Assalamualaikum.....Salam Sejahtera........Salam 1 Malaysia..............Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan al-Mubarak semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat ......amin ..ya..rabulalamin...

Wednesday, 24 February 2010

Nota Apresiasi
























NOTA 970 / 1
APRESIASI SENI VISUAL (TEORI)





Pengertian Seni Visual

Konsep dan pengertian seni visual di dasarkan kepada beberapa aspek iaitu:-
  • penyataan diri (self-expression)
  • pengalaman dan sensasi visual dan sentuh
  • 2D dan 3D
  • komunikasi visual
  • bahasa seni visual
  • isi / imej
  • imej
  • fom
  • content”
  • benda/ subjek
  • objek berfungsi/kegunaan
  • nilai estetik
  • ciri-ciri kreatif
  • pelukis/pandai tukang dan karya seni
  • asas senireka

Pengalaman estetik seseorang boleh dihuraikan melalui :-
  1. intelektual
-kajian , penerokaan, eksperimen dan dapatan dalam proses penghasilan produk seni
-penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber
  1. pengalaman langsung
-proses membuat /penghasilan produk seni
-(proses artistic/proses kreatif)
-penglibatan idea











Konsep manifestasi dan imaginasi dalam seni visual dibuat berdasarkan kajian tentang hasrat, tujuan dan peranan seni visual mengikut sejarah dan budaya sesuatu masyarakat.
Ini merujuk kepada contoh-contoh hasil seni visual yang memperlihatkan kekuatan karya tersebut berlandaskan kepada unsur manifestasi dan imaginasi individu atau kumpulan.

Pengertian seni mengikut aliran didasarkan kepada :-
  1. tradisi
  2. moden
iii) pascamoden

Setiap aliran akan memperlihatkan ciri-ciri nilai, tujuan dan peranan, “significance” dalam sejarah seni, “form” dan “content” stail dan cirri-ciri lain yang ada.


















Peranan Seni Visual:

Ia dapat dilihat melalui aktiviti seni visual dari aspek psikologi dan sosiologi.
Dalam aspek psikologi perkembangan dan pembentukan diri individu dilihat sebagai alat komunikasi berdasarkan perkembangan :-
  • kreativiti
sensiviti terhadap masalah, “fluency”,”flexibility”, “originality, mengubah/mentafsir semula, “coherence of organization”. “independent”. Dan “inventive respond
  • sensiviti
membuat pertimbangan persepsi(senses) social(masyarakat) dan estetik (nilai).
  • emosi
keupayaan melahirkan idea, rasa hati(“feelings and thoughts”), pernyataan diri.
  • ekspresi
tindak balas emosi hasil daripada interaksi dengan persekitaran, orang lain / masyarakat, peristiwa dan benda.

Dalam aspek sosiologi ia memberi penekanan dalam membentuk dan mengembangkan budaya setempat dan sejagat (seni dan masyarkat) melalui:-
  • nasionalisme – falsafah, pemikiran, manifestasi, idea individu/kumpulan dalam menyebar dan membangkitkan nilai, semangat dan perasaan.
  • persekitaran – kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaaan dan keharmonian dalam seni visual.
  • propaganda – saluran untuk menyampaikan dan menyuburkan idea, hasrat atau kepercayaan
  • ritual” dan upacara – seni visual dalam melaksanakan “ritual” dan upacara sesuatu budaya
  • spiritual” – untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan
  • pengeluaran – berasaskan kepada faktor citarasa, “trend”, “function”, dan “purpose”.
  • pemujukan
membentuk empati dan tarikan.

Seni Visual dan Penglibatan:
Institusi atau organisasi seni visual memainkan peranan yang penting.
Ianya termasuklah :-
  1. penaung
institusi atau organisasi yang menggalak, menyokong dan mengembangkan seni visual melalui penyertaan dan sumbangan seperti penaja, “art-organizers”, galeri seni
  1. pengamal
individu, kumpulan, institusi atau organisasi yang giat menghasilkan seni visual dan barangan seni diperingkat tempatan dan sejagat seperti Pusat Kraf, tokoh, pelukis, adiguru, pandai tukang, penduduk seni dll.
  1. pencinta dan pengritik
indidvdu atau kumpulan yang menunjukkan minat dan kecenderungan dalam pelbagai kegiatan kegiatan seni visual
-individu yang memperkatakan hasil seni visual melalui penulisan atau lisan dengan membuat analisis , interpretasi dan “judgement” seperti “art critics”, “art historian”, “curators” dll.

