• Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak bidang:
i. Menggambar
ii. Membuat Corak dan Rekaan
iii. Membentuk dan membuat binaan
iv. Mengenal Kraf Tradisional
Estetika dalam Pendidikan Seni Visual
a) Peniruan (menterjemah secara langsung objek) sebagai representasi gambar dan imej
b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi – sedih, gembira
c) Menggunakan Kaedah Formalistik – penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk dan rupa.
d) Keaslian – keunggulan idea atau gagasan
Unsur-unsur Seni
a) Garisan
b) Warna
Warna terdiri daripada:
i. Warna asas – biru, merah dan kuning
ii. Warna sekunder – kuning dicampur biru = hijau, merah dicampur biru = ungu, kuning dicampur merah = oren
iii. Warna tertier – warna asas + warna sekunder
c) Jalinan
Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus , kesat dan sebagainya.
Jalinan wujud secara semula jadi atau dari buatan manusia.
Jalinan yang wujud secara semula jadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa.
Jalinan terbahagi dua jenis:
i. Jalinan tampak
ii. Jalinan Sentuh
d) Rupa
Cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan.
Rupa organik (garisan luaran yang berbagai) dan rupa geometri (bentuk yang khusus)
e) Bentuk
Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu
i. Bentuk Ilusi (maya) – dalam bentuk gambar, catan, foto, illustrasi, adalah berbentuk dua dimensi
ii. Bentuk konkrit – bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang
f) Ruang
Merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek
Prinsip Rekaan
a) Harmoni
situasi yang selesa
b) Penegasan
menarik perhatian si pemerhati
c) Imbangan
agihan ruang dari segi kedudukannya
d) Kontra
percanggahan atau berlawanan dengan ciri-ciri
e) Pergerakan
sebagai kekuatan imej gambar itu
f) Kesatuan
menimbulkan sesuatu tema atau keseragaman pendapat
g) Kepelbagaian
kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan persembahan.
HBAE1103 PENG. PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE3303 PENG. SEJARAH SENI DAN SEJARAH SENI BARAT HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF2503 KAJIAN DALAM PENDIDIKAN HBSS1203 HALA TUJU PEMBANGUNAN NEGARA HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA HBSS3203 PENG. SOSIOLOGI HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN PS2051P(1)R PENDIDIKAN SENI VISUAL PS1311P4 PENDIDIKAN SENI VISUAL 1 SSS1112 STUDIO RB DALAMAN SSS1102 STUDIO RB LANSKAP SSS2152 S KRAF KAYU HALUS
Wednesday, 20 July 2011
Friday, 8 July 2011
TOPIK 3 DERIA DAN SENI
Perkembangan Kepekaan Deria
Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deria semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun, mula matang ketika berumur 6-12 tahun.
Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak. Sebelum kanak-kanak itu mula untuk berbahasa.
· Mendengar melibatkan deria telinga. Untuk aktiviti yang dijalankan pada deria ini lebih menumpukan kepada persoalan apa yang mereka dengan?
· Melihat menggunakan deria mata yang mengakibatkan pengamatan dan pemerhatian.
· Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar, membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya.
Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran pergerakan.
· Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan positif terhadap aktiviti pembelajaran.
· Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkn dengan pelajaran baru.
Ø Hidu lebih menekankan kepda aspek penanggapan dengan penekanan kepada strategi:
§ Kebolehan Mental Pelajar – Setiap pelajar mendapat pembelajaran optima mengenai konsep yang diagar oleh guru.
§ Pendekatan Pengajaran- untuk membentuk penganggapan yang baik.
§ Pendekatan Inkuiri Penemuan- Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
§ Pendekatan Resepsi- Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar.
§ Pendekatan Deduktif- Guru menghuraikan prinsip dan ciri- ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti dengan contoh- contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.
Kepentingan Kepekaan Deria
· Pancaindera (telinga) – pemprosesan kognitif
· Gambar kereta (alam sekitar)
· Otak manusia (pengamatan) (apabila kereta berlanggar)
· Manusia sakit (penanggapan) konsep.
Monday, 4 July 2011
TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI
1) Berdasarkan teori Pembelajaran Maslow
· Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan pakaian.
· Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif.
· Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai.
· Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar.
· Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif.
(a) Jasmani dan fizikal yang sihat
· Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya.
· Untuk itu, penyediaan pemakanannya adalah penting untuk perkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar yang sihat.
(b) Emosi yang stabil
· Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu bapa dan guru ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contoh-contoh yang terbaik.
(c) Kerohanian yang membanggakan
· Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi.
(d) Kefahaman intelek yang tinggi
· Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir dengan tepat sebelum membuat sesuatu tindakan.
(e) Perhubungan sosial yang menggalakkan
· Perhubungan sesama kanak-kanak hendaklah dalam keadaan yang harmoni dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada perbalahan.
(f) Kefahaman tentang nilai-nilai estetik
· Setiap kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang terdapat dalam pendidikan seni visual.
(g) Estetik
· Latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau dilakukan
· Diterapkan ke dalam minda kanak-kanak maka konsep estetik dapat ditanam seterusnya.
