F A L S A F A H U K I R A N pengenalan
Pandai kayu tidak hanya pandai mengukir tetapi juga berpegang kepada falsafah semasa mengukir atau proses membuat ukiran, ini dijadikan garis panduan atau guide line untuk menghasilkan corak ukiran.
Tumbuh berpunca penuh rahsia
Semua yang lahir itu adalah dari “Zat Allah” dan tidak dapat digambarkan oleh akal manusia. Seperti pandanagn Abdullah Mohammed (Nakula) (1978) dalam buku Falsafah dan Pemikiran Orang-Orang Melayu bahawa beliau menyatakan bahawa asas Kebudayaan orang-orang Melayu adalah “Zat Allah”. Daripada “Zat Allah” maka wujudlah segala bentuk makhluk dimuka bumi ini termasuklah manusia. “Konsep keTuhanan dan kealaman” menjadi asas kepada zat Allah.
Konsep ini telah diterapkan oleh orang Melayu dalam semua aspek termasuk kesenian. Maka Zat Allah ini dipamer sebagai “Benih” alam yang mempunyai hayat, ilmu iradat dan kudrat. Biji benih menjadi lambang kewujudan manusia yang kemudiannya berkembang membentuk satu kehidupan berkeluarga iaitu daun pengasuh sengaja digambarkan sebagai “Siba Dayang” menghasilkan kehidupan baru sebagai putik dan bunga yang meneruskan kehidupannya.
Punca penuh rahsia
Rahsia dalam bahasa Arab disebut sebagai “Sirr” iaitu Zat Allah
Daripada rahsia itu, muncullah benih atau yang mengwujudkan “Alam” yang indah. Para pengukir melihat rahsia alam pada hakikat sebenarnya sebagai melihat keindahan Allah.
Dari itu orang Melayu akan dapat mengenal asal usul dirinya dan juga dapat mengukur sejauh manakah kemampuan dirinya. Akhirnya wujudlah masyarakat bersifat mulia dan beretika.
Tajam tidak menujah lawan / Lilit tidak memaut kawan
Zat Allah mempunyai kelompok sifat iaitu sifat keindahan sebagai “Jamal” dan sifat kehebatan “Jalal”.
Alam mewarisi kedua-dua sifat tersebut iaitu sifat indah dan sifat kehebatan. Orang Melayu terkenal dengan pengasih, tenang, kelembutan dan amat mencintai kedamaian.
Konsep ini milik bersama dan tidak suka mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain adalah sikap
turun temurun orang Melayu.
Lingkaran mesra
Hasil dari Zat Allah yang sungguh sempurna menjadi pegangan orang-orang Melayu.
Segala sifat mulia menjadi nadi dalam kehidupan dan seterusnya identiti ini diterapkan dalam penghasilan karya ukiran yang menonjolkan jalinan kasih sayang dan menjalinkan hubungan yang erat tanpa menimbulkan kesan kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment