Assalamualaikum.....Salam Sejahtera........Salam 1 Malaysia..............Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan al-Mubarak semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat ......amin ..ya..rabulalamin...

Sunday, 12 July 2009

Kolaj, Assemblaj dan Combine Painting

PENGOLAHAN BAHAN DALAM TEKNIK BERKARYA
Terdapat berbagai cara yang boleh digunakan untuk menjadikan sesuatu karya itu menjadi bahan campuran. Dalam pemilihan bahan-bahan tersebut seseorang artis itu perlulah tahu jenis dan teknik yang dikehendakinya. Pengetahuan tentang nilai bahan-bahan dan caranya mungkin didapati samada dipelajari dari buku ataupun melalui sendiri pengalaman menghasilkan sesuatu yang baru.
Kekuatan sesuatu bahan itu juga perlu diketahui oleh pengkarya itu bagi memastikan samada ianya mempunyai ketahanan yang kuat ataupun lemah . Di sini terdapat sedikit sejarah bagaimana permulaan dan beberapa teknik yang selalu digunakan di dalam menghasilkan sesebuah karya.
Teknik tersebut ialah college,yang merupakan permulaan kepada kesemua teknik yang hadir selepasnya.Berikutan itu lahirlah seperti teknik-teknik seperti Assemblage, Combine Painting, Fibric, Fumage, Brulage, Decoupage, Affiches Laceres, Dechirage, Froissage, Frottage dan bermacam-macam lagi. Disini,kajian tentang media campuran ini hanya menitikberatkan terhadap beberapa pengolahan sahaja.


A.ii.i Collage
Collage (kolaj) ialah di mana dapat ditafsirkan sebagai satu permulaan seni catan moden yang menggunakan bahan-bahan yang berbentuk kertas yang terkenal di dalam karya Pablo Picasso. Papier de college ini telah mula digunakan dan telah mula menjadi satu seni yang baru. Dari tahun 1906-1914 merupakan satu era di dalam seni dengan adanya karya-karya yang membezakan dari segi pengolahan yang tidak tunduk kepada tradisi.
Ia merupakan satu era yang penting di mana ia merupakan zaman era moden yang memisahkan di antara yang lama dan baru. Picasso dan Braque merupakan pengkarya yang disebut-sebut sebagai pembawa kepada perubahan ini.
Selepas Cezanne mengenengahkan konsep 'Construction' terhadap 'nature' dengan meletakkan bentuk-bentuk kon, bulat segi empat dan segi tiga sebagai mewakili nature iaitu menganggap apa yang dilihat kepada nature ini boleh dibentukkan sebagai satu keadaan bergeometrik, sebagai contohnya pokok menjadi kon, rumah menjadi segi empat.
Bagaimanapun Picasso dan Braque pula mendapati ia adalah sebagai satu jalan pembentukan 'collage'. Mereka kemudiannya membuat eksprementasi yang dikenali sebagai 'Analytic Cubism' iaitu gagasan dari Cezanne, yang kemudiannya dimasukkan pula keratan akhbar, tiket, urat-urat kayu dan berbagai lagi kesan jalinan di dalam karya mereka. Mereka memasukkan sesuatu 'form' itu tanpa mengubah akan bentuk asalnya dan kekal sebagai bentuk dan rupa sendiri.

Picasso menjelaskan bagaimana ia bermula dengan kolaj ini sebagai,
" It was a small painting, a still life serrounded by an oral form made rope, that for the first time introduced as a tangble element a small piece of oil cloth resembling chair canning".
Ia menambah lagi,
" there is no such thing as any material being worthing or unworthy as a mean of creative expression, as long the artist in fuses it with creative feeling".
Jadi collage ini adalah sebagai satu permulaan dalam seni catan moden akibat perasaan ingin tahu para pelukis di dalam mencari sesuatu yang baru. Imej-imej yang dilekatkan itu masih lagi menunjukkan akan sifat-sifat asal mereka.
Selalunya kolaj ini hanya menggunakan satu lapisan atau nipis seperti keratan akhbar, tiket dan sebagainya. Kadangkala kewujudan mereka hanya melalui tampakan mata dan mendatar. Permukaan yang selalu dikolaj itu kebanyakannya masih bersifat 2D.

