Assalamualaikum.....Salam Sejahtera........Salam 1 Malaysia..............Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan al-Mubarak semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat ......amin ..ya..rabulalamin...

Friday, 10 July 2009

Kajian Catan

A. KAJIAN LITERATUR

A.i Latar Belakang Sejarah

a) Catan

Pada zaman Mesolitik (15000 SM hingga 10000SM) merupakan zaman yang terdapat lukisan-lukisan prasejarah. Lukisan itu menggambarkan kehidupan dan aktiviti harian mereka. Karya-karya mereka pada zaman itu telah mula memperlihatkan corak-corak yang menambahkan lagi kesan kuasa ghaib. Media yang digunakan pada masa itu ialah darah binatang hasil dari pemburuan. Darah tersebut menghasilkan warna merah. Jelaga lemak haiwan pula untuk menghasilkan warna hitam. Manakala biji-biji kuning yang ditumbuk untuk menghasikan warna kuning. Warna hijau pula terdapat daripada tumbuh-tumbuhan.
Begitu juga dengan zaman Neolitik hasil karya mereka hampir serupa yang digunakan oleh manusia zaman Mesolitik iaitu darah untuk menghasilkan warna merah, Manganam oksid, jelaga lemak dan arang untuk mendapatkan warna hitam. Manakala bijian yang dihancurkan dengan batu untuk dicampurkan pula dengan darah haiwan, madu,tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan boleh mendapatkan warna coklat dan jingga.
Pada zaman Renaisans seni catan berkembang pesat. Tokoh-tokoh pada masa itu seperti Leornardo Da Vinci, Rapheal dan Michealangelo merupakan pelukis-pelukis yang tersohor. Pada zaman itu ,subjek yang ditekankan iaitu agama. Ia terus menjadi penting di mana gambaran dan imej yang diilhamkan dari Bible atau cerita agama terus menguasai karya-karya pelukis. Kisah seperti “The Last Super” dan imej “Madonna and Child” merupakan subjek yang paling popular. Walaupun zaman Renaisans berakhir seni catan terus berkembang dengan pelbagai teknik dan teori dilakukan untuk menghasilkan catan yang baik dan berkualiti.

b) Catan Media Campuran
Karya catan ‘mixed media’ atau media campuran dikenali awal abad ke-20 iaitu aliran Kubisme yang dipelopori oleh Pablo Pissaco yang menggunakan bahan selain cat minyak, cat air atau akrilik yang biasanya digunakan untuk karya 2D. Beliau menggunakan potongan kertas atau kolaj untuk menghasilkan catannya yang bertajuk ‘Three Musicians’ antara 1910 hingga 1912.
Media campuran merupakan gabungan kolaj dan assemblaj sebagai teknik menghasilkan karya. Ia mengalihkan kongkongan realistik atau lukisan berupa dalam seni tampak.Karya awal ‘mixed media’ lebih menggunakan material seperti metal, barang kemas dan perhiasan berbanding kini ia terdiri dari gabungan pelbagai bahan. Bagaimana pun penggunaan aspek formalistik tetap sama.
Antara artis yang menggunakan ‘mixed media’ adalah Carlo Crivelli yang menggunakan kayu, kaca dan perhiasan untuk karyanya yang bertajuk St.Peter.Henry Matisse menggunakan cat gouche dan potongan kertas menghasilkan Sorrows Of The King pada 1952; mana kala Rauschenberg menghasilkan Reservoir pada 1961 dengan menggabungkan cat dan paku dalam karyanya.
Walaupun pada peringkat awal abad ke 20, para pengkarya masih berpegang kepada pengertian tradisional seni catan iaitu mereka masih lagi melukis figurative, alam sekitar dan alam benda.
Pertumbuhan pelbagai aliran seperti kubisme, surealisme dan pop art menyebabkan catan tradisional semakin ditinggalkan. Pengabungjalinan aliran ini membentuk aliran untuk membuat catan mixed media. Di dalam catan media campuran teknik yang digunakan banyak kolaj dan asemblaj. Ini dapat dilihat dengan adanya pameran yang terbesar di Museum of Modern Art (New York) yang mempamerkan karya asemblaj yang bertajuk “The Art of Asemblaj” pada tahun 1961 . Pada tahun itu merupakan satu langkah pembaharuan di dalam dunia catan di mana penghasilan karya ini adalah gabungan bahan catan dengan bahan lain. Kebanyakan bahan catan media campuran seperti aluminium, perspek, kaca, lutsinar, kayu, plastik,bahan-bahan buangan dan lain-lain lagi.
Sekumpulan daripada 30 dan 40 pengkarya untuk meneroka semula kebebasan membuat dan menghasilkan catan di mana teknik kolaj dan asemblaj digunakan dan ditekankan. Mereka tidak memutuskan dalam kesinambungan dari kubisme dan surealime.

