HBAE1103 PENG. PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE3303 PENG. SEJARAH SENI DAN SEJARAH SENI BARAT HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN HBEF2503 KAJIAN DALAM PENDIDIKAN HBSS1203 HALA TUJU PEMBANGUNAN NEGARA HBSS2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA HBSS3203 PENG. SOSIOLOGI HBSS4303 PENGENALAN ANTROPOLOGI WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN PS2051P(1)R PENDIDIKAN SENI VISUAL PS1311P4 PENDIDIKAN SENI VISUAL 1 SSS1112 STUDIO RB DALAMAN SSS1102 STUDIO RB LANSKAP SSS2152 S KRAF KAYU HALUS
Saturday, 7 June 2008
Friday, 16 May 2008
Lipatan Dan GuntinganTahun 1
Mata Pelajaran :Pendidikan Seni Visual
Tahun :1 Kuning
Umur :7 Tahun
Bilangan Murid :25 Orang ( Lelaki = 15 orang, Perempuan = 10 orang)
Tarikh :16 Mei 2008
Hari :Jumaat
Masa :9.45 – 10.45 pagi
Bidang :Membuat Rekaan dan Corak
Teknik :Lipatan dan Guntingan
Tajuk Pembelajaran : Membuat rekaan dan corak
- murid mempelajari tentang teknik melipat dan menggunting untuk menghasilkan corak
Hasil Pembelajaran :Di akhir proses P&P murid akan dapat:
- menggunakan daya kreativiti mereka untuk menghasilkan corak yang menarik dengan teknik
yang mudah
Kemahiran Berfikir : - Mengenalpasti - Menyusun atur
- Membuat pilihan - Menjana idea kreatif
- Menghubungkait - Mengingati semula
- Mencirikan - Pengolahan
- Keseragaman
Penerapan Nilai Murni : - Berdisiplin - Menghargai pendapat kawan sekelas
- Keyakinan diri - Menjaga kebersihan
- Berani menjawab - Berhati-hati
Alat Bantu Mengajar (ABM) :Komputer riba (Persembahan Elektronik)
v Contoh bentuk yang biasa dilihat
v Contoh corak yang telah siap
v Pemilihan bentuk untuk dijadikan corak
v Teknik dan cara membuat corak
Bahan | Langkah |
Contoh beberapa bentuk yang biasa dilihat | Set induksi |
Contoh corak yang telah siap | Langkah kerja |
Teknik melipat dan menggunting | Langkah kerja |
- kertas lukisan - kertas warna - Gunting - Gam | Langkah kerja |
Pengetahuan Sedia Ada :
v Murid sendiri tentunya ada yang telah biasa melihat corak-corak
v Mereka biasanya boleh melihat di mana –mana sahaja (dalam buku, sekolah, rumah dan luar rumah)
LANGKAH / MASA | ISI KANDUNGAN | AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN | CATATAN |
SET INDUKSI (5 minit) | Guru menunjukkan beberapa contoh bentuk kepada murid- murid. Rujuk Lampiran Guru kemudiannya menyoal murid- murid secara rawak: a) Pernah melihat bentuk ini? b) Di manakah kita boleh melihat bentuk ini? - buku - barang-barang c) Siapa pernah melukis bentuk ini? | 1) Guru menunjukkan contoh beberapa bentuk yang biasa dilihat sebagai langkah pengenalan kepada tajuk mata pelajaran untuk hari itu. 2) Guru memperincikan perkaitan bentuk dengan mata pelajaran untuk hari itu. | ABM: Persembahan elektronik - Beberapa bentuk yang biasa dilihat KB: - Mengenalpasti - Menghubungkait Nilai Murni: - Berani menjawab - Berdisiplin |
LANGKAH 1 (10 minit) | Guru menerangkan teknik melipat dan menggunting sambil menyoal a) Siapa pernah melipat dan menggunting kertas? b) Bagaimana menggunakan teknik melipat dan menggunting untuk menghasilkan corak Guru juga turut memberi pengetahuan tentang teknik melipat dan menggunting. Kelas dibahagikan kepada 5 kumpulan. (Setiap kumpulan 5 orang ahli) | 1. Guru memberi alatan dan bahan pada murid. 2. Guru memperincikan teknik melipat dan menggunting kepada murid melalui teori. 3. Guru mempamerkan contoh kerja yang ingin dihasilkan. 4. Guru memberikan penerangan tentang langkah keselamatan yang perlu dipatuhi oleh setiap murid. 5. Guru mengatur kedudukan setiap kumpulan yang telah dibentuk. 6. Murid akan membuat bersama guru mengikut peringkat | ABM: - Kertas lukisan - Kertas warna - Gunting - Gam - Persembahan elektronik KB: - Mengingati semula - Mencirikan Nilai Murni: - Keyakinan diri - Berdisiplin - Berhati-hati a. |
