KAJIAN ISU
TAJUK: PERSEPSI GURU SENI TERHADAP PERLAKSANAAN OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH DI KAWASAN MERLIMAU, MELAKA.
1. Pengenalan
Objektif kurikulum ditentukan dengan berdasarkan kepada beberapa kriteria yang dikira dapat mewujudkan suatu kurikulum yang bermanfaat kepada pelajar. Antara kriteria-kriteria yang digunakan untuk menentukan kurikulum sekolah ialah matlamat individu, masyarakat, dunia dan sarwajagat.
Objektif sesuatu kurikulum digubal berdasarkan matlamat kurikulum, dan matlamat kurikulum pula telah disediakan berdasarkan tujuan. Maka tujuan, matlamat dan seterusnya objektif saling berhubungkait dan perlu difahami oleh pendidik dengan jelas sebelum merancang sesuatu pengajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (KBSM) telah dirancang dengan teratur, kemas dan berubah mengikut keperluan semasa atas usaha Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual ini mengandungi Matlamat, Objektif, Organisasi Kurikulum dan Kandungan. (Rujuk Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Seni Visual, 2000).
2. Latar belakang masalah
Keberkesanan pengajaran dan pembelajran boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami kemampuan dan persepsi diri terhadap objektif yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk memperbaiki pengajaran diri dan seterusnya berjaya mencapai hasrat negara untuk muncul sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Angelo dan Cross (1993) menyatakan bahawa terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat dari subjek kajian. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memperolehi maklum balas ialah temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Dalam kajian ini penyelidik telah menggubah satu set soal selidik berdasarkan sukatan pelajaran pendidikan seni visual untuk mengukur domain persepsi guru seni terhadap objektif pendidikan seni visual sekolah menengah. Selain daripada itu, kaedah temu bual dan pemerhatian turut digunakan untuk mendapat maklumat yang lebih kukuh dan tepat.
3. Pernyataan Masalah
1. Apakah persepsi guru-guru seni terhadap kefahaman objektif Pendidikan Seni Visual?
2. Sejauh manakah objektif Pendidikan Seni Visual dilaksanakan semasa P&P?
3. Adakah pencapaian akedemik, pengalaman mengajar dan kekerapan menghadiri kursus seni mempengaruhi kefahaman objektif?
4. Bagaimana sesuatu objektif boleh menjelaskan matlamat dalam membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERI?
4. Hipotesis kajian
1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan pencapaian akademik guru seni.
2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan kekerapan menghadiri kursus seni.
5. Kepentingan kajian
Kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pelaksanaan objektif Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah kawasan Merlimau. Dapatan kajian dapat memberi makluman kepada Kementerian Pendidikan dan pentadbiran sekolah menilai tahap perlaksanaan objektif di sekolah supaya tindakan susulan boleh diadakan.
6. Skop kajian
Merlimau merupakan kawasan yang terletak di bahagian selatan negeri Melaka. Di sini terdapat empat buah sekolah menengah kebangsaan iaitu SMK Seri Makota, SMK Dang Anum, SMK Dato Abdul Rahman Yakub dan SMK Sungai Rambai. Jumlah bilangan guru yang mengajar mata pelajaran seni visual adalah 15 orang iaitu 11 (73.3%) orang guru lelaki dan 4 (26.7%) orang guru perempuan. Kesemua guru adalah berbangsa Melayu. Pencapaian akademik bagi sampel guru dapat dikategorikan kepada 2 kumpulan iaitu Diploma 6 (40%) orang dan Sarjana Muda 9 (60%) orang. Pengalaman mengajar guru seni di kawasan Merlimau adalah berbeza-beza iaitu kurang dari 2 tahun 3 (20%) orang, 2-5 tahun 3 (20%) orang, 6 – 10 tahun 1 (6.7%) orang, manakala pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun 8 (53.3%) orang. (Rujuk lampiran 3)
7. Definisi Istilah
7.1 Objektif
Objektif ialah perkara-perkara yang jelas tentang tingkah laku yang dapat dibuat oleh murid-murid untuk menunjukkan sesuatu yang telah dapat dipelajari. Ia merupakan hasil pengajaran yang dijangkakan dan bukan prosesnya. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1989) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi 3 telah menerangkan bahawa objektif mengandungi tiga unsur yang penting. Pertama, ia menekankan perlakuan yang dikehendaki daripada murid-murid sebelum berakhirnya pelajaran. Kedua, syarat-syarat yang diperlukan bagi perlakuan itu dan ketiga, peringkat pencapaian minimum yang harus diperolehi.
7.2 Perbezaan di antara Tujuan, Matlamat, Objektif
Menurut I.K. Davies (1976) dalam Objectives in Curriculum Design, definisi ‘Tujuan’ ialah “kenyataan am yang cuba memberi bentuk dan arahan kepada kehendak-kehendak yang lebih terperinci pada masa akan datang… Tujuan adalah titik permulaan. Ia merupakan satu idea, suatu cita-cita, dan suatu arah untuk dituju.”
Dalam pendidikan, perkataan ‘matlamat’ kadang-kadang disamakan dengan objektif am. Jika perkataan tujuan di atas ialah tujuk arah, perkataan matlamat pula akan memberi penerangan mengenai arah itu. Oleh kerana tujuan merupakan satu idea, maka matlamat merupakan pecahan-pecahan mengenai idea itu. Menurut C.D. Cavert (1974) dalam An Approach to the Design of Mediated Instruction, definisi ‘matlamat’ ialah “matlamat ialah kategori dan peringkat am tingkah laku yang telah dipelajari dalam satu bahagian pembelajaran. Objektif ialah penyataan spesifik mengenai gerak balas (response) penuntut (iaitu tingkalaku) yang telah dirancangkan. Matlamat memberi pemerian tentang tingkah laku penuntut secara am.” Dengan itu, matlamat ialah peringkat am tingkahlaku, manakala objektif ialah peringkat khusus tingkah laku. Objektif ialah satu kenyataan berkenaan dengan apa yang boleh dilakukan oleh murid-murid hasil daripada pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh dikategorikan ke dalam beberapa jenis antaranya ialah implisit, eksplisit, tingkah laku dan ekspresif.
Apabila seseorang guru membuat keputusan untuk mengajar, dia perlulah memutuskan beberapa isu penting. Guru berkenaan perlu memilih isi pelajaran yang berkaitan, kaedah pengajaran yang sesuai dan prosedur penilaian yang berkaitan dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Apa yang dilakukan oleh guru adalah untuk mencipta satu persekitaraan ,yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Ini dilakukan melalui interaksi antara guru dengan murid secara individu atau kumpulan, menggalakan interaksi sesama murid, atau menggalakan interaksi murid dengan bahan pengajaran. Mengikut Krathwohl (1971), proses pendidikan bermakna mengadakan satu siri persekitaran yang membolehkan murid untuk mempelajari tingkah laku baru, memperbaiki atau menghapuskan tingkah laku semasa, dan melatih tingkah laku ini hingga ke tahap dia berupaya mempamerkannya ke satu paras yang memuaskan di bawah keadaan tertentu. Pernyataan objektif pengajaran merupakan satu perihalan tingkah laku, iaitu pelajar diharap dapat mempamerkannya dengan agak tekal. Oleh sebab peranan objektif pengajaran amat penting dalam proses pengajaran, perhatian serius perlulah diberikan.
7.3 Persepsi
Persepsi merupakan tanggapan seseorang tentang sesuatu perkara setelah orang itu mengalami perkara yang dimaksudkan. Setelah membuat analisis sama ada secara spontan atau sebaliknya, satu idea terbentuk di dalam pemikirannya tentang perkara berkenaan. Persepsi tidak semestinya betul atau salah secara mutlak. Baird (1986) menganggap perbezaan persepsi adalah sesuatu yang dijangkakan. Persepsi adalah satu proses kognitif yang dilakukan oleh seorang individu untuk memberi makna kepada persekitarannya.
7.4 Guru
Page (1977) dalam International Dictionary of Dictionary of Education telah mendefinisikan guru sebagai seseorang yang mengajar, terutamanya seseorang yang diupah oleh sesebuah sekolah untuk mengajar. Good (1959) mentakrifkan guru sebagai seseorang yang telah mengikuti kurikulum profesional di sesebuah institusi rasmi dengan tujuan unuk membimbing, mengarah pengalaman pembelajaran pelajar dalam institusi pendidikan, sama ada kerajaan ataupun swasta.
8. Matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual
Matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat FPK.
Tokoh-tokoh Pendidikan Seni seperti Efland (1977) telah menghuraikan 3 komponen utama yang dijadikan matlamat dan objektif Pendidikan Seni, iaitu yang melibatkan perkembangan individu, warisan budaya dan seni dalam masyarakat. Mcfee (1961) mengatakan objektif Pendidikan Seni untuk membentuk tingkah laku dan meningkatkan kepekaan terhadap persekitaran dan alam. Feldman (1972) mengariskan objektif Pendidikan Seni sebagai mengenal dunia sekitar, belajar bahasa seni tampak, mengkaji kepelbagaian bahasa seni tampak dan menguasai teknik-teknik pendidikan seni.
Kesemua objektif yang dikemukakan mempunyai perbezaan dan persamaan, namun apa yang terpenting ialah ia dirancang berdasarkan matlamat dan berkeupayaan membentuk generasi yang sejajar dengan hasrat pembangunan negara.
9. Kepentingan objektif dalam mata pelajaran pendidikan seni visual
Objektif penting dan berfaedah kepada pembinaan ujian sebagai panduan untuk menentukan isi dan arah yang perlu ditekankan.
Objektif melewati kandungan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, ini bukan bermakna kandungan tidak penting, tetapi sekadar kandungan tidak menjadi matlamat akhir. Kandungan merupakan cara atau landasan untuk menulis objektif pengajaran. Berdasarkan objektif yang ditulis, guru dapat merancang kaedah dan peralatan yang releven dan sesuai untuk keperluan pelajar.
Popham (1969) mengemukakan pendapatnya tentang kepentingan kenyataan objektif dalam pengajaran. Menurut beliau mutu pengajaran tidak akan meningkat tanpa penggunaan objektif tingkah laku. Pendapat ini disokong oleh Mager (1971).
10. Objektif Pendidikan Seni dalam beberapa domain
Matlamat Kurikulum Pendidikan Seni Visual sejajar dengan kehendak FPK dalam aspek interlek, emosi, jasmani dan rohani, maka sekurang-kurangnya terdapat empat jenis objektif tingkah laku yang tertera dalam kesemua (sepuluh) objektif. Keempat jenis objektif tingkah laku ialah Kognitif, Afektif, Psikomotor dan Rohaniah. Pendekatan ini juga diperkenalkan sebagai pendekatan perkembangan menyeluruh. Menurut Keneeth M. Lansing (1971), terdapat tiga domain utama dan menjadikan fokus dalam mata pelajaran seni visual iaitu:
i. Domain Kognitif: Ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan aplisiasi, estetika serta seni dalam kehidupan (dalam Iberahim Hassan 2001). B.S. Bloom (1965) telah menemukakan taksonomi objektif kognitif yang merangkumi pengetahuan, kefhaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Ia mementingkan perkembangan potensi pelajar dari segi interlek. Mazlan Mohamad (1997) dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni telah menerangkan buku Planning Art Education – in the Middle/ secondary School of Ohio, yang dikeluarkan oleh State of Ohio Department of Education 1977, mengambarkan hubungan antara tujuan, matlamat, objektif, pendekatan dan aktiviti. Aras pencapaian objektif dipadukan daripada taksonomi domain kognitif, ia bukan sahaja merupakan alat pengukur terhadap pencapaian pelajar tetapi boleh dijadikan sebagai aras berbicara.
ii. Domain Afektif: Suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. (dalam Iberahim Hassan 2001). Manakala D. R. Krathwohl (1965) mengatakan domain ini mementingkan perkembangan emosi dan perasaan.
iii. Domain Psikomator: Memupuk kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan , otot dan mental. (dalam Iberahim Hassan 2001). Objektif ini dikemukakan oleh Simpson (Kapfer, 1965) ia mementingkan perkembangan dan memelihara kecergasan diri, bersedia menjalankan amalan menggunakan masa lapang secara berfaedah, memperolehi kemahiran-kemahiran asas praktik dalam kehidupan seharian; dan mempunyai asas kemahiran vokasional.
iv. Domain Rohaniah: Turut diterapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang bermatlamat memperkukuhkan kepercayaan beragama; memperkembangkan keyakinan terhadap pencipta; peka kepada nilai dan norma masyarakat; dan membentuk perlakuan dan peribadi yang berlandaskan nilai murni.
Maka kesemua objektif dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah dapat dianalisa berdasarkan domein seperti berikut:
Objektif Domain
1 Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Afektif
2 Memupuk budaya penyelidik dalam proses penghasilan karya seni visual. Kognitif dan Psikomator
3 Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, displin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. Kognitif dan Psikomator
4 Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti.
Kognitif
5 Membuat diskripsi, snalisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual.
Kognitif
6 Mendapat nilai tambah dalam displin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.
Kognitif dan
Afektif
7 Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa.
Afektif
8 Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya.
Afektif
9 Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup.