A.ii.ii Assemblage
Tidak seperti kolaj, ianya lebih 'berbentuk' dan 'bersifat' kepada kualiti relief. Penyusunan dari welding besi, gum antara permukaan, objek yang dijumpai (sebagai contoh ) telah dimasukkan bersama menjadi satu karya.
Artis seperti Schwitters, Merz dan Dubuffets telah memulakan karya-karya yang berbentuk Assemblage. Sebagai contoh mereka mengambil bahan-bahan yang terbuang dan tidak dipakai diambil dan di simpan yang kemudiannya di 'kompos' kembali menjadi satu karya. Sebagai contoh seperti akhbar, stamp, tali, kayu, besi, plastik, ( Sekadar menyebut beberapa bahan ) yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu.
Pembuatannya oleh Charlotte Weilder, "He spread flour and water over the paper, then moved and shulted and manipulated his scraps of paper around in the paint while the paper was wet. With his finger tips he worked little piece of crumpled paper into the wet surface;also spread tints of water colour or gouches around to get variation in shadings of tone".
Manakala kepada Max Ernst pula ialah kepada eksplorasi,
" the fortuitous ecounter upon a non suitable plane of two mutually distant realities".
Menghampiri kepada seni ialah ia berbentuk cembung dan lebih kepada eksplorasi teknikal dan keputusan yang lebih tegas terhadap pengalaman seseorang itu.
Assemblage ini ialah turutan kepada perkembangan collage yang telah dimajukan dalam seni dengan penambahan-penambahan dan penerokaan baru dengan menjadikan sesuatu catan itu lebih kepada relief. Menggunakan bahan-bahan yang dikutip atau jumpa yang kemudiannya di kompos'kan kembali.

A.ii.iii Combine Painting
Seni ini telah diasaskan oleh dua orang pelukis Barat iaitu Robert Rauschenberg dan Jasper Johns.Ianya adalah lanjutan dari seni yang telah dibawa oleh golongan 'Dada'. Mereka ini termasuk di dalam 'Pop Art' dan lebih dikenali sebagai 'Neo-dada'. Seni ini memperlihatkan akan pertemuan dan percantuman antara seni 2D dan 3D. Seni yang telah dibawa oleh golongan dadaisme juga berkemunculan seperti ini tetapi masih lagi berbentuk relatif tetapi seni kombinasi ini telah terkeluar dari peraturan catan secara total.
Rauschenberg secara berani telah memaparkan seni sebegini dalam 'Canyon' di mana ia memasukkan objek-objek persekitaran yang lebih berbentuk seperti burung dan bantal. Begitu juga dengan karyanya'First landing Jump', dengan menggunakan tayar kayu berserta objek lain. Begitu juga karya-karya oleh Jasper Johns dalam siri 'Target' nya. Tetapi melalui pengkaryaan oleh Jasper John ini, kebanyakan karyanya lebih mementingkan teknikal seperti 'casting'.
Seni ini yang bersekitaran permulaannya di tahun 50an telah berkembang hinggalah ke masakini. Objek dari persekitaran samada dari 'man-made' mahupun 'natural object' dikombinasikan sekali meliputi seni yang tak terbatas.
Kesimpulannya, seni 'combine' ini telah hadir setelah penerokaan oleh golongan Kubisme, Dadaisme yang seterusnya memperluaskan seni berbentuk 'Collage' sehinggalah ke seni Kontemporari.
Selain daripada kelahiran golongan yang mengamalkan seni campuran ini, perkara yang berkaitan dengan teknikal juga penting di dalam pembuatannya. Terdapat beberapa \teknikm dan keberkesanannya sewaktu menjalani proses.

No comments:

Post a Comment