Artis dari Negara Amerika iaitu Joseph Cornell merupakan contoh membuat dan mencipta penimbang kecil Puisi asemblaj di dalam sebuah kotak. Ini merupakan catan media campuran. Pada awal tahun30-an, beliau merupakan orang yang pertama yang masih berpendirian surelisme di Julien Levy Gallery di New York 1932. Beliau telah mengadakan pameran yang bertajuk “ Minutiae Glass Bells, Shadow Boy, Coup d’Oeil, Jouets Surealistes’.
Kerja Cornell (Plates 109-110) merupakan contoh sempurna titik-titik daripada William C. swseitz di buku perhubungan isu bersama “Art of Asemblaj” menunjukkan secara kias latihan daripada asemblaj mengumpulkan bahan dari aras hubungan formal dari persatuan pensyair menggunakan perkataan dan nombor secara rasmi . Perubahan turut mempengaruhi di dalam lukisan Abstrak Expressionis di mana sesuatu bentuk di dalam sederhana.
Di dalam aliran abstrak expresionis iaitu Alfonso Ossorio merupakan artis Filipina yang telah belajar dan bergaul dengan artis di sekolah New York dan memulakan teknik kolaj yang baru di akhir 50-an. Di dalam karyanya yang kalut pengumpulan daripada pelbagai bentuk dan bahan memperlengkapkan makna daripada kaligrafi rumit satu dijumpai dalam karya Pollock dan mempunyai tujuan yang sama untuk memperbaharui kepekaan seseorang artis. Ramai pengkarya menggunakan teknik asemblaj dalam karya mereka di akhir 50-an dan awal 60-an.

c) Sejarah seni catan media campuran tempatan.
Secara umunya terdapat tiga faktor yang telah mempengaruhi perkembangan seni catan moden di Malaysia iaitu factor pertama penjajahan Inggeris, penghijrahan bangsa dagang dan dtatus pendidikan. Sejarah seni catan moden Malaysia bermula pada awal sekitar 1930-an menrusi karya-karya Abdullah Ariff, Yong Mun Sen dan lain-lain . Stail yang baru dipersembahkan di dalam tradisi visual tempat dengan menggunakan kaedah perintis ini telah memperkenalkan pendekatan kaedah seni catan easel Barat untuk mempersembahkan subjek mereka sebelum ini. Perubahan stail dan konsep karya seni ini merupakan titik peralihan menandakan kelahiran seni lukis moden dengan penghasilan catan mixed media.

Perkembangan catan mixed telah dipelopori oleh ramai artis-artis catan pada tahun 1990-an. Pengolahan catan mixed media yang mencipta simbol-simbol baru yang menghubungkan karya-karya seni moden denga ikongrafi tempatan. Antaranya ialah Choong Kam Kow dan Din Omar yang memetik motif-motif budaya permakanan tempatan sebagai subjek kajian masing-masing. Choong Kam Kow menghasilkan catan yang mengabungkan bentuk kuih tradisi dengan memberi penekanan kepada pembungkusannya yang dapat dianggap simbol kepada konsep kesatuan dalam kebudayaan Malaysia. Ketupat dan Pulut panggang menjadi sebahagian dariapd abentuk yang diketengahkan. Sementara itu , Din Omar pula memindahkan imej dan bentuk nasi bungkus ke permukaan catan serta arcanya bagi mewakili isu-isu budaya tempatan dan antarabangsa. Pendekatannya ini, sebagaimana tercermin dalam ‘Nasi Bungkus:Antara Dua Hidangan” (1991) mirip kepada stail pop Art, khususnya seperti karya-karya Claes Oldenburg. Dengan menggunakan bentuk nasi bungkus , Din telah meperkayakan penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia catan moden Malaysia.
Dekad 1990-an merupakan titik permulaan catan mixed media di mana ia menyaksikan kemunculan pelukis muda berpotensi dan berbakat besar yang lebih gemar kepada pengolahan mixed media dalam berkarya. Antara mereka iaitu Zulkifli Yusof, Mohd. Khalil Amran, Ahmad Hukri Mohamed, Tan Chin Kuan, Bayu Utomo Radjikin, Din Omar dan Raja Shariman.
Kebanyakan daripada pelukis muda ini menggarap permasalahan sosial menerusi karya-karya mereka. Zulkifli Yusof sebagai contohnya mengutamakan isu perpecahan kaum menrusi buah-buah catur yang menjadi kiasan kepada percaturan dan perbuatan kuasa. Manakala Tan Chin Kuan pula membicarakan isu-isu sosial menerusi imej-imej suasana negatif. Suatu trend dan fenomena baru bagi pelukis-pelukis muda ini ialah dari segi penghasilan karya-karya yang berukuran besar. Tidak dinafikan bahawa karya-karya mereka berukuran besar lazimnya mempunyai kesan yang kuat ke atas penontonnya. Itulah perkembangan catan mixed media.

No comments:

Post a Comment