Afektif
10 Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Afektif
11. Rekabentuk kajian
Rekabentuk kajian ini bersifat kualitatif dan kuantitatif. Satu set soal selidik berbentuk skala likert telah disediakan untuk mengumpul data. (rujuk lampiran 1) Jacobs dan Ary (1990) , Mohd. Majid Konting (1990) berpendapat bahawa kebaikan menggunakan soal selidik ialah ianya boleh melibatkan responden yang lebih ramai, sacara lebih luas dan menyeluruh. (kajian ini walaupun hanya 15 responden, ia merupakan latihan penulisan ilmiah bertujuan menambah pengetahuan dan pengalaman).
Temu bual digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk memperoleh maklumat tentang fakta, perasaan, kepercayaan dan lain-lin secara langsung. Seramai 5 orang guru ditemu bual dalam kawasan Merlimau.
Selain daripada itu, kaedah pemerhatian turut diplaktiskan. Penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah – pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.
Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan bantuan komputer. Program yang digunakan ialah Statistical Package for the Social Science (SPSS). Subprogram yang digunakan ialah ujian-t, ANOVA sehala, Pearson Correlation. Menurut Mohd Majid Konting (1990) penganalisisan data berstatistik menggunakan perisisan pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat dan bebas daripada ralat.
12. Dapatan kajian
Tinjauan terhadap persepsi sebahagian guru seni terhadap pemahaman objektif kurikulum pendidikan seni visual
Berdasarkan data yang dikumpul didapati bahawa hampir kesemua sampel kajian iaitu seramai 14 (93.3%) orang guru seni mengatakan bahawa mereka memahami objektif pendidikan seni visual sekolah menengah dengan baik. Hanya seorang guru sahaja yang tidak memahami objektif Pendidikan Seni Visual dengan sepenuhnya. (rujuk lampiran 3) Ini adalah kemungkinan disebabkan kebanyakan subjek terdiri daripada guru yang berpengalaman dan antaranya telah lama menjadi jurulatih utama. Walaupun terdapat subjek yang mempunyai pengalaman mengajar yang kurang dari 2 tahun, tetapi mereka merupakan generasi muda yang menerima ilmu pengetahuan yang kukuh dari universiti pendidikan seperti UPSI. UPSI telah mendidik dan memberi konsep baru dalam beberapa pendekatan yang dikenalpasti sesuai dengan suasana pendidikan di negara kita antaranya DBAE yang ditaja oleh Yayasan Getty, Model Efland, Lansing dan lain-lain.
Kaedah pemerhatian terhadap pelaksanaan objektif pendidikan seni semasa pengajaran dan pembelajaran
Dengan izin pihak pentadbir sekolah dan bantuan pengetua sekolah lain di kawasan Merlimau, penyelidik telah berpeluang memerhati beberapa orang guru seni menjalankan aktiviti P&P. Pengkaji telah memilih objektif 2 iaitu memupuk budaya penyelidik dalam proses penghasilan karya seni sebagai dasar menentukan pelaksanaan objektif dalam P&P. Dapatan data ialah kelima-lima orang guru seni telah mengamalkan objektif ini dalam P&P, sebagai contoh 1: Dalam mengajar unsur-unsur seni seperti garisan: Pelajar diminta mengkaji dan menyelidik garisan yang terdapat di sekeliling bilik darjah dan mengkaji fungsi setiap jenis garisan dalam masa 160 minit. Contoh 2: Dalam unit catan: Pelajar diminta bandingbezakan antara 2 jenis catan yang berlainan teknik, menyelidik aliran kedua catan tersebut, pelajar terpaksa membuat rujukan perpustakaan untuk mengumpul maklumat dan seterusnya membuat laporan. Pendekatan pengumpulan dan penyusunan data-data membantu pelajar membuat penyelidikan secara saintifik mengenai seni. Pelajar dilatih secara ilmiah supaya dapat mengenali ciri-ciri teperinci bagi sesuatu aliran seni. Walaupun guru seni tersebut telah mengambil masa 2 minggu untuk mengajar sebahagian kecil dalam unit catan tetapi hasilnya amat memerangsangkan. Menurut Tuckman (1978), penyelidikan ialah suatu usaha yang sistematik untuk mendapat jawapan kepada sesuatu masalah. Ia bertujuan untuk mencari kebenaran dan menambah ilmu pengetahuan. Walaupun keesahan dan kebolehpercayaan kaedah ini rendah tetapi rumusannya ialah tidak 100% objektif yang dilaksanakan merujuk kepada matlamat FPK tetapi sebahagian objektif pasti dilaksanakan oleh guru seni yang berpengalaman.
Hubungan antara pencapaian akedemik, kekerapan menghadiri kursus seni dan pengalaman mengajar dengan kebolehan memahami objektif
Bagi menjawab hipotesis 1 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan pencapaian akademik guru seni. Penyelidik telah menggunakan analisis ujian t program SPSS. Ujian t menunjukkan t (13) = -.806, p = 0.435 adalah tidak signifikan. Hipotesis nol diterima. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian akademik dengan kefahaman objektif. (rujuk jadual 1)
Jadual 1
T-Test
Group Statistics
pencapaian akademik N Mean Std. Deviation Std. Error Mean
OBJEKTIF Diploma 6 10.0000 .0000 .0000
Sarjana Muda 9 10.8889 2.6667 .8889
Independent Samples Test
Levene's Test for Equality of Variances t-test for Equality of Means
F Sig. t df Sig. (2-tailed)
OBJEKTIF Equal variances assumed 3.396 .088 -.806 13 .435
Equal variances not assumed -1.000 8.000 .347
Bagi menjawab hipotesis 2 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan kekerapan menghadiri kursus seni. Ujian ANOVA sehala menunjukkan nilai F (2 , 12) = 0.72, p = .507 , adalah tidak signifekan. Hipotesis nol diterima. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kefahaman objektif antara kekerapan menghadiri kursus seni. Ini kemungkinan disebabkan guru yang tidak menghadiri kursus dapat ‘inhouse traning’ dari guru yang telah menghadiri kursus. (rujuk lampiran 2)
Jadual 2
Oneway ANOVA
OBJEKTIF
Sum of Squares df Mean Square F Sig.
Between Groups 6.400 2 3.200 .720 .507
Within Groups 53.333 12 4.444
Total 59.733 14
Post Hoc Test
Multiple Comparisons
Dependent Variable: OBJEKTIF
Tukey HSD
Mean Difference (I-J) Std. Error Sig. 95% Confidence Interval
(I) kekerapan kursus (J) kekerapan kursus Lower Bound Upper Bound
tak pernah 2 - 4 kali setahun .0000 1.4142 1.000 -3.7729 3.7729
5 - 8 kali setahun -1.3333 1.2766 .564 -4.7391 2.0724
2 – 4 kali setahun tak pernah .0000 1.4142 1.000 -3.7729 3.7729
5 - 8 kali setahun -1.3333 1.3608 .603 -4.9639 2.2972
5 – 8 kali setahun tak pernah 1.3333 1.2766 .564 -2.0724 4.7391
2 - 4 kali setahun 1.3333 1.3608 .603 -2.2972 4.9639
Bagi menjawab hipotesis 3 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Ujian kolerasi menunjukkan r = 0.23 , p = 0.408 adalah tidak signifikan. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman objektif (min = 10.53 , sd = 2.06) dengan pengalaman mengajar (min = 2.93 , sd = 1.27). nilai pekali kolerasi yang ditunjukkan adalah sangat rendah.(rujuk jadual 3)
Jadual 3
Kolerasi
Descriptive Statistics
Mean Std. Deviation N
OBJEKTIF 10.5333 2.0656 15
Pengalaman mengajar 2.9333 1.2799 15
Correlations
OBJEKTIF pengalaman mengajar
OBJEKTIF Pearson Correlation 1.000 .231
Sig. (2-tailed) . .408
N 15 15
Pengalaman mengajar Pearson Correlation .231 1.000
Sig. (2-tailed) .408 .
N 15 15
Ujian kolerasi menunjukkan r = 0.23 , p = 0.408 adalah tidak signifikan. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman objektif (min = 10.53 , sd = 2.06) dengan pengalaman mengajar (min = 2.93 , sd = 1.27). nilai pekali kolerasi yang ditunjukkan adalah sangat rendah.
Dari dapatan data didapati bahawa 60% guru tidak dapat menyenaraikan kandungan seni visual dengan tepat. Secara tidak langsung ia telah menyokong penulisan yang pernah ditulis oleh Iberahim Hassan (2001) dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pendidikan Seni Di Malaysia antara Harapan dengan Realiti telah mempersoalkan sejauh mana penguasaan ilmu dikalangan kita (guru seni) yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini? Setelah mengadakan temubual bersama tiga orang guru seni yang berpengalaman (pengalaman mengajar seni lebih dari 10 tahun dan telah menjadi JU Seni lebih daripada 5 tahun), apa yang mereka memberi penjelasan ialah walaupun guru seni tidak dapat menyenaraikan kandungan dengan tepat tetapi apa yang mereka jelas ialah unit-unit yang terkandung dalam setiap kandungan. Ini menunjukan bahawa guru seni lebih fokus kepada apa yang perlu pelajar mempelajari dan guru seni kurang sensitif terhadap perubahan mata pelajaran seni visual.
Selain daripada itu, dari dapatan data juga menunjukkan bahawa sebanyak 26.7 % (4 orang) guru seni merujuk sukatan setiap kali sebelum merancang P&P; 40% (6 orang) guru merujuk seminggu sekali; 26.7% (4 orang) juga yang merujuk sebulan sekali dan hanya 6.7% (1 orang) guru sahaja yang merujuk sukatan setahun sekali. Kekerapan merujuk sukatan pelajaran akan membantu dan memastikan guru dapat merancang sesuatu pelajaran dengan tepat.
HBAE1103 PENG. PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE3303 PENG. SEJARAH SENI DAN SEJARAH SENI BARAT HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF2503 KAJIAN DALAM PENDIDIKAN HBSS1203 HALA TUJU PEMBANGUNAN NEGARA HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA HBSS3203 PENG. SOSIOLOGI HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN PS2051P(1)R PENDIDIKAN SENI VISUAL PS1311P4 PENDIDIKAN SENI VISUAL 1 SSS1112 STUDIO RB DALAMAN SSS1102 STUDIO RB LANSKAP SSS2152 S KRAF KAYU HALUS
Assalamualaikum.....Salam Sejahtera........Salam 1 Malaysia..............Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan al-Mubarak semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat ......amin ..ya..rabulalamin...
Showing posts with label Kajian dan Penyelidikan. Show all posts

Friday, 6 August 2010
Saturday, 3 July 2010
Penulisan : Sosiologi Seni
Peranan sosiologi seni visual
Sosiologi adalah kajian tentang manusia dan masyarakat dan interaksi antara manusia dalam konteks masyarakat. Dalam erti kata lain, ia merupakan kajian respons individu ataupun sekumpulan manusia terhadap sesuatu perubahan atau tindakan. Respons itu adalah mudah difahami sebagai sub-budaya iaitu suatu tinfak balas setempat yang dipakai oleh sekumpulan manusia yang memiliki pemikiran yang agaik sama. Tidakan dan perubahan merujuk kepada satu hasil idea ataupun keluaran barang nyata ke dalam sesuatu masyarakat. Contohnya, manusia anggap orang yang mempunyai HIV positif adalah daripada kumpulan homoseksual. Jadi, anggapan (sub-budaya) adalah tidak semestinya betul, sebaliknya adalah dipengaruhi oleh fikiran orang lain dan persekirannya. Contohnya, adalah seseorang yang pembawa HIV semestinya tergolong di kumpulan homoseksual? Dalam kajian seni visual, sosiologi adalah memfokus kepada pandangan manusia terhadap penghasilan sesuatu karya. Biasanya, stereotaip masyarakat menganggap golongan yang mengikuti aliran seni adalah kumpulan yang tidak pandai dan aliran ini adalah bagi orang yang tidak mampu belajar. Pandangan ini adalah salah satu kajian tergolong dalam sosiologi berdasarkan kajian seperti soal selidik dsb. Namun, peranan sosiologi dalam seni visual adalah lain. Ini bermaksud kegunaan seni visual dalam kehidupan individu dan masyarakat. Antara peranannya dari perspektif sosiologi adalah seperti berikut:
• Panduan hidup: sejak dahulu hingga zaman moden, gambar berfungsi sebagai petunjuk untuk melakukan sesuatu aktiviti. Orang dahulu melukis pengalaman daripada pengembaraan dan pemburuan pada dinding gua sebagai iktibar untuk hidup. Zaman sekarang pula, banyak yang mnggunakan gambar untuk menjelaskan sesuatu situasi dan subjek secara ringkas.
• Rekreasi: seni merupakan suatu aktiviti seperti hobi untuk melepaskan tekanan. Banyak yang menggunakannya untuk mencipta sesuatu semata-mata untuk kepuasan diri.
• Komersil / Ekonomi: seni visual telah dijadikan sebagai suatu produk yang berharga seperti majalah, catan, arca dsb. Ia boleh menjadi suatu sumber pendapatan bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini.
• Nasionalisme: seni visual sebagai alat untuk menggambarkan semangat patriotik terhadap negara sendiri. Ia juga membangkitkan semangant untuk mencintai persekitaran negara dengan meletakkan poster di merata-rata tempat.
• Propaganda: sebaran sesuatu idea, maklumat dan mesej dapat dijalankan dengan mudah jika adanya laman web, poster, risalah, papan tanda dsb.