Seni dan Perkembangan JERISE Kanak-kanak Mengikut Tahap
1) Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak
· Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir. Perkembangan berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi (proximodistal).
· Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.
· Perkembangan berlaku daripada keadaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu.
· Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secra tetap tetapi dapat dilihat daripada perubahan sifat.
· Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir hayat, iaitu peringkat matang.
· Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fizikal dan pembelajaran.
· Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
Mengenal Konsep Aktiviti Motivasi Pembelajaran Mengikut Tahap Perkembangan JERISE
1) Ciri-ciri perkembangan dan ciri-ciri ekspresi
· Beri peluang untuk bekerja dengan berbagai-bagai bahan, cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong.
· Aktiviti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak, seperti menyentuh, mengguling, mengguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu.
· Aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati.
Mengenal Konsep Aktiviti untuk Melibatkan Murid Secara Aktif, Kreatif dan Menyeronokkan.
1) Kreativiti
· Proses kreativiti boleh melibatkan
- Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti
- Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.
- Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.
2) Pemahaman
· Aktiviti pergerakan – Memahami asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat badan dan daya atau aliran.
· Aktiviti bermain – Memperkembangkan konsep pembentukan kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi, sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni.
· Lagu – Di dalam lagu, kanak-kanak akan dapat menambahkan keyakinan diri.
· Aktiviti lakonan – Dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi, menjadikannya sebagai seorang yang kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan diri.
3) Konsep kesedaran sendiri
· Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha pembelajaran.
· Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran.
· Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya mereka sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan kendiri dan keyakinan.
· Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya.
· Menggalakkan interaksi positif di kalangan rakan sebaya.
· Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting.
Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.
Monday, 27 June 2011
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
1. KONSEP
· Perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya
· Matlamatnya: Melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih holistik.
Ø Teori konstruktivisme – Kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.
Ø Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Penggabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dan dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh.
Ø Howard Gardner (1983) – Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
Ø Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concept” yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.
Ø Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif, personal dan intrapersonal, praktik dan estetika, holistik dan analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.
Ø Leornardo da Vinci – Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau mengabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupannya.
· Seni Dalam Pendidikan akan:
Ø Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata murid di sekolah menjadi lebih seronok.
Ø Membantu anda memahami diri sendiri.
Ø Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah.
Ø Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional.
Ø Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.
Friday, 24 June 2011
Selamat Datang Ke Kursus WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN
Salam sejahtera, salam satu Malaysia kepada pelajar kumpulan H9 Matematik dan PC Semester 4 / 2011, selamat datang ke Kursus Wajib WAJ 3107 Seni Dalam Pendidikan. Sebelum anda menghadiri kuliah, pastikan anda membuat persediaan yang baik.
Thursday, 24 February 2011
Capan Tahun 1
Mata Pelajaran :Pendidikan Seni Visual
Tahun :2 Biru
Umur :8 Tahun
Bilangan Murid :28 Orang ( Lelaki = 18 orang, Perempuan = 10 orang)
Tarikh :21 Mei 2008
Hari :Selasa
Masa :9.45 – 10.45 pagi
Bidang :Membuat Rekaan dan Corak
Teknik :Capan
Tajuk Pembelajaran : Membuat rekaan dan corak
- murid mempelajari tentang teknik capan untuk menghasilkan corak
Hasil Pembelajaran :Di akhir proses P&P murid akan dapat:
- menghasilkan satu corak dengan menggunakan teknik capan ubi kentang
Kemahiran Berfikir : - Mengenalpasti - Menyusun atur
- Membuat pilihan - Menjana idea kreatif
- Menghubungkait - Mengingati semula
- Mencirikan - Pengolahan
- Keseragaman
Penerapan Nilai Murni : - Berdisiplin - Menghargai pendapat kawan sekelas