Latihan:-
-Buat rujukan dan kajian karya seni atau objek seni tempatan atau luarnegara yang memberi focus kepada isi/aspek yang dikaji.
Ini termasuklah melalui:-
  • perbincangan
  • pembentangan
  • laporan
  • kajian
  • kajian kes
  • seminar
  • forum
  • perbahasan
  • lawatan


KOMUNIKASI VISUAL






Ianya tertumpu pada bidang rekabentuk grafik dan rekabentuk digital multimedia.

Rekabentuk grafik umumnya merupakan rekabentuk visual yang berkepentingan untuk komunikasi dengan audien. Ia juga merupakan seni halus dan seni gunaan dalam gambaran dekoratif, tulisan atau cetakan, tipogarfi, ilustrasi, fotografi atau cetakan dalam bentuk pemujukan , informasi atau pun instruksi.

Rekabentuk Multimedia:
Ia adalah rekabentuk visual yang dihasilkan dengan komputer dengan memasukkan unsur-unsur warna, imej, tipografi, susun atur dan audio yang membenarkan keselesaan pada penglihatan dan pendengaran audien.

Multimedia merujuk kepada komunikasi yang menggunakan audio, video, teks, garfik dan animasi yang digabungkan dengan interaksi pengguna secara interaktif dan dipersembahkan melalui teknologi komputer.

Multimedia interaktif ialah gabungan pelbagai media seperti video, audio, grafik dan animasi melalui komputer. Multimedia interaktif dikaitkan dengan maklum balas iaitu komunikasi dua hala. Interaktif adalah satu proses yang membenarkan pemerosesan maklumat yang mendalam ke dalam minda audien.











Elemen Visual:
Kepentingan elemen visual dalam sesuatu rekabentuk komunikasi visual adalah amat penting. Dua elemen yang penting ialah:-
  1. imej / gambar
  2. tipografi

Komunikasi visual dengan audien dipersembahkan melalui:-
  • poster
  • media elektronik
  • bahan cetakan
  • billboard
  • skrin multimedia dsb.

Perekabentuk perlu menitikberatkan komponen imej dan teks dalam sesuatu rekabentuk supaya menepati ciri-ciri:-
  • keterbacaan
  • kemasan penglihatan audein
  • menarik minat untuk melihat
  • memokus

Tiga bentuk visual dalam sesuatu rekabentuk:-
  1. visual realistik
visual dalam bentuk yang nyata dan asal seperti foto, ilustrasi dan karya lukisan
  1. visual analogik – visual yang telah dipermudahkan dalam bentuk grafik. Kebiasaannnya dilukis dalam bentuk rajah atau simbol
  2. visual organizational – visual rekaan grafik yang dipermudahkan dalam bentuk flowchart, graf, peta dan sebagainya. Kemahiran pada pereka bentuk adalah dari segi bentuk dan variasi warna yang digunakan.










Visual realistik








Visual analogik









Visual organizational












Bentuk-bentuk Visual:
Tipografi:
Ia adalah seni memilih dan mengatur huruf . Ia penting kerana melalui muka taip yang bermakna dan sempurna , maklumat dapat disampaikan dengan efisyen.
Bentuk-bentuk visual:




Gambarfoto





Ilustrasi









Grafik ringkas









Simbol


2 jenis muka taip:
  1. muka taip peraga
sifatnya lebih besar, gelap dan sesuai digunakn untuk tajuk utama, judul, logo dan apa saja bersifat peraga atau iklan.
  1. muka taip teks
sifatnya kecil dan sangat banyak digunakan misalnya dalam rekaletak sebuah akhbar, majalah, risalah dan sebagainya.












