Assalamualaikum.....Salam Sejahtera........Salam 1 Malaysia..............Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan al-Mubarak semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat ......amin ..ya..rabulalamin...

Monday 5 July 2010

Kolaj Tahun 4

Mata pelajaran : PSV
Kelas : 4
Bil murid : 30 orang
Tarikh : 05.07.2010 (ISNIN)
Masa : 11.30 am – 12.30 pm
Bidang : (B) Corak dan rekaan
Jenis : Corak terancang
Teknik : Kolaj
Alat : Berus, warna, gunting, pisau, komputer
Bahan : Kertas berwarna (majalah, surat khabar, dll), kertas lukisan, gam, beras dan kacang, tin aluminium.
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1) Menghasilkan sekeping corak dengan menggunakan teknik kolaj.
2) Mengetahui cara menggunakan alat pemotong.
Kemahiran berfikir : Menghubung kait
Penerapan nilai : Bekerjasama, bersabar, mematuhi arahan
Tajuk : Perhiasan rumah



Langkah-langkah Isi Pelajaran Aktiviti dan Pengajaran Catatan
Set Induksi
(5 minit)


Soalan:
Apakah yang kamu nampak?
- Hiasan tin aluminium. 1. guru menunjukkan hiasan dua tin aluminium yang cantik.
2. Guru bertanya kepada murid tentang soalan.
3. Guru bertanya penerapan nilai.
- Kita mestilah mencintai alam sekitar. Alatan:
Komputer

Strategi:
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Penerapan nilai:
Mencintai alam sekitar
Penyampaian
(5 minit)
1. Guru memberikan pengenalan tentang teknik kolaj.
2. Guru bertanya murid tentang soalan.
3. Guru mempamerkan contoh-contoh karya.
4. Guru bertanya penerapan nilai:
- Kesabaran. Alatan:
Komputer

Strategi:
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Penerapan nilai:
Kesabaran
Penerokaan
(10 minit)
1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan.
2. Guru membahagikan bahan-bahan seperti kertas lukisan, tin aluminium, beras dan pelbagai jenis kacang kepada setiap kumpulan.
3. Guru memasang lagu/muzik yang sesuai semasa murid memulakan kerja. Alatan:
Komputer
Penilaian
(30 minit)


1. Guru menyuruh murid membalut tin aluminium menggunakan kertas warna mengikut kreativiti masing-masing.
2. Selepas itu, hiaskan tin aluminium dengan pelbagai bijirin dan batang mancis dengan membuat pelbagai corak. Alatan:
Komputer

Strategi:
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Penutup
(10 minit)

1. Hasilan yang menarik ditunjukkan kepada rakan untuk mendapatkan pandangan.
2. Guru memberi komen bersama-sama dengan murid tentang hasilan kerja mereka.
3. Murid disuruh mengemas serta membersih kawasan masing-masing.

No comments:

Post a Comment