1. KONSEP
· Perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya
· Matlamatnya: Melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih holistik.
Ø Teori konstruktivisme – Kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.
Ø Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Penggabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dan dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh.
Ø Howard Gardner (1983) – Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
Ø Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concept” yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.
Ø Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif, personal dan intrapersonal, praktik dan estetika, holistik dan analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.
Ø Leornardo da Vinci – Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau mengabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupannya.
· Seni Dalam Pendidikan akan:
Ø Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata murid di sekolah menjadi lebih seronok.
Ø Membantu anda memahami diri sendiri.
Ø Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah.
Ø Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional.
Ø Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.
No comments:
Post a Comment