Anatomi Muka Taip



Kepentingan Komunikasi Visual:
Iannya dilihat dari 2 aspek iaitu:-
  1. Rekabentuk
  • keperluan komunikasi yang baik memerlukan pereka memahami prinsip-prinsip dan unsur-unsur grafik secara mendalam. Ini membolehkan usaha pemujukan dapat disampaikan dengan berkesan kepada audien.
  • kepentingan mesra pengguna iaitu audien tidak mencari-cari, tertanya-tanya dan terkeliru dengan rekabentuk yang dihasilkan
  • memberi ransangan positif tanpa menimbulkan keraguan atau syak wasangka
  • tidak mengelirukan iaitu menepati sasaran audien dengan tepat. Golongan sasaran orang tua tidak wajar dikelirukan dengan cara moden yang terlalu laju dan bergaya bebas
  • kesesuaian dengan alam sekitar. Contohnya billboard dan rerambu jalan perlu memaparkan imej dan warna yang seimbang dengan alam sekitar. Ia boleh mengakibatkan kekeliruan dan pencemaran komunikasi.

  1. Masyarakat:
  • masyarakat perlu mendapat maklumat secara pantas. Jadi, perlu ditempatkan di kawasan-kawasan strategic yang terdapat ramai audien.
  • masyarakat dapat pengetahuan dari sumber-sumber yang diperagakan samada secara langsung atau tidak.
  • mendapat hiburan seperti di tv, papan iklan atau billboard elektronik dipersimpangan jalan
  • memberi maklumat untk membanding melalui iklan produk kepada pengguna.





















Media Komunikasi Visual:
3 jenis iaitu:-
  1. media konvensional
rekaan dengan penggunaan cat berus dan peralatan teknikal. Ianya terbatas pada media yang ada dan permukaan tertentu seperti poster, kain rentang, bidai pengadang matahari, billboard dsb.
  1. media cetak
utama untuk pengikalanan barangan dan maklumat serta mudah dan murah. Pereka perlu mahir dalam segi rekaletak, menyusun huruf dan meletakkan imej yang sesuai yang kini banyak dikendalikan secara komputer
  1. media elektronik
ia merupakan satu persembahan inovasi dan dinamik. Ia bebas dan tidak terikat pada sesuatu bentuk. Pengguna internet dapat menggunakan teknik animasi dan transaksi teks. Kesan serupa didapati pada iklan-iklan televisyen. Pereka perlu menguasai kemahiran dalam aplikasi perisian komputer grafik seperti billboard elektronik, internet, televisyen, CD ROM dan persembahan multimedia.

Perisian Komputer Grafik:
  1. rekaletak
    • Quark Express
    • Adobe Pagemaker
    • MS Publisher
  1. melukis ilustrasi dan imej
    • Macromedia Freehand
    • Adobe illustrator
    • CorellDraw
  1. Mengedit foto dan membentuk imej
    • Adobe Photoshop
    • CorellPaint
  1. Multimedia interaktif, linear dan animasi
    • Macromedia Director
    • Macromedia Authorware

  1. rekabentuk 3D dan animasi
    • 3D Studio Max
    • AutoCad
  1. rekabentuk laman web
    • Macromedia Flash
    • MS Front Page
  1. mengedit filem
    • Adobe Premier
    • Digital Video Producer
  1. mengedit audio
    • Sound Forge
    • Sound Edit

Format Fail Komputer Grafik
Jenis elemen
Format Fail
Preskripsi
Teks
.txt
.doc
.rtf
Ianya utk membuat dokumen biasanya dalam MS Word
Grafik
.pcx/pict
.bmp
.eps
tif/tiff
.jpeg
.gif
.targa
Ia adalah bagi imej foto atau ilustrasi. Kebiasaannya nilai kepada setiap format fail adalah berbeza dari segi kapasiti saiz
Audio
.wav
.aiff
.mid
.snd
Ia akan menentukan bentuk audio yang akan didengar
Video
.avi
.dvi
.mov
Ia bagi audio digital bergantung kepada saiz dan bentuk video
Animasi
.flc
.dir
.fli
Ia akan menentukan jenis animasi dan perisian animasi


Jenis-jenis imej grafik digital

2 jenis yang boleh dihasilkan
  1. Imej Vektor(vector)
dihasilkan dengan perisian seperti Adobe Illustrator, Macromedia Freehand, CorelDraw dan AutoCad. Imej ini mempunyai kualiti garisan yang padu dan tidak bergerigi. Biasanya penghasilan ilustrasi adalah sesuai menggunakan imej ini.
  1. Imej Peta(bitmap)
dihasilkan dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop, CorelPaint,Xras dan imej pengimbas. Imej yang dihasilkan sekiranya diperbesarkan terdapat begerigi. Kebiasaan imej adalah dari gambar foto yang diimbas dari pengimbas (scanner).