• Persekitaran: penggunaan grafik adalah cara yang paling mudah bagi memupuk semangat mencintai alam
• Ritual / Upacara: banyak karya seni mempunyai ciri-ciri keagamaan dan kebudayaan yang mana ianya menggalakkan pemujaan serta mengukuhkan sesuatu kaum.

Tuesday, 20 April 2010
Inovasi P & P Sejarah Seni
Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Sejarah Seni Berpandukan Multimedia Interaktif
Abstrak
Komputer boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar Pendidikan Seni Visual disamping membuat komposisi, persembahan, pengwujudan idea dan pengumpulan maklumat. Perasaan was-was terhadap pengajaran berbantukan komputer perlu disingkirkan kerana komputer tetap akan menjadi sebahagian daripada masa depan kita semua. Inovasi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan adanya kemahiran dalam penggunaan ICT.
Kertas ini mencadangkan satu templat dan sumber teknologi yang sesuai untuk penyediaan bahan pengajaran pembelajaran pendidikan seni visual berasaskan multimedia interlatif. Teknologi maklumat dan kommunikasi juga diaplikasikan dalam pembentukan penilaian formatif yang interaktif dan pencapaian pelajar diberi ganjaran dengan kata-kata motivasi. Pencapaian pelajar dapat dikesan oleh guru dengan serta merta untuk membolehkan tindakan susulan yang berikutnya diambil supaya dapat membantu pelajar menguasai pemahaman dalam sejarah seni.
1. Pengenalan
Dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual kurikulum bersepadu sekolah menengah, terbahagi kepada dua bidang utama iaitu penghasilan seni visual dan sejarah dan apresiasi seni visual. Selain daripada mempelajari kemahiran yang dapat membantu dan mengaplikasikan dalam kehidupan harian dan kerjaya pelajar, pengetahuan sejarah seni telah dimasukkan sebagai kertas satu dalam kertas peperiksaan yang berbentuk teori. Kertas ini wajib diambil oleh semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM.
Sejarah seni merupakan displin ilmu yang memusatkan pengajian tentang peranan para artis dan sumbangan yang dimainkan oleh tokoh terhadap perkembangan seni itu sendiri serta pengaruhnya terhadap peradaban budaya bangsa.
Sejarah seni merakamkan perkembangan seni dari zaman ke zaman. Di dalamnya merangkumi period, stail, ikonografi, peristiwa, tokoh atau biografi. Menurut Earl W. Linderman dalam bukunya ‘Teaching Secondary School Art’, sejarah seni merupakan pengkajian tentang bagaimana manusia sebagai seorang seniman mentafsir dan melahirkan budayanya dalam bentuk grafik.
Feldman (1976) ada mengatakan, menerusi pelajaran sejarah seni boleh meningkatkan lagi kesedaran kanak-kanak terhadap berlakunya pembaharuan-pembaharuan nilai manusia dari semasa ke semasa.
Walaupun Malaysia tidak mempunyai susur galur sejarah seni tradisi ataupun seni lukis keagamaan seperti kuil-kuil Angkor Wat di Kampuchea ataupun Borobudor di Jawa, namun terdapat beberapa bentuk seni tradisional yang mempengaruhi seni kontemporari Malaysia (Warton, 1971) yang dapat menjadi landasan kepada perkembangan seni moden. Daripada maklumat yang wujud, seni moden di Malaysia bermula pada tahun sekitar 1920-an. Pameran seni lukis terawal yang tercatat di Singapura oleh Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Seni di Tanah Melayu ketika itu hanyalah lebih tertumpu kepada bentuk kraftangan ataupun produk untuk kegunaan harian seperti ukiran (rekabentuk ukiran kayu pada sampan-sampan), tembikar (labu sayong), anyaman (tikar mengkuang), tenunan dan tekat yang digunakan oleh orang Melayu. Oleh yang demikian, sejarah seni di Malaysia merangkumi falsafah pembuat kraf dan bukan hanya daripada sudut grafik atau dua dimensi semata-mata.
2. Kenalpasti permasalahan
Munurut J. F Adams (1964), masalah terbesar bagi para remaja yang bersekolah ialah mengenai hal-hal berkaitan dengan persekolahan mereka. Ilmu pengetahuan sejarah seni amat penting untuk mendidik pelajar membangunkan kesedaran dan persepsi artistik dalam seni, menghargai sumbangan dan mempelajari semangat pandai tukang dalam menghasilkan kraf, serta memajukan tahap ketrampilan seni (art skills) yang konsisten dalam media seni yang tertentu. Namun kesemua teori yang perlu dipelajari merupakan satu masalah besar bagi guru seni yang mengajar. Berdasarkan ujian-ujian bulanan mahupun peperikasaan tahunan, markah yang diperolehi oleh pelajar dalam kertas satu amat membimbangkan. Peratus lulus kadang-kadang tidak sampai tiga puluh peratus (maklumat didapati daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 Sekolah Menengah Sungai Rambai, Melaka). Bilangan pelajar yang dapat skor ‘A’ pula boleh dikira dengan jari. Bagaimana hendak menaikkan prestasi keputusan mata pelajaran seni visual dari segi kuantiti dan kualiti? Melalui pemerhatian harian, didapati kebanyakkan pelajar lebih gemar melakukan aktiviti kemahiran (menghasilkan sesuatu produk) daripada mempelajari teori sejarah, antara sebab-sebab yang diberi secara temubual adalah seperti:
1. Kurang minat dalam sejarah seni kerana ia merupakan fakta yang perlu diingati.
2. Terlalu banyak aliran seni, tokoh-tokoh, teknik-teknik, gaya setiap pelukis, nama bahan dan alat yang perlu diketahui dan diingati. Ini amat susah difahami dan merupakan satu perkara yang membebankan mental.
3. Dalam mempelajari sejarah seni, kemahiran mendengar, mengamati, mencatat maklumat penting merupakan aktiviti yang membosankan bagi mereka.
4. Sikap pelajar yang menganggap sejarah seni dalam soalan kertas satu tidak perlu diperi perhatian yang lebih kerana ia diuji dalam bentuk objektif. Pelajar masih berpeluang meneka atau ‘tikam’ A, B, C, D walaupun tidak tahu jawapan sebenar.
5. Nama-nama tokoh sejarah seni khasnya tokoh barat sukar diingati kerana kebanyakannya dalam bahasa Inggeris yang begitu janggal dan asing bagi mereka.
6. Pelajar tidak terbiasa dengan laras bahasa seni tampak, ini menyukarkan mereka memahami dan menghayati setiap era yang dipelajari.
3. Mengapa perlu mempelajari sejarah seni?
Secara dasarnya terdapat beberapa sebab sejarah seni sebagai sebahagian sukatan pendidikan seni visual di sekolah. Ia penting kerana pemahaman tentang sejarah seni dapat memperkayakan lagi visi artistik seseoarang yang menghargai karya seni. Mengetahui dan mendalami subjek seni dapat menjadi asas kepada sesi kritikan. Pemahaman sejarah seni juga dapat meningkatkan lagi kebolehan pelajar membuat keputusan estetika yang dihadapi dalam kehidupan harian . melalui sejarah seni dapat memufuk sifat pelajar yang berkesedaran dan meninggikan sensitiviti terhadap nilai keindahan alam. Karya seni yang dihasilkan oleh seniman membawa maksud dan mesej yang mempengaruhi masyarakat kini, melalui sejarah seni pelajar dapat dididik untuk menghargai dan memahami proses artistik dan kreativiti setiap seniman.
4. Menganalisa klien
Peringkat remaja dianggap sebagai sangat kritikal dalam peringkat perkembangan individu kerana melibatkan perubahan-perubahan yang radikal dari segi fizikal dan psikalogi. Menurut Muus (1982) dari segi sosiologi remaja merupakan satu zaman peralihan dari zaman kanak-kanak yang tidak bebas, kepada satu zaman dewasa yang mampu diri.
Ahli-ahli seni terkenal, Victor Lowenfeld dan Herbert Read telah mengemukakan skima perkembangan kanak-kanak dalam pengutaraan seni tampak. Kanak-kanak yang berumur antara 14 – 17 tahun dikatakan dalam garis Awal Remaja / Krisis remaja. Peringkat ini jika tidak dididik dengan perancangan yang teliti, mereka dikatakan akan hilang minat terhadap matapelajaran seni. Menurut beliau lagi, sebahagian remaja beranggapan seni bukanlah lagi menjadi sebahagian hidup mereka, dan merasakan seni itu tidak perlu lagi untuk gambaran perasaan mereka, kerana telah ada tersedia di sekeliling seperti tarian, nyanyian, pakaian, taman, bangunan dan sebagainya.
Tidak suka dilebal. Kebanyakkan pelajar beranggapan bahawa matapelajaran Pendidikan Seni Visual tidak penting dan hanya pelajar yang lemah dalam bidang sains sahaja yang perlu mempelajarinya. Mereka dilebal ‘lembab’ oleh rakan sebaya mahupun sesetengah guru yang kurang arif dalam bidang seni. Namun, dalam mendisplinkan pelajar elakkan daripada menggunakan dan memberi lebal yang mengkritik anak remaja. Menurut Karl Menningar ‘Diagnostic name calling’ amatlah merosakkan.’ The word cancer is said to have killed some patients long before the maglinancy did them yang bermasej menyatakan anak remaja yang digelar ‘nakal’ tentu akan nakal akhirnya.
Rendah diri yang keterlaluan. Salah satu daripada gangguan emosi yang dihadapi oleh remaja ialah perasaan rendah diri keterlaluan yang lazimnya disebut inferiority complex. Pelajar yang mengambil matapelajaran seni visual sebagai kertas peperiksaan merasa diri mereka tidak sepandai pelajar yang dalam kelas beraliran sains dan teknolagi, perasaan redah diri mengganggu mereka mempelajari seni dengan baik. Kadangkala pelajar tersebut sengaja merendah-rendahkan matlamat prestasinya dalam pembelajaran kerana jikalau sebenarnya mereka gagal, mereka tidak perlu merasa dukacita.
Sensitif. Remaja menjadi sensitif dan cuba pula mengelakkan dan menyepikan diri daripada aktiviti kerja yang diberi oleh guru, kerana mereka berasa tidak sempurna. Tiada siapa yang boleh lari daripada ketidaksempurnaan. Namun, remaja sensitif kepada kekurangan dirinya. Mereka kurang senang dengan individu yang memperkecilkan kebolehan mereka. Jikalau guru memberi ‘label’ bodoh kepada mereka, mereka akan berasa bodoh dan seterusnya hilang minat pada apa yang dipelajarinya. Ini menyebabkan kegagalan ujian bulanan, penggal dan peperiksaan utama.
IQ rendah. Menurut Binet, kecerdasan merupakan pemikiran, kebolehan menyesuaikan diri kepada persekitaran. Terman pula menganggap kecerdasan adalah keupayaan individu berfikir secara abstrak iaitu kebolehan mengenalpasti masalah serta membuat ramalan dan memikirkan sebab akibat sesuatu. Kecerdasan berkait rapat dengan ingatan. Dalam bilik darjah, remaja yang kurang cerdas atau yang tidak berupaya menggunakan kecerdasan mereka sepenuhnya kerana beberapa faktor tertentu, turut merasai diri mereka dikategorikan sebagai pelajar lembab atau ber-IQ rendah. Pelajar remaja yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah sering merasai dirinya tidak sempurna, serba-serbi kekurangan dan tidak bermotivasi untuk memperoleh kejayaan dalam matapelajaran dan kehidupan kelak. Ingatan yang rendah turut menghilangkan minat diri dalam mempelajari sejarah seni.
Ketidak-matangan. Pelajar remaja biasanya mempunyai ego yang amat tinggi. Mereka suka berlagak seperti orang dewasa padahal mereka tidak dapat membezakan kepentingan pendidikan pada masa depan. Menurut Sigmund Freud kebanyakan masalah remaja berpunca daripada ketidakstabilan struktur personaliti.
Cepat rasa bosan. Kebosanan yang dinyatakan oleh pelajar amat berkait rapat dengan sifat mereka yang ingin memperontak pada peringkat ini. Mereka tidak minat pada sesuatu yang statik tanpa memberi kebebasan bergerak. ‘Bosan’ merupakan satu alasan bagi mereka mengelakkan diri daripada mempelajari sejarah seni.
Tidak jelas matlamat. Matlamat adalah tujuan atau sesuatu yang hendak dicapai. Pelajar yang tidak minat dalam sejarah seni, mereka tidak jelas apa matlamat mempelajari subjek ini. Adakah ia berkaitan dengan cita-cita? Adakah ia berguna dalam kehidupan? Mereka menolaknya kerana merasa ia membuang masa dan tenaga mereka untuk perkara yang sia-sia.
Malas belajar. Kebanyakan pelajar bukan bodoh dan lembab dalam mengingat sejarah seni, tetapi sebenarnya sikap mereka yang malas belajar telah mengakibatkan mereka mengalami kegagalan. Pelajar menjadi malas untuk belajar adalah kerana mereka tidak mempunyai kesedaran yang cukup. Mereka tidak mengerti tentang peri pentingnya akademik, tidak mempunyai cita-cita, berfikiran pendek sehingga mereka tidak memikirkan masa hadapan yang begitu mencabar. Sebaliknya apa yang mereka fikirkan adalah kesenangan dan keseronokan dalam waktu yang terdekat sahaja.
