakit (penanggapan) konsep.

Monday, 4 July 2011

TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI



Keperluan dan Keinginan Asas Kanak-kanak (JERISE)
1)    Berdasarkan teori Pembelajaran Maslow
·         Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan pakaian.
·         Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif.
·         Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai.
·         Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar.
·         Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif.

(a)  Jasmani dan fizikal yang sihat
·         Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya.
·         Untuk itu, penyediaan pemakanannya adalah penting untuk perkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar yang sihat.

(b)  Emosi yang stabil
·         Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu bapa dan guru ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contoh-contoh yang terbaik.

(c)  Kerohanian yang membanggakan
·         Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi.

(d)  Kefahaman intelek yang tinggi
·         Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir dengan tepat sebelum membuat sesuatu tindakan.



(e)  Perhubungan sosial yang menggalakkan
·         Perhubungan sesama kanak-kanak hendaklah dalam keadaan yang harmoni dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada perbalahan.

(f)   Kefahaman tentang nilai-nilai estetik
·         Setiap kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang terdapat dalam pendidikan seni visual.

(g)  Estetik
·         Latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau dilakukan
·         Diterapkan ke dalam minda kanak-kanak maka konsep estetik dapat ditanam seterusnya.

Seni dan Perkembangan JERISE Kanak-kanak Mengikut Tahap
1)    Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak
·         Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir. Perkembangan berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi (proximodistal).
·         Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.
·         Perkembangan berlaku daripada keadaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu.
·         Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secra tetap tetapi dapat dilihat daripada perubahan sifat.
·         Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir hayat, iaitu peringkat matang.
·         Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fizikal dan pembelajaran.
·         Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

Mengenal Konsep Aktiviti Motivasi Pembelajaran Mengikut Tahap Perkembangan JERISE
1)    Ciri-ciri perkembangan dan ciri-ciri ekspresi
·         Beri peluang untuk bekerja dengan berbagai-bagai bahan, cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong.
·         Aktiviti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak, seperti menyentuh, mengguling, mengguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu.
·         Aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati.

Mengenal Konsep Aktiviti untuk Melibatkan Murid Secara Aktif, Kreatif dan Menyeronokkan.
1)    Kreativiti
·         Proses kreativiti boleh melibatkan
-       Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti
-       Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.
-       Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

2)    Pemahaman
·         Aktiviti pergerakan – Memahami asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat badan dan daya atau aliran.
·         Aktiviti bermain – Memperkembangkan konsep pembentukan kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi, sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni.
·         Lagu – Di dalam lagu, kanak-kanak akan dapat menambahkan keyakinan diri.
·         Aktiviti lakonan – Dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi, menjadikannya sebagai seorang yang kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan diri.

3)    Konsep kesedaran sendiri
·         Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha pembelajaran.
·         Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran.
·         Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya mereka sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan kendiri dan keyakinan.
·         Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya.
·         Menggalakkan interaksi positif di kalangan rakan sebaya.
·         Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting.
Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.

Monday, 27 June 2011

TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN


1.   KONSEP
·         Perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya
·         Matlamatnya: Melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih holistik.
Ø  Teori konstruktivisme – Kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.
Ø  Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Penggabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dan dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh.
Ø  Howard Gardner (1983) – Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
Ø  Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concept” yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.
Ø  Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif, personal dan intrapersonal, praktik dan estetika, holistik dan analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.
Ø  Leornardo da Vinci – Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau mengabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupannya.
·         Seni Dalam Pendidikan akan:
Ø  Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata murid di sekolah menjadi lebih seronok.
Ø  Membantu anda memahami diri sendiri.
Ø  Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah.
Ø  Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional.
Ø  Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

Sunday, 13 April 2008

HIASAN DALAMAN

Melapangkan ruang sempit
Oleh Azran Jaffar

Dengan menempatkan cermin di beberapa bahagian ruang akan dapat mengelakkan sesuatu ruang itu nampak sempit

RUANG tamu yang sempit memerlukan perancangan yang berkesan dalam penataannya supaya perabot yang diletakkan tidak menyesakkan dan menghalang laluan, sekali gus mewujudkan persekitaran yang selesa.