Kaedah Komunikasi Visual:
Adalah amat penting bagi pereka bentuk grafik memahami prinsip-prinsip asas dalam rekaan iaitu asas-asas senireka, prinsip rekaan dan mengorganisasikan rekaan. Bersama itu perlu juga daya intelektual dalam mengembangkan idea serta pengetahuan mengenai dunia terkini. Dua perkara yang dikira pengukuhan sesuatu rekaan ialah pemikiran “subject-matter” atau uniti intelek dan uniti visual.
Beberapa kaedah dalam rekabentuk komunikasi visual iaitu rekabentuk-rekabentuk yang menggunakan :-
  1. tipografi
  2. imej dan representasi
  3. kombinasi imej dan representasi
  4. ilustrasi naratif
  5. dekoratif
  6. bentuk herot-piut
  7. imej dan tipografi bersekuan









Rekabentuk kombinasi imej/ tipografi










Rekabentuk menggunakan imej dan representasi










Rekabentuk menggunakan imej dan tipografi bersekuan











R ekabentuk menggunakan ilustrasi naratif











Rekabentuk herot-piut










Rekabentuk menggunakan dekoratif











Latihan:-
Adakan perbincangan mengenai:-
  1. aspek kepentingan semasa komunikasi visual tertumpu kepada media elektronik
  2. kesan kebaikan/keburukan komunikasi visual
  3. jenis-jenis mukataip
  4. nama-nama font dalam komputer
  5. peranan mukataip dalam sesuatu penghasilan grafik
  6. kelebihan dan kelemahan media-media dalam komunikasi visual dalam skop rekabentuk grafik, pengiklanan, dan rekabentuk multimedia
  7. perkembangan komputer grafik terhadap perkembangan rekabentuk komunikasi visual
  8. ciri-ciri perbezaan dalam format fail komputer fgrafik
  9. kelebihan grafik imej vector dan bitmap
  10. perisian komputer























IDEA DAN PENGUCAPAN SENI VISUAL





Idea:
Ia menyatakan hasrat dan menjadi dasar kepada komunikasi. Pengertian idea dapat memberi sesuatu interpretasi. Jadi, idea merupakan satu representasi mental yang membentuk objek pemikiran. Idea dapat dijanakan melalui tahap-tahap penglibatan psikologi menerusi:-

  1. persepsi
  2. emosi
iii intelek

Dalam proses pengkaryaan, idea boleh dihidupkan melalui berbagai cara, melalui rujukan dari pelbagai sumber seperti:-
  • homages-dorongan dari semangat menghargai tuan/pendewaan/idola/ikonologi
  • media massa-zaman maklumat , seni propaganda
  • pemerhatian-persepsi dan ilusi , alam benda
  • persekitaran-alam semulajadi dan alam buatan
contoh:lanskap
  • peristiwa-mitos, sejarah, semasa, exotic
  • imaginasi-alam peribadi, idiosyncracy,mistik,eccentricity
  • pengalaman-kesan sensiviti terhadap apa yang dialaminya samada dari persekitaran diri maupun alam sekeliling. Dinukilkan dan dihidupkan dengan pelbagai kesedaran baru tentang ciri masyarakat.
  • Imbauan(reflection)-mimpi, ingatan lampau-pahit,manis dsb.Untuk dirakam ,alegori, tamsil dsb

Soal penciptaan melibatkan kedua-dua aspek pengolahan – isi dan kaedah
Dari situ muncullah pengertiannya dari adunan idea dan teknik merangkumi bahan melalui berbagai pendekatan dan peralatan. Soal ini sering dirujuk sebagai keserasian idiom dan medium dalam membentuk dan merealisasikan stail.