Tidak minat membaca. Membaca merupakan asas terpenting untuk berjaya. Masalah yang dihadapi sekarang ialah kebanyakan pelajar tidak mempunyai minat untuk membaca, lebih-lebih lagi membaca buku-buku pelajaran. Sering terjadi pelajar-pelajar akan mudah berasa mengantuk dan bosan apabila membaca fakta.

Thursday, 25 March 2010
Penulisan
Pendidikan Seni Di Malaysia Antara Harapan Dan Realiti..
artikel dari:
Prof. Madya Hj. Iberahim
Dekan
Fakulti Sains Sosial dan Kesenian
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pertukaran nama daripada Seni Lukis dan Pertukangan Tangan kepada Pendidikan Seni pada awal tahun 1980an apabila KBSR diperkenalkan dan seterusnya akan bertukar semula namanya kepada Pendidikan Seni Visual pada 2002 tentulah berlatar belakangkan rasional yang amat signifikan. Ianya memberi kesan yang jelas kepada matlamat dan objektif keseluruhan mata pelajaran ini. Kandungan mata pelajaran pun akan berubah atau bertambah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga akan berubah mengikut keperluan seterusnya akan mempengaruhi strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga. Yang tidak kurang pentingnya ialah falsafah, kepercayaan dan amalan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu selari dengan falsafah dan matlamat mata pelajaran ini.
Pada hari ini dan beberapa tahun kebelakangan berbagai-bagai pihak yang bergiat dalam pendidikan seni visual sama ada secara individu maupun oleh institusi, kerajaan dan badan bukan kerajaan berusaha dengan berbagai-bagai pendekatan dan kaedah untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan seni (visual) ini ke atas landasan yang benar agar martabatnya selari dengan mata pelajaran sekolah yang lain. Dalam usaha ke arah itu beberapa isu yang bersangkutan dengan keberkesanan pedagogi mata pelajaran ini perlu dijelaskan.
Pendidikan Seni Visual- Seni Halus – Seni Kraf : Kecelaruan Konsep
“Art Education” kini kita panggil Pendidikan Seni (Visual) sebagai satu mata pelajaran. Kita perlu menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan mata pelajaran ini. Kerana sehingga kini dari pengamatan dan kajian saya masih terdapat berbagai-bagai tanggapan dan tafsiran tentang pendidikan seni (visual) ini. Kerana apabila disebut pelajaran pendidikan seni ada yang beranggapan sebagai suatu aktiviti seni yang merangkumi kegiatan melukis dan membuat gambar atau lebih kepada bidang seni halus. Adakah seni halus itu serupa dengan pendidikan seni visual ? Ada setengah pihak pula beranggapan Pendidikan Seni menjurus kepada kerja-kerja menghasilkan produk kraf. Ada yang beranggapan pendidikan seni visual kini lebih berbentuk akademik dengan mengajukan bidang sejarah dan apresiasi seni .
Kesamaran ini perlulah dijelaskan. Bidang-bidang ilmu itu mempunyai falsafah dan struktur ilmu yang khusus masing-masing menjurus kepada matlamat yang berlainan. Sekiranya pemikiran dan keparcayaan yang masih bercelaru ini tidak dijelaskan bagaimana seorang guru itu dapat mendukung falsafah dan matlamat matapelajaran yang diajar. Kesannya ialah akan berlaku penyempangan dan mengawal proses pendidikan yang mengikut selera yang tidak tentu arah dan matlamatnya. Akhirnya mata pelajaran ini seperti ayam kehilangan ibu dan seperti layang-layang putus tali.
Usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum untuk menjelaskan konsep pendidikan seni ini. Jikalau diteliti kesemua peringkat sukatan pelajaran pendidikan seni yang disediakan sudah jelas pengertian dan matlamatnya. Tetapi kecelaruan itu masih berlaku dalam kepercayaan dan amalan di bilik darjah atau ketika proses pengoprasian dilakukan . Nilai-nilai pendidikan tidak berjaya diamalkan dalam proses p&p Pendidikan Seni di bilik darjah tumpuan lebih kepada matlamat menghasilkan produk semata-mata. Untuk menjelaskan lagi konsep Pendidikan Seni itu, menurut Eisner (1972) terdapat tiga komponen dalam P&P yang saling berkait iaitu, berpusatkan pelajar, subjek dan masyarakat. Ini selari dengan pendapat para akademik seperti Ralph Tyler yang membahaskan bahawa semua teori-teori dan program pendidikan mesti berfokus kepada tiga komponen tersebut.
Subjek
Pelajar Masyarakat
Pendidik mata pelajaran ini harus jelas akan 3 persoalan di bawah ini:
• Siapa yang kita ajar
• Mengapa kita mengajar
• Apa yang kita ajar
(Laura Chapman 1978)
Siapa yang kita ajar: Merujuk kepada kanak-kanak di sekolah bermula di peringkat tadika hinggalah remaja di sekolah menengah malah hingga orang dewasa yang mengikuti pendidikan sepanjang hayat (life long education).
Mengapa kita mengajar: Jawapan persoalan ini merujuk kepada apalah matlamat dan objektif khusus yang jelas ialah untuk membantu memperbaiki masyarakat supaya kehidupannya lebih selesa. Membantu pelajar kita agar kehidupan masa hadapannya lebih sempurna.
Apa yang kita ajar: Yang kita ajar adalah proses mengurus dan mempermudahkan struktur ilmu Pendidikan Seni agar domain kognitif pelajar berkembang, menerapkan nilai-nilai dalam pembentukan sahsiah pelajar agar domain efektifnya terbentuk dan meningkatkan kemahiran psikomotor mereka.
Masalah Mentafsir Kandungan Pendidikan Seni Visual ke dalam bentuk Operasi di bilik darjah :
Beberapa unsur terlibat dalam proses ini , pertamanya sejauh mana penguasaan ilmu dikalangan kita yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini. Keduanya setakat mana keupayaan kita berupaya mengurus unsur-unsur dalam kurikulum pendidikan seni. Ketiga setakat mana kita jelas tentang keperluan murid-murid atau pelajarnya ketika belajar pendidikan seni. Keperluan dari segi psikologi, sosial, fizikal, emosi dan sebagainya. Keempatnya setakat mana kita mampu menguruskan masa berbanding dengan jumlah kandungan yang hendak diajar dan dengan kemudahan yang ada. Kelimanya apakah kepercayaan kita kepada konsep perancangan, adakah kita mengamalkan kepercayaan “selesaikan semua isi kandungan yang dirancang, “buat sahaja perancangan pelajaran tahun lalu” atau sikap ambil mudah dalam merancang rancangan pelajaran pendidikan seni. Keenam kretiviti guru mengatasi masalah “kekurangan”
Yang jelas ialah perlunya memiliki pengetahuan yang mencukupi dan sikap yang positif terhadap tugas sebagai guru pendidikan seni. Latihan yang didapati di maktab atau universiti belum menjamin keberkesanan guru dalam menyediakan pelajaran pendidikan seni ini kerana guru perlu mengemasakinikan dirinya dengan pengetahuan-pengetahuan dan kemahiran baru yang boleh mempengaruhi tingkah laku guru untuk bertindak secara lebih positif dalam mentafsir kandungan pelajaran ini sesuai dengan keperluan dan perubahan semasa.
Konsep DBAE umpamanya tidak pernah dipelajari ketika berkursus dalam tahun 70an atau 80an. Tetapi konsep atau struktur kurikulum berdasarkan empat disiplin ilmu pendidikan seni ini merupakan amalan terkini di peringkat antarabangsa. Sukatan pelajaran pendidikan seni (visual) terpengaruh dengan perubahan ini. Persoalannya adakah guru-guru di sekolah rendah atau menengah sedar tentang keadaan ini. Sesuatu perubahan baru tentangnya perlu disampaikan kepada guru-guru di sekolah. Oleh itu perlulah diusahakan suatu makanisma bagaimana maklumat seperti ini sampai kepada para guru. Kepada yang menguasai ICT mereka mampu mendapatkan maklumat terkini dengan melayari internet. Suatu cara lain ialah melalui jurnal yang diterbitkan oleh pihak-pihak tertentu. Yang pentingnya ada pihak yang bertanggungjawab untuk menulis menerbit dan mengedarkannya. Suatu cara lagi adalah melalui kursus-kursus pendek dalam pendidikan seni perlu selalu diadakan oleh pihak tertentu sama ada dianjur oleh pihak kementerian atau institusi pengajian tinggi yang lain.
Hanya dengan ilmu dan kemahiran yang ada berserta dengan jelas falsafah, matlamat dan objektif barulah seseorang guru pendidikan seni itu dapat merancang pelajaran dengan berkesan . Kandungan sukatan pelajaran boleh ditafsir dengan tepat seperti yang dikehandaki. Setiap tajuk pelajaran dapat dikembangkan kepada pelajar secara bersepadu dengan menitikberatkan kepada memperkayakan pengalaman pelajar menerusi proses pembelajaran bersepadu. Sebagai contoh suatu proses pelajaran yeng berkaitan dengan komposisi dalam membuat gambar. Proses pembelajaran tidak mungkin boleh diselesaikan dalam masa satu sesi pelajaran sahaja. Seharusnya pelajar didedahkan dahulu dengan konsep gubahan dalam sebuah catan dengan merujuk beberapa contoh seniman tempatan atau antarabangsa. Sesi ini pelajar bersama-sama meneroka dan mencari maklumat yang dirangsang oleh guru, secara tidak langsung sesi kritikan berlaku, pelajar boleh membuat perbandingan, seterusnya membuat rumusan. Sesi berikut pelajar boleh menggunakan kriteria, gubahan dari mana-mana seniman yang dipilih kemudian membuat gambar, mungkin menggunakan kaedah peniruan itu tidak salah kerana ia merupakan suatu proses belajar. Setelah mereka faham dan mengenalpasti konsep gubahan dalam catan mereka perlu membuat sebuah cipataan berdasarkan kefahaman mereka sendiri dengan mengambil kira peraturan- peraturan dalam membuat sebuah gubahan yang telah mereka temui. Sesi berikutnya disusuli dengan sesi kritikan tentang kerja-kerja mereka pula.
Melalui proses di atas pelajar diberi ilmu bagaimana untuk membuat sebuah gubahan yang baik (merujuk kepada data-data dari guru dan seniman terpilih) dengan ilmu itu pelajar menggunakan sebagai latihan, konsep dalam gubahan bertambah, kamahiran juga bertambah melalui latihan, proses pengamatan semakin matang maka pelajar semakin yakin kepada keupayaan dirinya untuk terus berkreatif. Dalam proses ini yang penting adalah :
• peningkatan ilmu dalam membuat gubahan
• peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni
• peningkatan ilmu dalam estetika dan laras bahasa seni (mengenal gubahan yang baik)
• peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni
• pengamatan terhadap sesuatu gubahan dalam ruang dua dimensi semakin berkembang
• pelajar lebih berasa yakin terhadap kebolehannya, kerana guru telah merancang pelajaran dengan memfokuskan kepada prosidur (Lansing 1971, Efland 1977)
Latihan dan Kursus Pendidikan Seni di peringkat Maktab Perguruan dan Institusi Pengajian Tinggi:
Apabila seseorang graduan atau guru awalan yang berkelulusan seni, pendidikan seni atau yang berkaitan dengan seni visual melangkah kakinya ke sekolah mereka akan membawa bersama pengalaman semasa latihannya ke sekolah. Setiap institusi membekalkan pengalaman pelajarnya berdasarkan matlamat dan objektif latihan masing-masing. Latar belakang pengalaman graduan itu bergantung kepada bidang kepakaran (pengkhususannya) ditambah dengan kursus diploma pendidikan selama setahun atau seumpamanya. Sedangkan ruanglingkup isi kandungan dalam sukatan pelajaran pendidikan seni sekolah menengah dan sukatan pelajaran baru pendidikan seni STPM begitu luas sekali. Untuk menjadi sebagai seorang guru pendidikan seni yang berkesan latihan yang didapati di institusi pengajian tinggi itu masih tidak mencukupi, kecuali pengajaran pendidikan seni disekolah menengah dilakukan berdasarkan pengkhususan bidang masing-masing. Jikalau sebaliknya apabila guru golongan ini diminta mengajar keseluruhan tajuk-tajuk pelajaran ini bagi satu-satu tingkatan sedangkan beliau mahir dalam suatu bidang pengkhususan sahaja maka beberapa tajuk lain akan tertinggal, kerana kurang mahir dan tidak berkeyakinan untuk mengajar. Sekira ini yang berlaku maka konsep pendidikan seni akan menjadi lebih terkeliru di peringkat ini.
Seperkara lagi corak latihan yang diterima oleh bakal-bakal guru di maktab perguruan. Rata-rata bakal guru ini akan mengajar di sekolah rendah. Pendidikan seni di peringkat sekolah rendah merupakan tahap pembentukan konsep yang amat penting. Hubungan antara pelajaran pendidikan seni dan kanak-kanak sekolah rendah khususnya di tahap satu amatlah signifikan. Pelajaran pendidikan seni di peringkat ini lebih merupakan suatu proses untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan menyeluruh kanak-kanak. Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teori perkembangan. Dan pendidikan seni kepada kanak-kanak adalah lebih kepada keperluan eksprasif, di samping perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan psikomotor mereka. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan. Oleh itu guru-guru pendidikan seni perlulah benar-benar terlatih dalam bidang ini. Persoalannya sejauh manakah latihan yang mereka lalui. Adakah hal tersebut merupakan fokus latihan bagi kursus pendidikan seni untuk bakal guru sekolah rendah ?