LANGKAH 2 (15 minit) | - Proses melipat dan menggunting a) Guru memilih beberapa bentuk yang ingin digunakan. b) Guru mengajar teknik yang betul bagaimana melipat dan menggunting kertas warna c) Guru memperincikan teknik melipat dan menggunting. | Guru memperincikan gerak kerja yang ingin dilakukan. Murid memerhatikan gerak kerja. a) guru melipat kertas warna kepada beberapa bahagian b) guru gunting secara bebas atau mengikuti bentuk-bentuk yang telah dipilih c) guru membuka lipatan dan menunjukkan hasil kerja | ABM: - Kertas lukisan - Kertas warna - Gunting - Gam - Persembahan elektronik KB: - Mengingati semula - Menghubung kait Nilai Murni: - Keyakinan diri - Berdisiplin - Bekerjasama - Berhati-hati b. |
LANGKAH 3 (20 minit) | - Proses penghasilan kerja oleh murid a) Murid memlilih beberapa bentuk yang ingin digunakan b) Murid melipat kertas warna mengikut kreativiti sendiri dan menggunting secara bebas atau mengikut bentuk yang telah dipilih bagi menghasilkan corak c) Murid membuka lipatan dan satu corak terhasil. Kemudian murid menampalkan pada kertas lukisan d) Murid dapat menggunakan bentuk-bentuk yang pernah dilihat e) Murid menyedari gabungan bentuk-bentuk akan menghasilkan corak | a) Guru turut memantau kerja murid mengikut kumpulan b) Guru menekankan tentang aspek keselamatan dari segi penggunaan gunting c) Guru menekankan tentang aspek menjaga kebersihan d) Guru menekankan tentang aspek kerjasama dan saling tolong menolong sesama ahli kumpulan | ABM: - Kertas lukisan - Kertas warna - Gunting - Gam - Persembahan elektronik KB: - Ketepatan penyusunan - Pengolahan - Keseragaman Nilai Murni: - Kesabaran - Berdisiplin - Bekerjasama - Keyakinan diri - Menjaga kebersihan - Berhati-hati c. |
PENUTUP 10:35– 10:45 pagi (10 minit) | Merujuk kepada hasil pembelajaran:- - menggunakan daya kreativiti untuk menghasilkan corak yang menarik dengan teknik yang mudah Soalan: - Apakah pengetahuan yang kamu perolehi berdasarkan aktiviti yang dilakukan sebentar tadi? | Murid masih dalam kumpulan masing- masing. a) Guru dan murid membuat rumusan tentang pelajaran untuk hari itu di samping aktiviti soal jawab dan penerangan yang di sampaikan oleh guru kepada murid. b) Murid diberi peluang untuk menjawab secara lisan c) Guru membuat penilaian dan komen terhadap hasil kerja murid-murid d) Corak yang menarik akan dipamekan di sudut seni kelas | ABM: - Persembahan elektronik KB: - Mengingati semula - Menilai - Membuat keputusan Nilai Murni: - Keyakinan diri - Berdisiplin - Menghargai pandapat kawan. a. |
Sunday, 13 April 2008
HIASAN DALAMAN
Melapangkan ruang sempit
Oleh Azran Jaffar
Dengan menempatkan cermin di beberapa bahagian ruang akan dapat mengelakkan sesuatu ruang itu nampak sempit
RUANG tamu yang sempit memerlukan perancangan yang berkesan dalam penataannya supaya perabot yang diletakkan tidak menyesakkan dan menghalang laluan, sekali gus mewujudkan persekitaran yang selesa.