Bagi pereka dalaman, Ikhwan Johari dari WSI Designs, satu kaedah yang dilihat mampu mengatasi mengatasi ini adalah dengan menempatkan cermin di beberapa bahagian ruang berkenaan bagi mengelakkan sesuatu ruang itu nampak sempit.

CORAK sama pada
permukaan meja
dan tikar getah.

Perkara ini dipraktikannya untuk rekaan dalaman sebuah unit pangsapuri kos rendah di Tropicana, Petaling Jaya bagi program Jom Tukar.

“Cermin memberikan kesan lapang, sebagai contoh, saya letakkan cermin di dinding berhadapan pintu bilik supaya apabila keluar dari bilik penghuni unit pangsapuri ini nampak wajah mereka dan bukannya dinding.

“Kalau nampak dinding penghuni akan merasai kesempitan ruang, di samping itu saya juga meletakkan cermin di dinding di atas rak televisyen dan empat keping lagi yang kecil di dinding atas sofa bagi memberi kesan sama,” katanya.

Ikhwan berkata, untuk pengubahsuaian ini, pemilik kediaman mahukan konsep moden kontemporari dan ini dilaksanakannya melalui penggunaan warna-warna cerah pada kebanyakan kemasan.

“Ia bukan saja untuk memenuhi keperluan konsep tetapi juga mewujudkan kesan luas kepada kediaman,” katanya yang menggunakan tikar getah bercorak ira kayu warna lembut bagi mewujudkan suasana terang.

Ikhwan juga menjelaskan, oleh kerana ruang tamu dan ruang makan di unit pangsapuri itu disekalikan, maka beliau mewujudkan sempadan bagi memisahkan antara kedua-duanya.

Tiada dinding atau gantungan bidai, sebaliknya Ikhwan membuat jaluran garisan menggunakan sapuan cat pada dinding di bahagian yang diperuntukkan sebagai ruang makan yang diteruskan sehingga ke siling.

Bagi mewujudkan keserasian, Ikhwan menutup permukaan meja lipat yang dijadikan meja makan dengan bahan yang memaparkan corak sama dengan tikar getah, manakala penggunaan meja lipat adalah sesuatu yang dilihat praktikal untuk kediaman dengan ruang terhad.

Untuk mengelakkan kesesakan di bahagian yang diperuntukkan sebagai ruang tamu pula, Ikhwan hanya meletakkan sebuah sofa tiga dudukan warna gelap, sementara di dinding menghadapnya diletakkan rak televisyen sederhana besar.

Di antara kedua-dua perabot ini Ikhwan meletakkan hamparan warna cerah sederhana besar bagi memberikan kesan menyenangkan.

Bagi menimbulkan kecerahan, terendak lampu di bahagian ini sengaja direndahkan sedikit supaya cahaya yang dikeluarkan dapat dibiaskan oleh cermin yang digantung di atas rak televisyen.

Ikhwan juga menggantikan langsir tingkap ruang ini dari jenis yang tidak terlalu tebal dengan paparan corak sederhana bagi memberi kesan cerah pada siang hari.

Sesuai dengan Aidilfitri yang bakal menjelang, Ikhwan mengilhamkan suasana ini dengan meletakkan hiasan sarung ketupat pada langsir dan juga lampu kelip-kelip yang dipasang pada cermin utama di dinding.

Selain itu, tiga pelita panjut yang sumbunya digantikan dengan lilin diletakkan di tepi sofa untuk menaikkan lagi suasana yang boleh dijadikan hiasan sekiranya tuan rumah ingin mengadakan rumah terbuka.
Menjadikan jerami padi nilai komersial
Oleh Amran Abdullah


PELBAGAI jenis lampu tidur yang diperbuat daripada kertas
serat, dengan jenamanya yang menarik.