“Siapa saja boleh mengajar Pendidikan Seni”, Pendidikan Seni “pelajaran yang tidak ada potensi”
Seperkara lagi yang menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni adalah tanggapan masyarakat sekolah yang sering beranggapan bahawa : sesiapa sahaja boleh mengajar pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk guru-guru “berehat” setelah penat mengajar mata pelajaran lain yang “lebih berat”. Selagi tanggapan ini tidak dibetulkan selagi itulah mata pelajaran ini beransur-ansur lenyap dari pandangan positif masyarakat sekolah. Kerana tanggapan inilah menjadikan pelajaran ini semakin sehari semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Malahan ada kalangan guru yang pernah terlatih dalam pendidikan seni merasa malu mengajar pelajaran ini, mereka lebih rela mengajar pendidikan jasmani, dan pelajaran lain yang lebih “glamour”.
Selagi pelajaran ini diajar oleh mereka yang tidak terlatih dan tidak inovatif serta kreatif dalam menyediakan pelajaran maka selagi itulah konsep dan roh pelajaran pendidikan seni itu tidak akan hidup di dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga akan memandang sepi mata pelajaran ini. Kesannya akan menimbulkan masalah kepada guru-guru pendidikan seni yang bersemangat untuk mengajar kerana pelajar-pelajarnya menolak untuk belajar pendidikan seni, Ini berlaku kerana berdasarkan pengalaman mereka pelajaran pendidikan seni adalah pelajaran untuk berseronok kosong, hambar, kosong, “masa rehat” , dan tiada nilai masa depan serta tiada yang baru, belajar dari sekolah rendah hingga ketingkatan lima benda yang sama saja . (Respon pelajar terhadap soal selidik persepsi pelajar terhadap pandidikan seni, 1999 di kawasan Batang Padang)
Untuk merubah persepsi pelajar ini memerlukan pengorbanan yang besar. Guru perlu gigih dan sabar, perlu memiliki motivasi yang tinggi. Guru perlu menguasai keperluan sebenar pelajar mempelajari pelajaran ini. Tahap awal guru perlulah menanamkan keyakinan kepada pelajarnya bahawa pelajaran ini “berbaloi untuk belajar” Pelajaran perlulah memiliki unsur istimewa yang mendorong pelajar untuk terlibat sama walaupun terpaksa mengeluarkan wang, tenaga dan masa. Mereka sanggup melaluinya sekiranya pendidikan seni itu menarik, berpotensi, berbaloi untuk belajar, ada nilai keilmuannya. Untuk ini guru terpaksalah menggunakan berbagai kaedah untuk memotivasikan pelajarnya melalui berbagai strategi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga perlu didedahkan kepada berbagai bidang dan jenis kerajaya yang boleh membuka mata mereka bahawa mempelajari pelajaran pendidikan seni ada potensi dalam kerjaya jikalau diberi tumpuan bersungguh-sungguh.
Memertabatkan pelajaran Pendidikan Seni Selari dengan matapelajaran yang lain: Isu untuk memertabatkan matapelajaran pendidikan seni seiring dengan mata pelajaran yang lain bukanlah suatu isu yang baru. Saya percaya guru-guru yang mencintai bidang ini sentiasa memperjuangkannya. Pada dasaranya matapelajaran pendidikan seni adalah tergolong dalam kumpulan matapelajaran asas dari sekolah randah hingga tingkatan tiga. Sama tarafnya dengan mata pelajaran sejarah, geografi, kemahiran hidup, pendidikan jasmani dan kesihatan dan sebagainya. Agihan jam interaksinya dalam seminggu pun sama iaitu tiga waktu seminggu.
Apabila seseorang pelajar sekolah menengah tamat peperikasaan SPM mereka yang mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia boleh menunjukkan keupayaannya dalam berbahasa samaada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Begitu juga mereka yang lulus dalam matematik mampu menyelsaikan masalah matematik berdasarkan ilmu pengetahuan yang mereka kuasai. Pelajar dari bidang vokesional dan teknikal pula mampu memperlihatkan kemahiran-kemahiran mereka, sesetengahnya menguasai kemahiran asas sebagai persediaan untuk peringkat pengajian lebih tinggi atau menceburi di bidang pekerjaan.
Persoalan dan kerisauan saya adalah mereka yang mendapat kepujian dalam pendidikan seni di peringkat SPM, apakah istimewanya mereka. Adakah mereka memiliki tahap ilmu seni setara dengan peringkat SPM seperti mata pelajaran yang lain ? Adakah mereka memiliki daya kreativiti yang tinggi, setara dengan SPM. Adakah kemahiran mereka dalam penciptaan dan penghasilan karya seni setara dengan kemahiran-kemahiran mata pelajaran lain di peringkat SPM. Adakah kita sudah merasa puas tentang tahap pendidikan seni sekarang ?
Untuk menjawab persoalan-persoalan di atas kita boleh jadikan objektif-objektif pelajaran pendidikan seni sebagai landasan ukuran.
Keduanya kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi kandungan mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun satu sekolah rendah hinggalah ke tahap SPM. Ini adalah kemahiran membuat perancangan tahunan bagi setiap tahap Peringkat STPM, PPK telah berjaya memperlihatkan suatu tahap mutu kandungan yang setara dengan kedudukannya, walaupun masih di peringkat permulaan tetapi jauh lebih bermutu berbanding dengan kandungan sukatan pelajaran lama.
Ketiga , sudah sampai masanya mata pelajaran ini memiliki buku rujukan atau sekurang-kurangnya ada buku panduan. Soalannya berbalik semula kepada isu yang di atas iaitu bergantung kepada keupayaan guru menterjemah isi kandungan ke dalam bentuk operasi dalam P&P di bilik darjah.
Keempatnya sebagai mata pelajaran sekolah , keperluan asasnya dari segi infrastruktur perlulah diberi perhatian. Sudah sampai masanya setiap sekolah memiliki sekurang-kurangnya satu bilik seni yang lengkap sama seperti pelajaran Kemahiran Hidup, Sains Rumahtangga atau matapelajaran Sains.
Kelima: Hanya guru yang layak sahaja mengajar waktu pelajaran ini. Keenamnya, mungkinkah Seni memiliki sekolah menengah khasnya seperti juga sekolah sukan ? seperti ura-ura jabatan Pendidikan Johor ?
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni:
Apakah pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengajar Pendidikan Seni ? Adakah kita henya menggunakan pendekatan p&p yang steriotaip sahaja? Sebenarnya terdapat berbagai pendekatan yang bolah kita amaklan agar proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini lebih menarik. Sebagai contohnya guru bolah menggunakan:
Pendekatan Kemanusiaan dalam Pengajaran Pendidikan Seni:
Menurut Michael (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menerusi proses pembelajaran yang berlandaskan pendekatan kemanusiaan itu pelajar akan mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni dan kelompok-kelompok masyarakat kecil di persekitaran mereka, peka tentang perasaan mereka , memiliki konsepsi diri yang jelas dan boleh menyatakan pernyataan diri mereka secara kreatif melalui media. Seterusnya mengenali nilai-nilai kemanusiaaan yang boleh digarap maklumatnya daripada karya atau pernyataan seni yang boleh dikesan pada mana-mana bentuk seni atau mana-mana karya seni.
Pendekatan Behaviorisme
Ahli behaviorisme mempercayai tingkah laku pelajar boleh dibentuk melalui pengalaman-pengalaman pendidikan yang disediakan. Perancangan Pendidikan Seni yang berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar adalah penting untuk memastikan kejayaan yang lebih berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran.
Aspek asas kepada pendekatan ini adalah guru-guru perlu mematuhi disiplin untuk pencapaian sesuatu matlamat yang telah ditentukan dengan mengenalpasti keutamaan, mengaplikasi kaedah-kaedah penyelidikan terhadap tugas-tugas pengajaran dari semasa ke semasa dan bersedia untuk mereka bentuk alat-alat untuk pengujian dan penilaian dalam pembelajaran dan pengajaran seni.
Masalah utama yang mungkin dihadapi oleh guru adalah untuk menentukan tingkahlaku berasaskan objektif kurikulum pendidikan seni. Apakah tingkah laku yang relevan untuk Pendidikan Seni ? Bagaimana seseorang itu boleh mencapai perubahan tingkah laku ketika belajar Pendidikan Seni ? Sampai ke tahap manakah sesuatu perubahan itu dinilai ? Matlamat dan objektif manakah yang digunakan sebagai ukuran untuk sesuatu penilaian. Bolehkah dikenalpasti apa yang boleh dipelajari, apa yang akan diajar dan tingkah laku pelajar yang macam mana yang perlu dibentuk?
Pengamatan sebagai pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni.
Merujuk kepada objektif pelajaran Pendidikan Seni sama ada untuk sekolah menengah atau rendah, salah satu tujuan pembelajaran Pendidikan Seni adalah untuk menajamkan persepsi pelajar. Semua pembelajaran Pendidikan Seni menitikberatkan kepada persepsi (pengamatan) proses mendapat pengetahuan, melayani perasaan dan pernyataan semuanya berlaku menersui deria kita. Sesetengah berpendapat pengamatan melalui deria itu adalah kunci kepada segala ilmu dan pengetahuan. Ianya adalah tingkah laku asas dalam proses seseorang melengkapkan ilmu pengetahuan melalui penerokaan alam persekitrannya.
Proses pengamatan melibatkan seseorang itu membuat penelitian, menganalisis, mengsintesis dan menilai. Ia merupakan suatu proses mengurus maklumat yang memerlukan tindakan integrasi secara kreatif. Proses ini juga memerlukan seseorang itu berfikir secara terbuka dan lebih bersifat luwes .
Dalam kurikulum Pendidikan Seni aktiivti pengamatan ini telah ditetapkan supaya dilaksanakan mulai dari awal persekolahan hinggalah ke tingkatan menengah atas, Amalannya adalah mengikut tahap keupayaan pelajar. Guru-guru perlu menguasai dan mengenalpasti tahap keupayaan pengamatan pelajarnya dan menggunakannya untuk tujuan perancnagan pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mengembangkan keupayaan pengamatan ini perlu dikenalpasti. Aktiviti yang boleh membantu pelajar untuk memajukan pengamatan, dan meningkatkan proses kematangan deria perlu disediakan. Program-program perlu disediakan sehingga berjaya membawa perubahan secara mampan terhadap aras kepekaan pengamatan pelajar.
Pendekatan Perkembangan Menyeluruh
Pendidikan seni adalah merupakan bidang ilmu yang menjelaskan konsep pendidikan menyeluruh, yang memenuhi tuntutan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ini sejajar dengan Falsafah PendidikanNegara. Kneeth M. Lancing (1971), pada dasarnya manyatakan bahawa pendidikan seni perlu memfokuskan perhatian kepada tiga domain utama tersebut. Antara kandungan yang ada di dalam ketiga-tiga domain tersebut adalah;
Domain Kognitif : iaitu ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan apresiasi, estetika serta seni dalam kehidupan.
Domain Afektif : iaitu suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik.
Domain Psikomotor: iaitu menumpukan kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara mata , tangan, otot dan mental.
Seterusnya pelajar yang berbakat akan menjadi penggiat seni dan yang kurang berbakat atau berkemahiran akan menjadi penggemar atau pengkritik seni yang mahir serta berilmu pengetahuan hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni.
Kesimpulannya:
Banyak isu-isu lain yang tidak diutarakan di sini umpamanya isu yang berkait dengan pendidikan merangkupi era ICT dan seumpamanya. Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada Kementerian Pendidikan di bawah urusetia Pusat Perkembangan Kurikulum dan unit-unit lain yang telah berusaha untuk meletakkan matapelajaran pendidikan seni ini ke tahap yang sewajarnya. Usaha untuk mengemaskini kualiti sukatan pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM dan STPM telah dan sedang dilakukan. Usaha ini dilakukan dengan melibatkan wakil-wakil dari semua peringkat sistem pendidikan Negara kita. Pernyataan falsafah, matlamat dan objektifnya telah jelas. Isi kandung pelajaran dan ruang lingkupnya telah dinyatakan selaras dengan tahap sukatan pelajaran. Dengan harapan agar mata pelajaran pendidikan seni dapat memenuhi harsat wawasan dan falsafah pendidkan kebangsaan, dalam usaha untuk memberi persediaan kepada generasi muda dengan ilmu, nilai dan kemahiran kepada generasi muda dengan personality sebagai rakyat Malaysia yang cemerlang untuk generasi akan dating. Ini adalah harapannya. Realitinya diminta kita sama-sama membuat renungan. Sejauh manakah kita telah melaksanakan peranan kita untuk merealisasikan harapan itu. Sejauhmanakan kita telah meletakkan kualiti pengajaran kita dengan menguasai dan mengamalkan beberapa pendekatan sesuai untuk sesuatu matlamat pengajaran, supaya pelajaran pendidikan seni itu benar-benar berkualiti, menarik dan bermakna dari perspektif pelajar Daripada isu-isu yang telah diketengahkan di atas, mungkin kita perlu mengambil langkah untuk memperbaiki bersama-sama dengan memberi pandangan dan idea dalam seminar atau perbincangan yang amat perlu diadakan dengan lebih kerap lagi, mungkin melalui kelompok perbincangan yang lebih kecil . Semuga dengan itu dapat memartabatkan pelajaran pendidikan seni ini ke tempat yang sewajarnya.