Bagi pereka dalaman, Ikhwan Johari dari WSI Designs, satu kaedah yang dilihat mampu mengatasi mengatasi ini adalah dengan menempatkan cermin di beberapa bahagian ruang berkenaan bagi mengelakkan sesuatu ruang itu nampak sempit.
CORAK sama pada
permukaan meja
dan tikar getah.
Perkara ini dipraktikannya untuk rekaan dalaman sebuah unit pangsapuri kos rendah di Tropicana, Petaling Jaya bagi program Jom Tukar.
“Cermin memberikan kesan lapang, sebagai contoh, saya letakkan cermin di dinding berhadapan pintu bilik supaya apabila keluar dari bilik penghuni unit pangsapuri ini nampak wajah mereka dan bukannya dinding.
“Kalau nampak dinding penghuni akan merasai kesempitan ruang, di samping itu saya juga meletakkan cermin di dinding di atas rak televisyen dan empat keping lagi yang kecil di dinding atas sofa bagi memberi kesan sama,” katanya.
Ikhwan berkata, untuk pengubahsuaian ini, pemilik kediaman mahukan konsep moden kontemporari dan ini dilaksanakannya melalui penggunaan warna-warna cerah pada kebanyakan kemasan.
“Ia bukan saja untuk memenuhi keperluan konsep tetapi juga mewujudkan kesan luas kepada kediaman,” katanya yang menggunakan tikar getah bercorak ira kayu warna lembut bagi mewujudkan suasana terang.
Ikhwan juga menjelaskan, oleh kerana ruang tamu dan ruang makan di unit pangsapuri itu disekalikan, maka beliau mewujudkan sempadan bagi memisahkan antara kedua-duanya.
Tiada dinding atau gantungan bidai, sebaliknya Ikhwan membuat jaluran garisan menggunakan sapuan cat pada dinding di bahagian yang diperuntukkan sebagai ruang makan yang diteruskan sehingga ke siling.
Bagi mewujudkan keserasian, Ikhwan menutup permukaan meja lipat yang dijadikan meja makan dengan bahan yang memaparkan corak sama dengan tikar getah, manakala penggunaan meja lipat adalah sesuatu yang dilihat praktikal untuk kediaman dengan ruang terhad.
Untuk mengelakkan kesesakan di bahagian yang diperuntukkan sebagai ruang tamu pula, Ikhwan hanya meletakkan sebuah sofa tiga dudukan warna gelap, sementara di dinding menghadapnya diletakkan rak televisyen sederhana besar.
Di antara kedua-dua perabot ini Ikhwan meletakkan hamparan warna cerah sederhana besar bagi memberikan kesan menyenangkan.
Bagi menimbulkan kecerahan, terendak lampu di bahagian ini sengaja direndahkan sedikit supaya cahaya yang dikeluarkan dapat dibiaskan oleh cermin yang digantung di atas rak televisyen.
Ikhwan juga menggantikan langsir tingkap ruang ini dari jenis yang tidak terlalu tebal dengan paparan corak sederhana bagi memberi kesan cerah pada siang hari.
Sesuai dengan Aidilfitri yang bakal menjelang, Ikhwan mengilhamkan suasana ini dengan meletakkan hiasan sarung ketupat pada langsir dan juga lampu kelip-kelip yang dipasang pada cermin utama di dinding.