- Keyakinan diri - Menjaga kebersihan
- Berani menjawab - Berhati-hati
Alat Bantu Mengajar (ABM) :Komputer riba (Persembahan Elektronik)
v Ubi kentang
v Contoh ukiran pada ubi kentang
v Teknik capan
Bahan | Langkah |
Ubi kentang | Set induksi |
Contoh ukiran pada ubi kentang | Langkah kerja |
Teknik capan | Langkah kerja |
- ubi kentang - warna air - Pisau NT - Berus lukisan - Bekas pembancuh warna - Kertas lukisan | Langkah kerja |
Pengetahuan Sedia Ada :
v Murid sendiri telah biasa melihat ubi kentang di rumah dan kedai
v Murid pernah membuat ukiran pada ubi kentang
v Murid pernah melihat ukiran pada ubi kentang
LANGKAH / MASA | ISI KANDUNGAN | AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN | CATATAN |
SET INDUKSI (5 minit) | Guru menunjukkan ubi kentang kepada murid-murid Rujuk Lampiran Guru kemudiannya menyoal murid- murid secara rawak: a) Apakah ini? b) Adakah murid pernah melihat ubi kentang? c) Apakah fungsinya dalam aktiviti hari ini? | 1) Guru menunjukkan ubi kentang sebagai langkah pengenalan kepada tajuk mata pelajaran untuk hari itu. 2) Guru memperincikan perkaitan ubi kentang dan corak dengan mata pelajaran untuk hari itu. | ABM: Persembahan elektronik - ubi kentang KB: - Mengenalpasti - Menghubungkait Nilai Murni: - Berani menjawab - Berdisiplin |
LANGKAH 1 (10 minit) | Guru menerangkan teknik capan sambil menyoal a) Apakah tujuan menggunakan ubi kentang? b) Mengapa memilih ubi kentang? c) Bagaimana menggunakan menggunakan ubi kentang untuk membuat teknik capan? Guru juga turut memberi pengetahuan tentang teknik capan Kelas dibahagikan kepada 4 kumpulan. (Setiap kumpulan 7 orang ahli) | 1. Guru mengarahkan murid mengeluarkan alatan dan bahan yang dibawa 2. Guru memperincikkan teknik capan kepada murid melalui teori. 3. Guru mempamerkan contoh kerja yang ingin dihasilkan. 4. Guru memberikan penerangan tentang langkah keselamatan yang perlu dipatuhi oleh setiap murid. 5. Guru mengatur kedudukan setiap kumpulan yang telah dibentuk. 6. Murid akan membuat bersama guru mengikut peringkat | ABM: - Ubi kentang - Warna air - Pisau NT - Berus lukisan - Bekas pembancuh warna - Kertas lukisan - Persembahan elektronik KB: - Mengingati semula - Mencirikan Nilai Murni: - Keyakinan diri - Berdisiplin - Berhati-hati a. |
LANGKAH 2 (15 minit) | - Proses capan a) Guru mengukir beberapa corak pada permukaan ubi kentang yang ingin digunakan. b) Guru mengajar teknik yang betul bagaimana capan dilakukan c) Guru memperincikan teknik capan. | Guru memperincikan gerak kerja yang ingin dilakukan. Murid memerhatikan gerak kerja a) guru membuat ukiran pada permukaan ubi kentang b) guru menyapukan warna pada ukiran di permukaan ubi kentang c) guru mengecop ukiran di atas kertas lukisan d) guru mengulangi proses capan dengan corak-corak yang lain menggunakan warna yang berbeza-beza e) guru menunjukkan hasil kerja | ABM: - Ubi kentang - Warna air - Pisau NT - Berus lukisan - Bekas pembancuh warna - Kertas lukisan - Persembahan elektronik KB: - Mengingati semula - Menghubung kait Nilai Murni: - Keyakinan diri - Berdisiplin - Bekerjasama - Berhati-hati |
LANGKAH 3 (20 minit) | - Proses penghasilan kerja oleh murid a) Murid membuat ukiran pada permukaan ubi kentang b) Murid menyapukan warna pada ukiran di permukaan ubi kentang c) Murid mengecop ukiran di atas kertas lukisan d) Murid mengulangi proses capan dengan corak-corak yang lain menggunakan warna yang berbeza-beza d) Murid menyedari barang-barang di sekeliling atau barng-barang terpakai boleh digunakan untuk melakukan teknik capan e) Murid mengetahui gabungan beberapa corak akan menghasilkan satu corak yang pelbagai | a) Guru turut memantau kerja murid mengikut kumpulan b) Guru menekankan tentang aspek keselamatan dari segi penggunaan pisau NT c) Guru menekankan tentang aspek menjaga kebersihan d) Guru menekankan tentang aspek kerjasama dan saling tolong menolong sesama ahli kumpulan | ABM: - Ubi kentang - Warna air - Pisau NT - Berus lukisan - Bekas pembancuh warna - Kertas lukisan - Persembahan elektronik KB: - Ketepatan penyusunan - Pengolahan - Keseragaman Nilai Murni: - Kesabaran - Berdisiplin - Bekerjasama - Keyakinan diri - Menjaga kebersihan - Berhati-hati b. |
PENUTUP 10:35– 10:45 pagi (10 minit) | Merujuk kepada hasil pembelajaran:- - menghasilkan satu corak dengan menggunakan teknik capan ubi kentang Soalan: - Apakah pengetahuan yang kamu perolehi berdasarkan aktiviti yang dilakukan sebentar tadi? - Selain ubi kentang, apakah bahan lain yang sesuai dijadikan medium capan? | Murid masih dalam kumpulan masing- masing. a) Guru dan murid membuat rumusan tentang pelajaran untuk hari itu di samping aktiviti soal jawab dan penerangan yang di sampaikan oleh guru kepada murid. b) Murid diberi peluang untuk menjawab secara lisan c) Guru membuat penilaian dan komen terhadap hasil kerja murid-murid d) Corak yang menarik akan dipamekan di sudut seni kelas | ABM: - Persembahan elektronik KB: - Mengingati semula - Menilai - Membuat keputusan Nilai Murni: - Keyakinan diri - Berdisiplin - Menghargai pandapat kawan. a. |
Subscribe to:
Posts (Atom)