Kekotak lampu lantai, lampu meja, lampu syiling, lampu gantung, tempat penyimpanan nota, memo, beg, bingkai gambar juga diperbuat daripada serat tumbuh-tumbuhan

JERAMI padi lazimnya dibuang, dibiar atau dibakar begitu saja selepas petani menuai padi. Namun, bahan terbuang itu memberi ilham kepada Abdul Rahman Sani Abdullah untuk menghasilkan koleksi dan hiasan seperti lampu meja, bingkai gambar dan beg.

Selain jerami padi, beliau turut menghasilkan kertas menggunakan serat tumbuh-tumbuhan seperti batang pisang, pandan, kacang bendi (kacang lendir) dan kantan.



Abdul Rahman menerusi syarikatnya, Armensa Design bertapak di Kompleks Shahab Perdana, Alor Star, Kedah mengambil inisiatif bagi menyahut seruan kerajaan dan Perdana Menteri agar menjadikan satu daerah satu produk kraftangan.

Bertitik tolak daripada seruan itu, beliau yang mendapat bantuan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, negeri Kedah menggunakan kemahiran yang dipelajari di luar negara untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran itu untuk menghasilkan produk tempatan.

Armensa Design menjadi syarikat perintis dalam pembuatan kekotak lampu lantai, lampu meja, lampu syiling, lampu gantung, tempat penyimpanan nota, memo, beg, bingkai gambar berasaskan kertas yang diperbuat daripada serat tumbuh-tumbuhan.

Dengan menggunakan nama-nama yang direkacipta sendiri, bertujuan melariskan perniagaan dan menyediakan nama-nama tempatan terhadap kraftangan yang dihasilkan, adalah satu usaha kompeten dan berdaya saing.

"Harga yang berpatutan antara RM3 dan RM150 mampu dimiliki setiap orang dalam usaha menghargai kraftangan tempatan, termasuk pencinta seni kreatif", kata Abdul Rahman.

Justeru, menghasilkan kertas menggunakan serat tumbuh-tumbuhan memerlukan beberapa langkah susulan. Dalam peringkat pembuatan, serat tumbuh-tumbuhan yang dipilih akan dibersihkan terlebih dulu, khususnya membuangkan kekotoran.

"Serat-serat itu akan dipotong mengikut kesesuaian saiz, yang kemudiannya direbus dengan menggunakan soda cautic bagi melembutkan serta" kata Abdul Rahman.

Langkah seterusnya iaitu melerai, dilakukan dengan cara memukul serat yang telah direbus bagi menghasilkan pulpa. Peringkat membentuk kepingan dan menangguk pulpa dilakukan dalam takungan. Takungan biasanya berbentuk kolam, dan kerja menangguk menghasilkan kepingan kertas basah yang nipis dalam tapisan yang ditangguk.

Kertas basah di dalam penangguk itu akan dijemur untuk dikeringkan atau dimampatkan bagi mendapatkan permukaan kertas yang licin dan kuat.

Meskipun kerja menghasilkan kertas serat tumbuh-tumbuhan tampak mudah, sebaliknya Abdul Rahman menjelaskan, kertas yang dibuat itu masih melalui proses kajian teknikal seperti kesesuaian, keupayaan, kekuatan dan ketelusan bahan sebelum dapat menghasilkan produk kraftangan yang diinginkan.

"Kulit kayu, kain dan kertas terpakai turut digunakan bagi menghasilkan kertas" kata Abdul Rahman. Namun penggunaan serta tumbuh-tumbuhan lebih diutamakan kerana serat tersebut mudah diperoleh dan murah harganya.

Sebelum bahan seperti lampu, bekas memo, kad nama, sampul surat, kotak, bingkai gambar, dan beg kertas dihasilkan, Armensa Design melaksanakan kajian tindakan serta kajian pasaran untuk mengetahui kehendak dan sikap penggunaan.

"Cita rasa pengguna khususnya apa yang pelanggan mahu, golongan sasaran dan jenis produk perlu diambil kira dan dilakukan kajian terlebih dulu," kata Abdul Rahman.