Selain itu, tiga pelita panjut yang sumbunya digantikan dengan lilin diletakkan di tepi sofa untuk menaikkan lagi suasana yang boleh dijadikan hiasan sekiranya tuan rumah ingin mengadakan rumah terbuka.
Menjadikan jerami padi nilai komersial
Oleh Amran Abdullah
PELBAGAI jenis lampu tidur yang diperbuat daripada kertas
serat, dengan jenamanya yang menarik.
Kekotak lampu lantai, lampu meja, lampu syiling, lampu gantung, tempat penyimpanan nota, memo, beg, bingkai gambar juga diperbuat daripada serat tumbuh-tumbuhan
JERAMI padi lazimnya dibuang, dibiar atau dibakar begitu saja selepas petani menuai padi. Namun, bahan terbuang itu memberi ilham kepada Abdul Rahman Sani Abdullah untuk menghasilkan koleksi dan hiasan seperti lampu meja, bingkai gambar dan beg.
Selain jerami padi, beliau turut menghasilkan kertas menggunakan serat tumbuh-tumbuhan seperti batang pisang, pandan, kacang bendi (kacang lendir) dan kantan.
Abdul Rahman menerusi syarikatnya, Armensa Design bertapak di Kompleks Shahab Perdana, Alor Star, Kedah mengambil inisiatif bagi menyahut seruan kerajaan dan Perdana Menteri agar menjadikan satu daerah satu produk kraftangan.
Bertitik tolak daripada seruan itu, beliau yang mendapat bantuan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, negeri Kedah menggunakan kemahiran yang dipelajari di luar negara untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran itu untuk menghasilkan produk tempatan.
Armensa Design menjadi syarikat perintis dalam pembuatan kekotak lampu lantai, lampu meja, lampu syiling, lampu gantung, tempat penyimpanan nota, memo, beg, bingkai gambar berasaskan kertas yang diperbuat daripada serat tumbuh-tumbuhan.
Dengan menggunakan nama-nama yang direkacipta sendiri, bertujuan melariskan perniagaan dan menyediakan nama-nama tempatan terhadap kraftangan yang dihasilkan, adalah satu usaha kompeten dan berdaya saing.
"Harga yang berpatutan antara RM3 dan RM150 mampu dimiliki setiap orang dalam usaha menghargai kraftangan tempatan, termasuk pencinta seni kreatif", kata Abdul Rahman.
Justeru, menghasilkan kertas menggunakan serat tumbuh-tumbuhan memerlukan beberapa langkah susulan. Dalam peringkat pembuatan, serat tumbuh-tumbuhan yang dipilih akan dibersihkan terlebih dulu, khususnya membuangkan kekotoran.
"Serat-serat itu akan dipotong mengikut kesesuaian saiz, yang kemudiannya direbus dengan menggunakan soda cautic bagi melembutkan serta" kata Abdul Rahman.
Langkah seterusnya iaitu melerai, dilakukan dengan cara memukul serat yang telah direbus bagi menghasilkan pulpa. Peringkat membentuk kepingan dan menangguk pulpa dilakukan dalam takungan. Takungan biasanya berbentuk kolam, dan kerja menangguk menghasilkan kepingan kertas basah yang nipis dalam tapisan yang ditangguk.
Kertas basah di dalam penangguk itu akan dijemur untuk dikeringkan atau dimampatkan bagi mendapatkan permukaan kertas yang licin dan kuat.
Meskipun kerja menghasilkan kertas serat tumbuh-tumbuhan tampak mudah, sebaliknya Abdul Rahman menjelaskan, kertas yang dibuat itu masih melalui proses kajian teknikal seperti kesesuaian, keupayaan, kekuatan dan ketelusan bahan sebelum dapat menghasilkan produk kraftangan yang diinginkan.