Pengucapan Seni Visual:
Pegucapan menyarankan bahasa. Seni adalah suatu bahasa dan sebagai suatu bahasa, butir kandungannya diungkap bagi memenuhi sesuatu hasrat dan maksud untuk disampaikan.
2 kaedah mesej boleh dipersembahkan dalam bentuk imej iaitu:-
  1. dialog
membawa kesan perhubungan lansung antara audien dengan imej
  1. naratif
- untuk maksud penghuraian, penceritaan

Pengertian dan makna pengucapan seni visual melibatkan-
  1. isi/mesej
  2. form/bentuk
iii. media/teknik

Pengolahan pengucapan seni visual dapat mengupas 3 bentuk maklumat iaitu:-
  • sintaktik
-penekanan pada struktur dan bentuk serta pernyataan bahan
  • semantik
-penekanan pengertian dan makna berdasarkan kandungan
  • ekspresif
-penekanan penyampaian rasa dan perasaan

Gaya penampilan yang dapat mengarah penekanan emosi atau intelek ialah:-
  • imitasi
-naturalisme,realisme,superealisme
  • idealisasi
-terdapat banyak pada imej-imej keugamaan. Ia melibatkan exaggaration samada aspek idea /form

  • stailisasi
-pertimbangan imej berdasarkan cirri bahan yang digunakan
  • abstraksi
-perlambangan aspek mujarad bagi maksud inerpretasi tenang perkara yang bukan objek

Latihan:-
Buatkan apresiasi beberapa karya seni dari aspek-aspek:-
  • isi
  • fom
  • media / teknik
  • pengolahan karya
  • idea karya
  • gaya penampilan





















Membakar Semut” kapur 1967
Dzulkifli Buyong

Apresiasi:-
- 4 gaya penampilan
  1. gaya naturalisme:
    • imitasi figura
    • tak realisme , tiada kadar banding yang betul tapi masih dapat di kenal pasti
  1. gaya idealisme:
    • penyampaian secara “exaggaration”/melampau
    • komposisi susunan 3 segi berpusat kepada api
  1. stailizasi
    • figura – tidak mengikut kadar banding yang betul
  1. abstraksi
    • lambang-suratkhabar digunakan untuk membakar iaitu suratkhabar melayu sebagi melambangkan kanak-kanak melayu
- Mesej yang hendak disampaikan:
    • keadaan masyarakat kanak-kanak melayu iaitu membakar semut sebagai satu aktiviti
    • tiada mainan lain
    • permainan yang agak simple dan daif yakni satu gambaran tentang keadan sosio-ekonomi
- Bentuk:-
    • naratif, ekspresi watak diolah bagi menerangkan sesuatu.


























































Apresisiasi:-

Olahan mesej dalam konteks masyarakat
  • gambar selepas merdeka , terdapat simbol-simbol pembangunan iaitu tiang lampu
  • warna oren, tanah merah baru di tambak
  • cara kehidupan ke arah satu peralihan sosio-ekonomi masyarakat yang aman damai

Catan sebagai sumber visual ekonomi:
  • satu dokumentasi tentang keadaan sosio-ekonomi pada masa itu
  • tiang, tanah, rumah,- satu pembangunan awal luaran tetapi rumah masih beratap rumbia









































Ayahku dan Angkasawan” 1969
Ibrahim Hussein



Teknik:
Campuran, catan dan cetakan saring

Halbenda:
2 figura
  1. takberbaju tetapi berkainpelikat
  2. angkasawan yang lengkap tetapi berlatarbelakangkan pemandangan kampong

Mesej:
  • ada duit dipeha
  • tahun 1969, bapanya masih tidak percaya pada kejayaan manusia dibulan
  • kisah kebuluran di Baling
  • kontroversi dengan bapa
  • nilai social

Gaya:
  • realistic dengan gabungan teknik catan dan cetakan

Sebab-sebab karya berjaya:
  • mampu meyampaikan mesej dengan jelas tentang paradigma masyarakat yang tidak mahu maju.


















































Kelahiran Inderaputra” cat minyak 1978
Annuar Rashid


Pendekatan eksperimentasi oleh pengkarya :

  • metos yang digambarkan dalam bentuk visual
  • media – satu kaedah eksperimentasi kesan cahaya dengan teknik warna putih (transparency –effect)
  • menggunakan media cat minyak
  • menggambarkan saat-saat kelahiran Inderaputra yang dipenuhi dengan cahaya

Gaya penampilan:
  • objek asal ditukar pada abstraksi (tokok- tambah)
  • suasana alam nyata- imitasi kearah khayalan
  • Kubisme dan Futurisme (Surealisme)











































TRADISI DAN TRANSFORMASI SENI VISUAL







Pengertian:

Tradisi:
Ianya penurunan sesuatu kebudayaan dari satu generasi ke satu generasi. Ianya satu transmisi prinsip yang datangnya dari satu sumber asal yang dipakai secara berkesan pada setiap pemikiran dan tindakan. Ia mempunyai peraturan yang mengenakan hukum alam dan prinsip universal kepada sesuatu yang membina stail yang dapat melantunkan secara tersurat kebijaksanaan sesuatu kebudayaan.