Sekian.
Rujukan:
Abelson, R.P. & Rosenberg, M.J. (1958). Symbolic Psychology A Model of Attitudinal
Cognition. Behavior Science.
Al Hurwitz , Day, Michael (1996). Children and Their Art, (Sixth Ed.) New York: Havcourt Brace College Pub
Arnhem. R. (1974) Art and Visual perception. L.A. University of California Press.
Chapman, Laura H. (1978). Approaches to Art in Education. New York: Havcourt Brace Jovanovich Inc.
Day. D. Micheal (1998 ). Art Education: Essential for a balanced education , Arts Education Bulletin, April 1998
Day. D. Micheal , E-mail: mday@burgoyne.com
Degge, M. Rogena, E-mail : redgge@aaa.uoregon.edu
Dewey, John (1934). Art As Experience. New York: Minton Balco and Company.
Eisner,E.W. (1972)Educating artistic vision. NY. Macmillan
Efland,Arthur (1977). Planning Art Education. Middle/Secondary School Of Ohio: State of Ohio Dept. of Education.
Feldman, Edmund 1997, Art Its Image and Idea. New York. Prentice Hall.
_______________ 1997, Beaming Human Throung Art. New York.Prentice Hall.
Hassan Langgulung (1991). Kreativiti dan Pendidikan, Suatu Kajian Psikologi dan
Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Langsing, Kennet M. (1971). Art, Artists and Art Education. New York: Mc Grraw-Hill Book Company.
Laniear, Vincent (1975). Objektives of Art Education. The Impact of Trans: Peabody
Jurnal of Education.
Lowenfeld, Victor and Brittain W. Lambert (1970). Creative and Mental Growth. 5 th.
ed. New York: Macmillan Company.
Mc Fee, June King (1972). Preparation For Art. San Francisco: Wadswath Publishing
Company, Incorperation.
Raja Zalabuddin Raja Yaakub (1985). Bukankah Seni Untuk Masyarakat. Dewan
Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Zainon Ismail (1989). Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Edmund Burke Feldman(1996). Philosophy of Art Education. Prentice Hall, New Jersey
Clark G., Day, M. and Greer, D. (1987) ‘ Discipline-based art education : becoming students of art’. The Journal of Aesthetic Education, (21)2
htpp://www., artsdnet@getty.edu© 1999 J. Paul Getty Trust.

Friday, 10 July 2009
Kajian Teori
Kajian Teori Yang Berkaitan
Di dalam catan mixed media para pengkarya mencipta simbol-simbol baru untuk menghubungkan karya-karya seni moden dengan ikonografi tempatan. Mereka
menggunakan dan memetik motif-motif budaya setempat sebagai kajian mereka untuk mendapatkan idea atau untuk mengupaskan isu-isu yang akan diketengahkan oleh mereka. Contohnya seperti Choong Kam Kow dan Din Omar yang memetik motif-motif budaya permakanan tempatan sebagai Subjek kajian. Choong Kam Kow menghasilkan catan-catan yang menggabungkan bentuk kuih tradisi, dengan memberi penekanan kepada pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai simbol kepada pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai simbol kepada konsep kesatuan dalam kebudayaan Malaysia. Sebilangan pengkarya mixed media karya mereka bertunjangkan seni Barat yang kelihatan seperti ekpresionisme dan surealisme contohnya karya oleh Tan Chin Kuan di dalam karya “Tragic of Blue Night” (1991).
e) Jenis Bahan
Bahan-bahan yang digunakan biasanya pelbagai bahan yang boleh digunakan di dalam catan mixed media seperti alumunium, prospek, kaca lutsinar , kayu, plastik, bahan-bahan buangan dan lain-lain lagi. Bahan tadi digunakan oleh pengkarya untuk mengolahkan karya-karya mereka . Contohnya karya Zulkifli Yusof sebagai contohnya mengutamakan isu perpecahan kaum menerusi buah-buah catur. Kebanyakan karya Zukifli Yusof bahan-bahannya mixed media.
e.i) Apa Itu Bahan ( Material)
Bahan adalah sesuatu objek yang dikenali samada dari segi rupa dan bentuk atau yang menjalani pembuatan prosesnya. Di dalam seni bahan campuran, samada sesuatu bahan itu telah menjalani proses atau masih kepada pengekalan identitinya tertakluk kepada bagaimana pengkarya itu berkarya.
Sejajar dengan kemajuan, pengkarya telah memproses sesuatu bahan itu sebagai contoh menggunakan plaster, woodfiler, serbuk kayu, gam, plastik, elemen semulajadi dan sebagainya sehinggalah kepada bahan-bahan terbuang dan persekitaran untuk menghasilkan seni mereka. Hasil dari proses artis itulah wujudnya karya berbentuk bahan campuran.
Di sini terdapat beberapa bahan yang telah diklasifikasikan.Bahan itu ialah seperti bahan yang berbentuk elemen fizikal, dimana dalam proses pengkaryaan, sebarang medium diperlukan sebagai alat penyokong seperti air, minyak atau berbentuk ‘chemical’ ataupun masih mengekalkan rupa dan ciri-cirinya.
Bahan-bahan boleh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti :
i. Bahan pepejal -seperti batu, limestone atau marble.
ii.Bahan Organik -seperti kayu atau 'earth object'.
iii.Bahan Industri -seperti besi, tembaga, perak, proses dari mesin atau jentera,
Syntetic seperti bahan tiruan,plastik, glass, prospect bersifat lutsinar.
iv.Bahan Hybrid -yang terhasil dari percampuran antara satu sama lain.
v. Bahan Chemical -seperti bahan mengandungi asid, pencampuran dari
koleksi lab.
e.ii) Cara Memilih Bahan
Dalam pemilihan bahan itu terdapat dua kategori iaitu :
i- Fugivite : penghasilannya menerusi terus keatas permukaan atau karya. Selalunya bahan ini tidak dapat bertahan lama, dimana nilainya senang jatuh. Ini bermaksud pengkarya tidak mendalami lagi sesuatu sifat bahan dari segi ketahanan.
ii- Permenant : Selalunya hasilan ini berbentuk lebih tahan dari segi masa, pembuatannya mengambil kira ke atas aspek nilai yang tinggi dan menjalani pemerosesan yang berkesan. Pengkarya yang sebegini selalunya menjalani ujikaji terhadap bahan sebelum memasukkannya ke dalam karya. Di dalam pembentukan sesuatu bahan itu samada dalam bentuk 'man made', ‘ready made' atau, 'natural object' terdapat sifatnya yang tersendiri mengenai jalinannya.
Bila melihat kepada 'texture' berbentuk 'visual' ianya hasil dari pertukangan tangan atau pembuatan dari pengkarya dengan corak atau dekoratif. Melalui kesan yang wujud secara spontan melahirkan jalinan yang tidak disengajakan melalui kesan pembentukan tampak atau gerakbalas pengkarya. Ianya juga boleh dihasilkan melalui alat mekanikal seperti silkscreen, komputer grafik atau foto dan berkaitan dengan seni ini.
Bentukan yang terhasil juga boleh dikenalpasti sebagai yang berbentuk 'textile texture'. Ianya terhasil dari bahan semulajadi (earth) seperti daun, kayu, ranting, pasir atau perlakuan oleh seseorang itu seperti menganyam, mengikat manik dan sebagainya. Bila memperbincangkan penghasilan karya sebegini selalunya pengkarya memanfaatkan kepada apa yang telah ada dari bentukan asalnya. Pengkarya juga mendapat jalinan melalui pengubahsuaian dari kreativitinya sendiri melalui proses geraklaku atau penyudahan terhadap sesuatu bahan itu tidak kira apa jua yang difikirkan sesuai. Penyusunan terhadap sesuatu penyusunan atau perletakan juga akan mendatangkan hasil dari pembuatan 'textile texture' ini.
Apabila memperkatakan memgenai bahan campuran, tidak dapat dinafikan kekuatan bahan yang telah menjadi satu tradisi lama dalam pembuatan karya. Warna khususnya yang terhasil dari alam semulajadi, proses dari industri seperti cat minyak, arkrylik atau tempera. Semuanya ini adalah bahan. Dari sini jelaslah bahan itu terdiri dari berbagai-bagai elemen dan komponennya yang tersendiri. Dalam mendefinisikannya telah kelihatan ianya bersifat universal. Terpulanglah pengkarya untuk menghasilkannya.

Kajian Catan
A. KAJIAN LITERATUR
A.i Latar Belakang Sejarah
a) Catan
Pada zaman Mesolitik (15000 SM hingga 10000SM) merupakan zaman yang terdapat lukisan-lukisan prasejarah. Lukisan itu menggambarkan kehidupan dan aktiviti harian mereka. Karya-karya mereka pada zaman itu telah mula memperlihatkan corak-corak yang menambahkan lagi kesan kuasa ghaib. Media yang digunakan pada masa itu ialah darah binatang hasil dari pemburuan. Darah tersebut menghasilkan warna merah. Jelaga lemak haiwan pula untuk menghasilkan warna hitam. Manakala biji-biji kuning yang ditumbuk untuk menghasikan warna kuning. Warna hijau pula terdapat daripada tumbuh-tumbuhan.
Begitu juga dengan zaman Neolitik hasil karya mereka hampir serupa yang digunakan oleh manusia zaman Mesolitik iaitu darah untuk menghasilkan warna merah, Manganam oksid, jelaga lemak dan arang untuk mendapatkan warna hitam. Manakala bijian yang dihancurkan dengan batu untuk dicampurkan pula dengan darah haiwan, madu,tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan boleh mendapatkan warna coklat dan jingga.
Pada zaman Renaisans seni catan berkembang pesat. Tokoh-tokoh pada masa itu seperti Leornardo Da Vinci, Rapheal dan Michealangelo merupakan pelukis-pelukis yang tersohor. Pada zaman itu ,subjek yang ditekankan iaitu agama. Ia terus menjadi penting di mana gambaran dan imej yang diilhamkan dari Bible atau cerita agama terus menguasai karya-karya pelukis. Kisah seperti “The Last Super” dan imej “Madonna and Child” merupakan subjek yang paling popular. Walaupun zaman Renaisans berakhir seni catan terus berkembang dengan pelbagai teknik dan teori dilakukan untuk menghasilkan catan yang baik dan berkualiti.
b) Catan Media Campuran
Karya catan ‘mixed media’ atau media campuran dikenali awal abad ke-20 iaitu aliran Kubisme yang dipelopori oleh Pablo Pissaco yang menggunakan bahan selain cat minyak, cat air atau akrilik yang biasanya digunakan untuk karya 2D. Beliau menggunakan potongan kertas atau kolaj untuk menghasilkan catannya yang bertajuk ‘Three Musicians’ antara 1910 hingga 1912.
Media campuran merupakan gabungan kolaj dan assemblaj sebagai teknik menghasilkan karya. Ia mengalihkan kongkongan realistik atau lukisan berupa dalam seni tampak.Karya awal ‘mixed media’ lebih menggunakan material seperti metal, barang kemas dan perhiasan berbanding kini ia terdiri dari gabungan pelbagai bahan. Bagaimana pun penggunaan aspek formalistik tetap sama.
Antara artis yang menggunakan ‘mixed media’ adalah Carlo Crivelli yang menggunakan kayu, kaca dan perhiasan untuk karyanya yang bertajuk St.Peter.Henry Matisse menggunakan cat gouche dan potongan kertas menghasilkan Sorrows Of The King pada 1952; mana kala Rauschenberg menghasilkan Reservoir pada 1961 dengan menggabungkan cat dan paku dalam karyanya.
Walaupun pada peringkat awal abad ke 20, para pengkarya masih berpegang kepada pengertian tradisional seni catan iaitu mereka masih lagi melukis figurative, alam sekitar dan alam benda.
Pertumbuhan pelbagai aliran seperti kubisme, surealisme dan pop art menyebabkan catan tradisional semakin ditinggalkan. Pengabungjalinan aliran ini membentuk aliran untuk membuat catan mixed media. Di dalam catan media campuran teknik yang digunakan banyak kolaj dan asemblaj. Ini dapat dilihat dengan adanya pameran yang terbesar di Museum of Modern Art (New York) yang mempamerkan karya asemblaj yang bertajuk “The Art of Asemblaj” pada tahun 1961 . Pada tahun itu merupakan satu langkah pembaharuan di dalam dunia catan di mana penghasilan karya ini adalah gabungan bahan catan dengan bahan lain. Kebanyakan bahan catan media campuran seperti aluminium, perspek, kaca, lutsinar, kayu, plastik,bahan-bahan buangan dan lain-lain lagi.
Sekumpulan daripada 30 dan 40 pengkarya untuk meneroka semula kebebasan membuat dan menghasilkan catan di mana teknik kolaj dan asemblaj digunakan dan ditekankan. Mereka tidak memutuskan dalam kesinambungan dari kubisme dan surealime.
Artis dari Negara Amerika iaitu Joseph Cornell merupakan contoh membuat dan mencipta penimbang kecil Puisi asemblaj di dalam sebuah kotak. Ini merupakan catan media campuran. Pada awal tahun30-an, beliau merupakan orang yang pertama yang masih berpendirian surelisme di Julien Levy Gallery di New York 1932. Beliau telah mengadakan pameran yang bertajuk “ Minutiae Glass Bells, Shadow Boy, Coup d’Oeil, Jouets Surealistes’.