"Kulit kayu, kain dan kertas terpakai turut digunakan bagi menghasilkan kertas" kata Abdul Rahman. Namun penggunaan serta tumbuh-tumbuhan lebih diutamakan kerana serat tersebut mudah diperoleh dan murah harganya.
Sebelum bahan seperti lampu, bekas memo, kad nama, sampul surat, kotak, bingkai gambar, dan beg kertas dihasilkan, Armensa Design melaksanakan kajian tindakan serta kajian pasaran untuk mengetahui kehendak dan sikap penggunaan.
"Cita rasa pengguna khususnya apa yang pelanggan mahu, golongan sasaran dan jenis produk perlu diambil kira dan dilakukan kajian terlebih dulu," kata Abdul Rahman.

Thursday, 20 March 2008
NOTA UKIRAN KAYU
PENGENALAN KRAF KAYU HALUS
Ukiran kayu atau seni ukir merupakan seni pertukanagn yang menjadi tradisi turun temurun dalam masyarakat Melayu. Oleh itu, kemahiran mengukir sudah sinonem dengan kemahiran orang Melayu sejak awal sejarah tanahair. Bukti kemahiran ini dapat di lihat di bahagian-bahagian rumah seperti tangga, ambang, pintu, dinding, tiang, batu nisan, daun pintu, tingkap, kukur, bangau, jebak, burung, katil, meja dan dulang.
Kraf Lanjutan Ukiran kayu semester 4 sesi 2002/2003 telah memilih tumbuhan yang menjadi kepercayaan kepada sesuatu masyarakat di Malaysia yang berbilang ras dan etnik. Tumbuhan yang dipilih iaitu “Pokok sirih”diketengahkan kerana menjadi kepercayaan masyarakat Melayu, India dan China mengikut kepercayaan mereka.
SEJARAH
Sejarah awal tentang ukiran kayu di Malaysia tercatat dalam buku buku Sejarah Melayu (Sulatus Salatin) tulisan Tun Seri Lanang daripada abad ke-17.
Bahawa seni ukir telah dijalankan oleh orang Melayu sejak pemerintahan Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1459 – 1477. Buktinya dapat dilihat dalam seni bina istana beginda. Istana yang berukiran indah itu digelar oleh rakyat sebagai “Istana Hawa Nafsu”.
UKIRAN
Ukiran ialah hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung.
Dua faktor yang menjadikannya sedemikian ialah, pertama, keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan: kedua, kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis- jenis bentuk dan motif ukiran kayu.
Keadaan ini dibantu oleh daya cipta yang sihat, kemahiran pertukangan, citarasa tinggi, dan pendukungan yang berterusan.
Bentuk ukiran kayu Melayu mementingkan sifat gerak yang bermula dari suatu punca dan terus tumbuh perlahan-lahan serta berliku-liku

Biasanya ukiran itu mempunyai imbangan semukur di antara bahagian yang positif dengan yang negatif. Bentuk dan motifnya terkawal dalam keadaan yang sederhana serta unsur yang berlebih-lebihan.
Bahagian hujung sesuatu ukiran jarang sekali berdiri tegak atau melentik jauh keluar tetapi lebih menyarankan sifat merendah diri. Ukiran kayu itu tersusun dalam suatu ruang besar seperti mumbung di atas pintu rumah.
Seniman Melayu mendapat ilham dari alam yang luas untuk mewujudkan “awan larat”, iaitu bentuk awan bergerak. Motif ini terdapat bukan sahaja pada ukiran tetapi juga pada batik songket dan seni logam. Ukiran juga diilhamkan pada ayat-ayat suci AL-Quran seperti yang terdapat di setengah-setengah masjid, istana dan rumah. Seni ukir Melayu khususnya dijelma ke dalam seni yang berubah keadaan sifatnya, mempunyai identiti, gaya dan falsafah yang tersendiri.
TOKOH-TOKOH
Antara tokoh-tokoh dalam seni ukiran tradisional Melayu adalah seperti berikut :
Encik Latif Long dari Kelantan, pengukir yang paling berbakat di negara ini. Pemenang hadiah pertama bagi kepingan ukiran kayu bertebuk dalam beberapa pameran ukiran kayu tradisional peringkat kebangsaan.
Encik Long, bapa kepada Latif, pengukir istana di Kampung Raja Besut.
Tuan Haji Wan Su Othman dari besut, terengganu yang terkenal dengan ukiran motif awan larat.
UKIRAN TIMBUL TANPA SILAT
Ukiran Timbul tanpa Silat adalah
corak ukiran tidak diukir dengan silat
UKIRAN TIMBUL DENGAN SILAT
Ukiran Timbul dengan Silat adalah corak ukirannya diukir dengan silat.
KAJIAN JENIS-JENIS UKIRAN
UKIRAN TEBUK TEMBUS
Pada Ukiran Tebuk Tembus, kayu atau papan yang diukir ditebuk tembus kecuali bentuk corak ukiran sahaja yang dibiarkan. Ukiran Tebuk Tembus ini berfungsi sebagai pengaliran udara dan pencayaan. Kebanyakkan Ukiran Tebuk Tembus ini terdapat pada bangunan dan rumah-rumah Melayu Tradisional seperti bahagian kekisi jendela, sekatan ruang , cucur atap.
Ukiran Tebuk Tembus terbahagi kepada dua jenis iaitu, Ukiran Tebuk Tembus Tanpa Silat dan Ukiran Tebuk tembus Silat.
UKIRAN TEBUK TEMBUS TANPA SILAT
Ukiran ini dibuat dengan cara menebuk papan atau kayu yang diukir sehingga tembus. Pada bahagian corak ukirannya pula tidak diukir (Silat tidak dibuat).
ALATAN MENGUKIR TRADISIONAL
KAJIAN MOTIF
Motif yang sering digunakan pada ukiran ialah awan larat, motif tumbuh-tumbuhan seperti sulur kacang, daun, bayam, daun kiambang, pucuk paku, bunga ketumbit, sulur ketola, daun-daun guri dan sebagainya.
JENIS-JENIS MOTIF
Dalam masyarakat tradisional Melayu pelbagai unsur dijadikan motif dalam seni ukiran. Unsur tersebut adalah seperti berikut:
UNSUR BENDA BERNYAWA
Unsur bernyawa merujuk kepada rupa binatang seperti ayam, burung, itik dan sebagainya. Contoh unsur bernyawa pada ukiran tradisional yang dihasilkan oleh pengukir zaman pra-Islam.
Namun rupa bentuk tidak mengambarkan bentuk objek yang sebenarnya tetapi hanya berbentuk lambang.
CONTOH UNSUR BENDA BERNYAWA
A. Motif itik pulang petang
B. Motif badak mudik
C. Motif unduk-unduk atau kuda-kuda laut
D. Motif lebah bergantung
E. Motif kepala cicak
F. Motif ayam berlaga
G. Motif kumbang dan kipas
UNSUR KOSMIK
Unsur kosmik atau air space elements dalam bahasa Inggeris merujuk kepada unsur yang ada kaitannya dengan alam semesta. Biasanya digambarkan melalui motif matahari, bulan, bintang, awan ukiran seperti ini biasanya ditemui pada tebar layar rumah.
UNSUR GEOMETRI
Unsur geometri merujuk kepada corak yang berasaskan rupa geometri atau kombinasi rangka geometri dengan unsur lain.
UNSUR KALIGRAFI
Unsur ini berdasarkan huruf-huruf Arab atau tulisan Jawi
UNSUR FLORA
Tumbuhan menjalar dipilih sebagai motif. Kebiasaannya sulur pautnya yang lembut danmenjalar mudah diubah bentuk mengikut cita rasa pengukir.