Pribumi:
Sesuatu sifat , cirri kepunyaan bangsa yang mendiami sesuatu tempat asalnya.

Hubungan tradisi dengan pribumi:
Seni merupakan satu pengzahiran yang tersirat sesuatu tamadun yang diucapkan melalui idea, rasa dan perasaan. Pengalaman seni dinukilkan dalam objek bagi mewakili detik-detik tertentu dalam hubungan masa dan ruang mengikut peringkat nilai yang diutamakan.

Proses dan Nilai dalam Seni Tradisi:
    1. proses
    • bahan – asas, asli, semulajadi, serasi alam dll
    • pengulangan, pengekalan, penyambungan hayat (renewal)
    • pertimbangan atas keutamaan keseragaman dan keserupaan (inward focus) bukan ekonomi (outward focus)
    • unsur pengukuran








    1. Nilai
    • ritual,spiritual,ethical, communal (non-individualistic) cosmological
      • kekal – untuk maksud kesinambunagn erti dan budaya
      • tidak kekal – bahan yang digunakan adalah non-ephermeral, menonjolkan konsep rebirth dan renewal

Konsep dan Seni Tradisi Pribumi:
      1. ciri keindahan
      • kesatuan dan interrelatedness, non detachment – estetik dan keindahan
      • abstrak dan simbolis – terrestrial dan celetial
      • konsep pengulangan, irama (rhythm), melalui pengulangan corak
      • kegunaan
      • kerumitan dan kehalusan
      • unsur hiasan
      • keteraturan (samada dalam maksud ethical atau figurative)
      1. ciri-ciri reka bentuk
      • non-developmental
      • synergy (antara rupa geometric dan organic)
      1. ciri-ciri rekacorak
      • pengulangan
      • stailizasi
      • abstraksi
      • pemenuhan ruang
      • penggunaan motif alam dan fauna,geometri
      • tingkat perlambangan
      1. penghasilan
      • hubungan lansung antara fizik manusia dan bahan
(contoh: sistem pengukuran – jengkal, hasta, depa dll)
sensuously mediated, symbiotic
      • penggunaan tangan dan peralatan asas
      • mekanikal (berulang-ulang)

Seni Tradisi Pribumi dan Transformasi ke Dimensi Baru:
Ia merupakan bentuk dalam rupa dan pesembahan baru setelah dilanda proses kesinambungan dan pembaharuan. Dalam kelanjuran (inertia) tradisi, ia merupakan satu kesinambungan “ilmu pengetahuan”., adat resam, kepercayaan dan amalan dari generasi ke generasi. Tradisi adalah satu daya pemuliharaan (conservative force). Disanping itu , ia juga tunduk dan responsitf kepada tuntutan serta reorientasi yang mengalih/meginjak persekitaran fizikal yang kadangkala begitu drastic hingga mengubah langsung konfigurasi lama untuk muncul sebagai satu tradisi baru. Keupayaan proses begini dijamin terus oleh jalinan kesinambungan dan pembaharuan hayat (renewal). Kesinambunagn tradisi mengaitkan yang sekarang dengan yang lampau, mengubah dan memperbaharui, dan bertindak bagi memberi definisi proses evolusi yang menjamin kesegaran seni serta menentukan identity setiap segmen sejarahnya.

Sebenarnya proses pembaharuan dan perubahan tidak pernah seragam dalam seni oleh kerana kadar, arah dan tingkatnya bergantung kepad paduan daya yang berlaku dan bertindak serentak dengan konteks sosial yang lebih luas, lantas memberi peranan kepada tindakan kreatifnya.