Kerja Cornell (Plates 109-110) merupakan contoh sempurna titik-titik daripada William C. swseitz di buku perhubungan isu bersama “Art of Asemblaj” menunjukkan secara kias latihan daripada asemblaj mengumpulkan bahan dari aras hubungan formal dari persatuan pensyair menggunakan perkataan dan nombor secara rasmi . Perubahan turut mempengaruhi di dalam lukisan Abstrak Expressionis di mana sesuatu bentuk di dalam sederhana.
Di dalam aliran abstrak expresionis iaitu Alfonso Ossorio merupakan artis Filipina yang telah belajar dan bergaul dengan artis di sekolah New York dan memulakan teknik kolaj yang baru di akhir 50-an. Di dalam karyanya yang kalut pengumpulan daripada pelbagai bentuk dan bahan memperlengkapkan makna daripada kaligrafi rumit satu dijumpai dalam karya Pollock dan mempunyai tujuan yang sama untuk memperbaharui kepekaan seseorang artis. Ramai pengkarya menggunakan teknik asemblaj dalam karya mereka di akhir 50-an dan awal 60-an.
c) Sejarah seni catan media campuran tempatan.
Secara umunya terdapat tiga faktor yang telah mempengaruhi perkembangan seni catan moden di Malaysia iaitu factor pertama penjajahan Inggeris, penghijrahan bangsa dagang dan dtatus pendidikan. Sejarah seni catan moden Malaysia bermula pada awal sekitar 1930-an menrusi karya-karya Abdullah Ariff, Yong Mun Sen dan lain-lain . Stail yang baru dipersembahkan di dalam tradisi visual tempat dengan menggunakan kaedah perintis ini telah memperkenalkan pendekatan kaedah seni catan easel Barat untuk mempersembahkan subjek mereka sebelum ini. Perubahan stail dan konsep karya seni ini merupakan titik peralihan menandakan kelahiran seni lukis moden dengan penghasilan catan mixed media.
Perkembangan catan mixed telah dipelopori oleh ramai artis-artis catan pada tahun 1990-an. Pengolahan catan mixed media yang mencipta simbol-simbol baru yang menghubungkan karya-karya seni moden denga ikongrafi tempatan. Antaranya ialah Choong Kam Kow dan Din Omar yang memetik motif-motif budaya permakanan tempatan sebagai subjek kajian masing-masing. Choong Kam Kow menghasilkan catan yang mengabungkan bentuk kuih tradisi dengan memberi penekanan kepada pembungkusannya yang dapat dianggap simbol kepada konsep kesatuan dalam kebudayaan Malaysia. Ketupat dan Pulut panggang menjadi sebahagian dariapd abentuk yang diketengahkan. Sementara itu , Din Omar pula memindahkan imej dan bentuk nasi bungkus ke permukaan catan serta arcanya bagi mewakili isu-isu budaya tempatan dan antarabangsa. Pendekatannya ini, sebagaimana tercermin dalam ‘Nasi Bungkus:Antara Dua Hidangan” (1991) mirip kepada stail pop Art, khususnya seperti karya-karya Claes Oldenburg. Dengan menggunakan bentuk nasi bungkus , Din telah meperkayakan penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia catan moden Malaysia.
Dekad 1990-an merupakan titik permulaan catan mixed media di mana ia menyaksikan kemunculan pelukis muda berpotensi dan berbakat besar yang lebih gemar kepada pengolahan mixed media dalam berkarya. Antara mereka iaitu Zulkifli Yusof, Mohd. Khalil Amran, Ahmad Hukri Mohamed, Tan Chin Kuan, Bayu Utomo Radjikin, Din Omar dan Raja Shariman.
Kebanyakan daripada pelukis muda ini menggarap permasalahan sosial menerusi karya-karya mereka. Zulkifli Yusof sebagai contohnya mengutamakan isu perpecahan kaum menrusi buah-buah catur yang menjadi kiasan kepada percaturan dan perbuatan kuasa. Manakala Tan Chin Kuan pula membicarakan isu-isu sosial menerusi imej-imej suasana negatif. Suatu trend dan fenomena baru bagi pelukis-pelukis muda ini ialah dari segi penghasilan karya-karya yang berukuran besar. Tidak dinafikan bahawa karya-karya mereka berukuran besar lazimnya mempunyai kesan yang kuat ke atas penontonnya. Itulah perkembangan catan mixed media.

Wednesday, 10 June 2009
Isu Pelajar
MENGAPA PELAJAR KURANG MINAT DENGAN PSV
1.0 PENGENALAN
1.1 SENI DAN MASYARAKAT
Dalam arus kemajuan Negara Malaysia masa kini yang semakin laju menuju matlamat menjadi Negara maju pada tahun 2020, aspek pembangunan teknologi amat diititik beratkan. Kemajuan teknologi merupakan antara pemacu utama sesebuah Negara dalam mempertingkatkan perkembangan ekonomi dan produktiviti Negara. Justeru itu antara langkah yang diambil oleh kerajaan adalah dengan memberi penekanan dari akar umbi lagi iaitu pada peringkat sekolah. Terutama sekali pada mata pelajaran sains dan matematik. Banyak dasar-dasar yang dibuat khas untuk subjek subjek sains dan matematik. Antaranya penggunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu bantuan komputer riba kapada guru mata pelajaran sains dan matematik. Pada peringkat pendidikan tinggi juga begitu. Kuota bagi aliran sains dan matematik lebih besar berbanding aliran lain.
Melihat kepada keadaan ini, situasinya seolah-olah mata pelajaran lain di sekolah dipinggirkan dan tidak diambil berat oleh kerajaan. Terutama sekali subjek pendidikan seni. Bukan hanya pihak kerajaan malahan masyarakat juga begitu. Lebih ironi, pelajar sekolah juga mengganggap subjek pendidikan seni sebgai subjek yang tidak penting ataupun subjek tempelan dan picisan. Mereka beranggapan bahawa pendidikan seni adalah subjek untuk pelajar yang lemah dalam pelajaran sahaja kerana seni dianggap sesuatu yang mudah dan kurang menyumbang kepada negara. Mereka tidak sepatutnya beranggapan begitu kerana seni wujud dalam diri setiap manusia dan mereka perlu kenal apakah itu pendidikan seni dengan lebih mendalam.
1.2 DEFINISI PENDIDIKAN SENI VISUAL
1.2.1 MAKNA PENDIDIKAN:
Umumnya bagi masyarakat Malaysia, pendidikan seni adalah pelajaran lukisan. Pandangan sempit beginilah yang seharusnya diubah dari kotak minda masyarakat. Sebelum mengenali seni kita apakah dia ’pendidikan’ terlebih dahulu. Terdapat pelbagai tafsiran bagi pendidikan. Menurut bangsa Yunani, pendidikan ialah ilmu menuntun anak. Masyarakat Jerman pula menganggap pendidikan sebagai ’erzhiehung’ iaitu membangkitkan kekuatan terpendam ataupun mengaktifkan kekuatan dan potensi anak. Selain itu pendidikan juga dikatakan sebagai usaha ataupun proses menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia menurut Professor Syed Naquib al-Attas. Ulama dan cendekiawan Islam, Imam al-Ghazali pula mengatakan bahawa pendidikan ialah mengeluarkan perangai yang buruk yang ada pada manusia dan meyemai perangai dan sifat yang baik
Keseluruhannya pendidikan merupakan satu proses membimbing seseorang ke arah kebaikan dengan menyemai ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada indvidu tersebut dan orang disekelilingnya.
1.2.2 MAKNA SENI
Seni mempunyai pelbagai definisi yang diutarakan oleh tokoh terkenal dalam bidang seni. Menurut Frank Cizek, beliau menganggap seni adalah pernyataan diri seseorang. Maksud beliau adalah setiap individu dilahirkan dengan potensi seni. Persekitaran yang membentuk perkembangan seni individu. Linderman (1997) pula mengatakan bahawa seni adalah suatu bahasa yang mengandungi roh(nilai spiritual) yang dapat membenarkan seseorang menghasilkan sesuatu dan menghargainya. Seni membantu individu untuk mengenal personaliti diri dan potensi yang ada dalam diri seseorang. Menurut beliau lagi, seni merupakan suatu bahasa non verbal bagi manusia secara global.
Seni menurut acuan Islam merujuk kepada keindahan sama ada keindahan yang zahir mahupun keindahan yang batin. Seni adalah berasaskan kepada prinsip tauhid. Ini bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w, ”Allah itu indah dan ia suka akan keindahan”. Seni adalah kesenangan estetik dan konsep keindahan menjadi pertemuan antara seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Misalnya, bagi orang yang berilmu, jika menemui objek alam seperti bunga, serangga dan sebagainya ia akan melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaan terhadap objek tersebut. Menurut Sidi Ghazalba,seorang seniman Islam menyatakan perkaitan antara seni dan Islam. Kata beliau, ”motif seni dalam Islam adalah ’kerana Allah untuk manusia’. Islam menghendaki supaya seni itu dilaksanakan berlandaskan akhlak Islam(nilai baik dan bebas dari nilai haram). Islam menyatakan yang indah itu baik dan baik adalah nilai akhlak(etika). Seterusnya akhlak dibentuk oleh ajaran al-Quran dan Hadith.
Menurut tokoh seni Malaysia pula misalnya, Syed Ahmad Jamal yang juga merupakan seorang guru mengatakan seni tampak ialah rupa dan jiwa. Bagi beliau, seni ialah sesuatu yang indah berlandaskan akal, etika, dan proses. Menurut Iberahim Hassan pula, seni merupakan rekod pencapaian manusia, manifestasi nilai dan kepercayaan menusia yang dijelmakan menerusi karya seni atau bentuk-bentuk tampak
1.2.3 APAKAH ITU PENDIDIKAN SENI
Iberahim Hassan (2000) menjelaskan pendidikan seni adalah suatu bidang ilmu yang boleh memberi pendidikan yang mana mencabar keupayaan individu membuat pemerhatian, pengamatan, penaakulan, pemilihan, pentafsiran dan penterjemahan idea kepada bahan atau media. Beliau turut menyatakan bahawa pendidikan seni merupakan satu disiplin ilmu yang melibatkan ketiga-tiga domain manusia.
2.0 SEJARAH PENDIDIKAN SENI DI MALAYSIA
Bermulanya pendidikan seni secara formal di negara kita,Malaysia adalah pada tahun
1816. Iaitu sekolah yang terawal mengajar matap pelajaran pendidikan seni ialah ‘Penang Free
School’ yang ditubuhkan pada tahun 1816. pada ketika itu seni diajar mengikut gaya pendidikan
barat.
Pendidikan seni terus dikembangkan oleh seorang seniman tersohor negara iaitu Abdullah Ariff. Beliau merupakan seorang guru dan penyelia lukisan di ’Anglo Chinese School’, di Pulau Pinang. Pada tahun 1949, belau menjadi pengerusi Kesatuan Kesenian Guru Pulau Pinang dan beliau merupakan ahli Penang Impressionist.
Seterusnya di Pulau Pinang juga pada tahun 1906, Chong Hua Confusius Pulau Pinang
memperkenalkan mata pelajaran seni kaligrafi dan anyaman yang diajar dalam bahasa Cina.
Pada tahun 1916 pula Laporan Winstedt dikeluarkan bagi memperkemas sistem pendidikan rendah di Tanah Melayu. Antara yang dinyatakan di dalam laporan tersebut ialah sekolah melayu dan maktab mengajar mata pelajaran lukisan dan subjek anyaman diletakkan di bawah subjek sains pertanian.
Seterusnya berkembanglah pendidikan seni di negara ini yang dipacu oleh institusi- institusi pendidikan, buku-buku, pertubuhan seni, dan dasar-dasar pendidikan. Antara intistusi pendidikan yang menawarkan pendidikan seni ialah sekolah-sekolah, Sultan Idris Training College (1922), maktab perguruan ilmu khas Kuala Lumpur(1960),institut Teknologi Mara (1967), Universiti Sains Malaysia,Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 1997(yang berasal dari Sultan Idris Training College- Maktab Perguruan Sultan Idris-Institut Perguruan Sultan Idris- Universiti Pendidikan Sultan Idris ), dan banyak lagi.
Buku-buku yang diperkenalkan bagi mengajar subjek seni antaranya ialah Art and Crafts oleh R.O Winstedt mengenai sejarah seni dan seni pertukangan, Pedoman Guru Penggal Pertama(1928) oleh Winstedt juga yang berkenaan pengajaran lukisan dan kerja tangan, buku Craft Work 1932 Third Year Practical ork for Senior Schools yang ditulis oleh Taylor dan Snell,
Buku Panduan Guru 1957 terbitan Kementerian Pelajaran Persekutuan tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka, The Art Paper(1958) oleh Marjorie Clark dan W.T. Swinbanks yang diterbitkan oleh Donald Moore dan seterusnya terdapat pelbagai buku lagi yang diterbitkan.
Pendidikan seni di negara kita juga dipacu oleh kewujudan pertubuhan dan institusi seni. Antaranya ialah Wednesday Art Group (1951) yang diasaskan oleh Peter Harris (seorang pengawas seni lukis di Kementerian Pelajaran), Majlis Kesenian Malaya (1952) yang diasaskan oleh Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin Hj. Abbas, Penang Teachers’ Art Circle, Malay Teachers Union (1954), Thursday Art Group (1957), Balai Seni Lukis Negara, dan lain- lain.
Dasar kerajaan juga memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan seni misalnya Penyata Rahman Talib. Pihak yang memainkan peranan sebagai pusat perkembangan kurikulum yang bertanggungjawab menggubal kurikulum pendidikan seni adalah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ini membuktikan bahawa mata pelajaran pendidikan seni adalah antara mata pelajaran yang penting sejak dahulu lagi terutama sekali sewaktu zaman penjajahan British kerana orang Barat memandang seni dalam ruang lingkup dan skop yang luas. Bagi mereka seni adalah sesuatu yang serius dan penting. Oleh itu, pemikiran seperti inilah yang harus diterapkan dan ditanam dalam minda masyarakat di Malaysia.
3.0 PENDIDIKAN SENI MASA KINI
3.1 PENGENALAN
Masyarakat harus sedar bahawa pendidikan seni bukan seperti dahulu. Pada masa kini, ruang lingkup dan cakupan dalam pengajaran seni adalah luas selari dengan arus kemodenan dunia. Penyesuaian pengajaran pendidikan seni di sekolah di negara kita dapat dilihat menerusi perubahan bagi nama mata pelajaran pendidikan seni itu sendiri. Bermula dengan nama Lukisan dan Pertukangan Tangan berubah kepada Lukisan dan Kerja Tangan, seterusnya Lukisan dan Kraf Tangan, kemudian dipermudah kepada Lukisan sahaja, seterusnya diubah kepada Pendidikan Seni dan kemudian diubah pula kepada Pendidikan Seni Visual sehingga kini.
Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.
Setiap perubahan nama yang dilakukan bukanlah secara membuta tuli sahaja. Akan tetapi melambangkan apa yang ingin disampaikan oleh mata pelajaran ini. Jika dilihat pada nama subjek pendidikan seni visual, apa yang ingin ditunjukkan di sini bahawa mata pelajaran ini mengajar bidang seni yang luas dan dapat ditatap dan dilihat oleh semua manusia
3.2 MATLAMAT PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.3 APAKAH YANG DIAJAR DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL?
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah disusun bertujuan
melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran.
Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.
Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian
dan mengenali cita rasanya sendiri.
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.
4.0 ”MENGAPAKAH PELAJAR KEBANYAKKANNYA TIDAK MENGGEMARI
SUBJEK PENDIDIKAN SENI”
Namun begitu, mengapakah matapelajaran ini tidak diminati ramai oleh pelajar? Sedangkan ianya juga memainkan peranan penting pada era millenium masa kini. Seni masa kini bukanlah suatu bidang yang sempit lagi. Ianya meliputi bidang industri dan teknologi terutamanya dalam aspek reka cipta industri. Tetapi mengapa hal ini berlaku? Dalam masalah ini kita boleh kategorikan puncanya kepada beberapa faktor iaitu faktor pelajar itu sendiri, guru, persekitaran kelas pendidikan seni, ibu bapa dan juga kerajaan.
4.1 FAKTOR DIRI PELAJAR:
Seperti yang kita tahu, setiap orang mempunyai bakatataupun kecerdasan yang berbeza. Seperti yang dinyatakan oleh Howard Gardner dalam Teori Kepelbagaian Kecerdasannya. Ianya mengatakan bahawa terdapat sembilan kecerdasan bagi setiap manusia iaitu kecerdasan logik matematik, muzik, kinestetik, naturalis, verbal linguistik, interpersonal, intrapersonal, visual ruang dan eksistensialisme. Seni termasuk dalam kecerdasan ruang visual dan ada juga naturalis yang mana memerlukan kepekaan terhadap alam sekeliling.
Begitu juga halnya bagi pelajar. Setiap dari mereka mempunyai kemahiran yang berbeza-beza. Maka dengan itu minat mereka juga berbeza-beza. Tidak ramai yang berbakat dalam bidang seni. Ini kerana mungkin mereka mempunyai bakat dalam bidang lain dan lebih meminatinya berbanding seni..
Walaupun begitu, bakat seni ini bukanlah tidak boleh diasah dan dibina. Ianya memerlukan latihan yang gigih dan menganggap yang mereka boleh melakukannya. Apa yang menyebabkan pelajar tidak minat mata pelajaran seni ini ialah mereka tiada keyakinan terhadap diri sendiri.
Bukan dalam bidang seni sahaja, dalam bidang lain pun jika pelajar yakin yang mereka boleh
melakukannya maka mereka pasti dapat hasilnya.
Selain itu, sikap pelajar yang menganggap subjek pendidikan seni ini adalah leceh dan
menyusahkan. Ini kerana dalam tugasan pendidikan seni, pelajar dikehendaki membawa alatan
dan bahan-bahan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P). Kos penyediaan alatan dan bahan juga turut menjadi faktor. Malah ada yang beranggapan bahawa wang yang digunakan untuk membeli alatan seni adalah lebih baik digunakan untuk membeli barangan keperluan lain.
4.2 FAKTOR CARA PENGAJARAN GURU
Apa yang menyebabkan pelajar tidak meminati matapelajaran ini bukan sahaja disebabkan diri mereka, malah juga disebabkan oleh guru yang mengajar subjek tersebut. Dalam konteks ini ianya merujuk kepada guru yang terlalu tegas dalam mengajar subjek pendidikan seni. Tegas di sini bermaksud guru tersebut mahu pelajar menyiapkan tugasan mengikut acuannya. Guru tersebut mahu hasil kerja pelajar menjadi seperti yang dimahukan. Malah ada yang lebih teruk, terdapat tugasan pelajar yang tidak dihargai langsung. Misalnya, guru tersebut mengoyakkan dan mencampak kertas lukisan pelajar yang tidak menepati kehendaknya.
Maka dengan itu akan menyebabkan para pelajar tersebut takut untuk masuk ke kelas pendidikan seni kerana takut dimarahi oleh guru. Seterusnya mereka akan menganggap bahawa mereka tidak berbakat seni dan kemudiannya tidak akan meminati subjek tersebut.
Selain itu, faktor pengaruh guru subjek lain juga mempengaruhi minat pelajar terhadap subjek pendidikan seni. Terdapat guru yang memendang rendah subjek pendidikan seni. Malah menganggap pelajar yang mengambil subjek tersebut sebagai pelajar yang lemah dan memandang rendah terhadap mereka. Guru seperti ini juga sering mempengaruhi pelajar lain agar tidak mengambil subjek seni dan mengatakan subjek tersebut tiada masa depan. Maka dengan itu, di atas sifat naif sebagai pelajar, mereka terpengaruh dengan kata-kata guru tersebut.
4.3 FAKTOR PERSEKITARAN KELAS PENDIDIKAN SENI
Persekitaran kelas atau studio seni juga memberi pengaruh. Contohnya ialah kelas yang tidak mempunyai kemudahan untuk melakukan kerja-kerja seni. Dalam kelas seni, kemudahan yang harus ada antaranya ialah paip ( untuk membasuh berus cat), apron, alatan seni yang sukar diperolehi oleh pelajar (pahat ukir, mesin pemutar tanah liat dan lain-lain), dan sebagainya. Ketiadaan alatan ini akan menyebabkan pelajar sukar melakukan tugasan seni yang diarahkan oleh guru.
4.4 FAKTOR IBU BAPA
Selain itu, faktor ibu bapa juga memainkan peranan. Jika ibu bapa memberi sokongan kepada
pelajar untuk mengambil subjek pendidkan seni dan meminatinya, maka pelajar juga akan terus
meminati subjek tersebut. Tapi sebaliknya akan berlaku jika ibu bapa sendiri tidak
menggalakkan anak-anak mereka meminati subjek seni. Kebanyakkan ibu bapa lebih
memandang subjek sains dan matematik sebagai subjek yang boleh menjamin masa depan anak- anak mereka. Bagi mereka, seni bukanlah suatu subjek yang penting. Kerana bagi mereka seni itu hanyalah lukisan dan sesiapa yang meminati seni akan menjadi pelukis di masa hadapan.
Apa yang menyebabkan mereka berfikiran seperti itu ialah sejarah nama pendidikan seni itu sendiri. Ini kerana sewaktu era persekolahan mereka, subjek pendidikan seni dikenali dengan nama subjek’Lukisan’. Jadi, itulah yang menyebabkan mereka menganggap pendidikan seni itu hanya mengajar cara melukis sedangkan pendidikan seni pada masa kini adalah suatu bidang yang luas.
4.5 FAKTOR DASAR KERAJAAN
Dasar kerajaan juga turut menjadi faktor pelajar tidak meminati subjek pendidikan seni di
sekolah. Tindakan kerajaan yang terlalu menumpukan mata pelajaran sains, matematik dan
bahasa Inggeris telah menyebabkan para pelajar malahan guru dan ibu bapa menganggap subjek
tersebut sahaja yang dapat menjamin masa depan negara. Oleh itu mereka tidak menganggap seni sebagai subjek yang penting. Hal ini terbawa-bawa ke dalam P&P, di mana pelajar menunjukkan sikap tidak minat tehadap subjek pendidikan seni malah sanggup memonteng kelas seni.
5.0 CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR TIDAK MEMINATI SUBJEK
PENDIDIKAN SENI
5.1 MEMBERI PENERANGAN MENGENAI BIDANG KERJA YANG BERKAITAN
DENGAN SENI
Dalam dunia yang semakin maju dan mencabar, kita perlu sentiasa menyesuaikan diri dengan situasi semasa. Begitu juga bagi mata pelajaran pendidikan seni. Sukatan pelajaran pendidikan seni masa kini diubah dan disesuaikan dengan keperluan arus kemajuan dan kemodenan selaras dengan keperluan bidang pekerjaan masa kini. Tujuannya adalah bagi memberi input(ilmu) terkini dan bermanfaat kepada pelajar yang mana dapat mendedahkan kepada mereka keperluan seni dalam bidang pekerjaan. Melalui ilmu yang diberikan, diharapkan pelajar dapat mengaplikasikannya di alam pekerjaan.
Seni amat penting peranannya pada masa kini. Terdapat banyak bidang kerja yang memerlukan seni dalam pelaksanaannya. Antaranya ialah bidang seni bina, industri, animasi, pengiklanan, perfileman, grafik komputer, dan banyak lagi. Oleh kerana itu pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia menyesuaikan sukatan pelajaran dengan bidang kerja masa kini bagi menyediakan pelajar ke arah alam pekerjaan
5.2 MENYESUAIKAN SUKATAN PELAJARAN DAN SOALAN PEPERIKSAAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL DENGAN SITUASI MASA KINI
Soalan-soalan peperiksaan bagi subjek pendidikan seni juga disesuaikan. Misalnya, pada tahun 2004, pelajaran Tingkatan Lima yang mengambil subjek pendidikan seni perlu membuat kerja kursus menghasilkan produk pembungkusan bagi kertas 3 pendidikan seni visual Sijil Pelajaran Malaysia. Ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar kepada bidang industri. Pada tahun 2006 pula, para pelajar Tingkatan 6 Atas yang mengambil subjek pendidikan seni mendapat tugasan pilihan bagi kertas 3 pendidikan seni visual. Antara tugasannya ialah menghasilkan reka bentuk dalaman ruang legar sebuah syarikat menggunakan perisian komputer. Tujuannya adalah bagi mendedahkan para pelajar kepada bidang seni reka bentuk dalaman dan seni grafik.
5.3 PIHAK SEKOLAH MENGADAKAN BULAN APRESIASI SENI
Pihak sekolah pula boleh memainkan peranan iaitu dengan mengadakan minggu atau bulan apresiasi seni. Di mana pelbagai aktiviti mengenai seni di adakan sepanjang bulan tersebut. Anatra aktiviti yang boleh dijalankan ialah bengkel kesenian bagi setiap bidang seni seperti seni batik, ukiran, catan, arca, reka bentuk industri dan lain-lain. Pertandingan-pertandingan kesenian juga boleh diadakan bagi menarik minat para pelajar.
5.4 PIHAK KERAJAAN MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK PELUANG PEKERJAAN
BERKAITAN SENI
apabila kerajaan memperbanyakkan peluang pekerjaan berkaitan seni, maka sudut pandangan masyarakat yang terdiri daripada ibu bapa dan juga pelajar itu sendiri akan berubah. Mereka akan memandang seni juga adalah satu subjek yang dapat menjamin masa depan.
6 .0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pendidikan seni pada masa kini adalah satu mata pelajaran yang sangat penting sepertimana subjek-subjek lain terutama sekali di dalam dunia yang semakin mencabar pada masa kini. Seni diaplikasikan dalam setiap bidang ilmu dan bidang kerja. Sepertimana yang dikatakan oleh Walter Gropius,”seni seharusnya memberi faedah dan berfungsi kepada
kehidupan seharian dan masyarakat. Bukan sekadar untuk menyatakan hasrat diri”.
Maksudnya antara fungsi seni adalah memberi manfaat kepada manusia iaitu dengan menggabungkan seni halus (tradisional) dengan seni gunaan untuk kehidupan seharian. Ilmu dalam bidang seni yang dipelajari dapat membantu pelajar dalam hidup mereka iaitu dengan mengaplikasikannya dalam hidup mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)