FUNGSI UKIRAN KAYU
Dalam seni bina, ukiran tradisional Melayu digunakan untuk tujuan memperindah dan menyiapkan bangunan tersebut dengan corak terkawal yang tidak mengatasi binaan.
Contoh bangunan yang masih boleh dilihat hingga hari ini :
Istana kenangan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Istana Jahar, Kelantan yang kini dikenali sebagi
Muzium Negeri Kelantan
Istana Tengku Nik, kini dikenali sebagi Induk Muzium Negeri Terengganu
TEKNIK MELUKIS UKIRAN
Sebelum memulakan aktiviti melukis atau melakar corak ukiran kayu, beberapa aspek penting perlu diketahui dan difahami. Corak dan jenis ukiran antaranya.
Motif bunga Simpuh dan daun Simpuh, di dalam motif tersebut terdapat unsur asas yang terdiri dari daun Pengasuh, daun Sendal, daun Bakok, Siba Dayang, bunga, Kudup bunga.

Tuesday, 18 March 2008
Falsafah Ukiran Kayu Halus
>
F A L S A F A H U K I R A N pengenalan
Pandai kayu tidak hanya pandai mengukir tetapi juga berpegang kepada falsafah semasa mengukir atau proses membuat ukiran, ini dijadikan garis panduan atau guide line untuk menghasilkan corak ukiran.
Tumbuh berpunca penuh rahsia
Semua yang lahir itu adalah dari “Zat Allah” dan tidak dapat digambarkan oleh akal manusia. Seperti pandanagn Abdullah Mohammed (Nakula) (1978) dalam buku Falsafah dan Pemikiran Orang-Orang Melayu bahawa beliau menyatakan bahawa asas Kebudayaan orang-orang Melayu adalah “Zat Allah”. Daripada “Zat Allah” maka wujudlah segala bentuk makhluk dimuka bumi ini termasuklah manusia. “Konsep keTuhanan dan kealaman” menjadi asas kepada zat Allah.
Konsep ini telah diterapkan oleh orang Melayu dalam semua aspek termasuk kesenian. Maka Zat Allah ini dipamer sebagai “Benih” alam yang mempunyai hayat, ilmu iradat dan kudrat. Biji benih menjadi lambang kewujudan manusia yang kemudiannya berkembang membentuk satu kehidupan berkeluarga iaitu daun pengasuh sengaja digambarkan sebagai “Siba Dayang” menghasilkan kehidupan baru sebagai putik dan bunga yang meneruskan kehidupannya.
Punca penuh rahsia
Rahsia dalam bahasa Arab disebut sebagai “Sirr” iaitu Zat Allah
Daripada rahsia itu, muncullah benih atau yang mengwujudkan “Alam” yang indah. Para pengukir melihat rahsia alam pada hakikat sebenarnya sebagai melihat keindahan Allah.
Dari itu orang Melayu akan dapat mengenal asal usul dirinya dan juga dapat mengukur sejauh manakah kemampuan dirinya. Akhirnya wujudlah masyarakat bersifat mulia dan beretika.
Tajam tidak menujah lawan / Lilit tidak memaut kawan
Zat Allah mempunyai kelompok sifat iaitu sifat keindahan sebagai “Jamal” dan sifat kehebatan “Jalal”.
Alam mewarisi kedua-dua sifat tersebut iaitu sifat indah dan sifat kehebatan. Orang Melayu terkenal dengan pengasih, tenang, kelembutan dan amat mencintai kedamaian.
Konsep ini milik bersama dan tidak suka mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain adalah sikap
turun temurun orang Melayu.
Lingkaran mesra
Hasil dari Zat Allah yang sungguh sempurna menjadi pegangan orang-orang Melayu.
Segala sifat mulia menjadi nadi dalam kehidupan dan seterusnya identiti ini diterapkan dalam penghasilan karya ukiran yang menonjolkan jalinan kasih sayang dan menjalinkan hubungan yang erat tanpa menimbulkan kesan kepada orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)