Kecenderungan masyarakat mahupun seninya, ialah menghidupkan terus cirri-ciri tertentu untuk sesuatu jangkawaktu. Namun begitu, perubahan nilai (sacred to profane) tuntutan semasa (contoh: ekonomi). Semangat modernisme dsb, memaksa transformasi berlaku yang dapat dilihat melalui gubahan:
    1. bentuk
-penggubahan bentuk kepada bentuk tulen
    1. makna
-dari maksud pengekalan (immutable essence) kepada idea perubahan(change and novelty) yang membawa orientasi nilai berbeza
    1. fungsi
-kefungsian kepada objek estetik
    1. proses penghasilan
-single-manual kepada mass-production, industri


Latihan:
  1. Bincangkan pengertian / ciri-ciri keindahan rekabentuk seni tradisi
  2. Membuat kajian dan penelitian terhadap kraf
  3. Membuat penyelidikan terhadap kesesuaian seni tradisi dalam konteks kontemporari




















PEMAHAMAN DAN KRITIKAN SENI






Kritikan atau wacana yang berasaskan kepada satu system yang teratur untuk mengkaji karya seni dari pelbagai sudut. Ia dapat memantapkan kefahaman tentang karya seni visual.

Kritikan seni adalah sebagai satu komponen dalam disiplin seni visual mengembangkan persepsi dan apresisiasi dalam membuat pertimbangan (judgement) sesuatu karya.

Setiap karya seni visual dikaji dari aspek:-

  1. halbenda
    • mengenalpasti pelbagai halbenda (figura, objek alam, objek buatan manusia, manusia dll. yang digunakan dalam karya
    • memahami penampilan imej dalam karya dalam konteks aliran dan stail yang berbeza
    • memahami dan membezakan imej realistic, abstrak dan objective dalam karya
  1. komposisi
    • mengenalpasti asas senireka (prinsip seni dan unsure seni) yang terdapat dalam karya.
    • mengkaji penggunaan asas senireka sebagai bahasa visual (non verbal commnunication) dan memahami sifat-sifat ekspresif asas senireka dalam menyatakan maksud
    • memahami bagaimana asas-asas senireka diolah dan diadun dalam sesuatu karya.
    • mengkaji penggunaan media dan teknik untuk menghasilkan kesan ekspresi dalam karya.
  1. kandungan
    • memahami pelbagai tema yang menjadi pilihan bagi menyampaikan maksud dan pengertian dalam karya
    • mengkaji makna, mesej, idea dan fungsi yang disampaikan melalui karya.




Dalam konteks kualiti estetik pula, aspek-aspek berikut hendaklah dikaji dari segi:-

  1. Imitationalisme (literal quality)
  2. Formalisme (formal qualities)
  3. Emotionalisme (expressive qualities)


Pendekatan dan Strategi Kritikan Seni:

Sumber berbentuk lisan dan tulisan samada bahan cetak atau elektronik dapat memberi pengetahuan dan kemahiran dalam membuat kritikan seni. Ini termasuklah:-

  • Jurnalistik
laporan, penerangan dan penulisan deskriptif (saperti pameran seni di galeri) yang disiarkan dalam suratkhabar atau majalah, radio dan televisyen.
  • Ilmiah
penulisan terperinci dan in-depth dibuat secara intepretif yang disiarkan dalam jurnal dan majalah , laporan dalam seminar dan konferen.


Strategi Kritikan Seni:

4 strategi deskriptif yang bersistem dan berstruktur ialah:

  1. deskriptif
    • membuat inventori memlalui pemerhatian, tentang imej, benda subjek dan penggunaan unsur seni dalam karya

  1. analisis
    • mengkaji dari segi organisasi hasil seni dibuat bagaimana prinsip seni digunakan dalam penyusunan unsur seni utnuk menghasilkan kesatuan(unity) dalam karya

  1. interpretasi
    • mengkaji kualiti ekspresif (perasaan , mood dan idea) yang disampaikan melalui karya bagi menterjemahkan maksud dan makna
  1. pertimbangan
    • membentuk pendapat dan membuat keputusan bagi menentukan degree of artistic merit dalam karya



Latihan:-
- Buat kajian beberapa karya seni mengikut aliran seni tradisi, moden, pascamoden samada tempatan / luarnegara.

























































No comments:

Post a Comment